Kos Yuran Masuk Ke Mrsm Tingkatan 1


Berapa kos yuran masuk untuk ke MRSM? Ramai ibubapa yang mengimpikan anak-anak untuk belajar di sekolah yang berprestij dan diketahui antara mendapat keputusan terbaik di dalam peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Antara yang menjadi pilihan, selain daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Ini adalah kerana para ibubapa percaya, MRSM sepertimana SBP mempunyai kemudahan terbaik untuk anak-anak menyambung pelajaran di peringkat Menengah.
Kos Yuran ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Terdapat 55 MRSM di Malaysia - setakat Januari 2023. Kesemua MRSM menerima kemasukan pelajar baharu ke Tingkatan Satu kecuali MRSM Bitara, yang hanya mengambil pelajar tingkatan 4 dan 5.

MRSM Bitara ini termasuklah MRSM Taiping, MRSM Tun Ghafar Baba dan MRSM Pengkalan Chepa. Ada juga MRSM Premier, MRSM Ulul Albab, MRSM IGCSE dan MRSM Teknikal.

Alhamdulillah, anak ketiga saya berjaya terpilih untuk memasuki Tingkatan 1 ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Ia antara MRSM pilihan pertama anak saya dalam permohonan kemasukan ke MRSM, walaupun ada MRSM berdekatan dengan rumah iaitu MRSM Transkerian.

Antara perkara yang menjadi kegusaran para ibubapa ialah yuran kemasukan ke MRSM ini. Walaupun umum tahu, MARA mempunyai peruntukan khas untuk menaja anak-anak cemerlang menerusi pemberian biasiswa dan juga pengecualian yuran tertentu, namun bukan semua akan menerima kemudahan ini.

[Baca Juga] Tips Elak Anak Homesick Bila Masuk Asrama
Dan lagi ada beberapa yuran lain yang perlu dijelaskan yang kemungkinan besar para ibubapa perlu mengeluarkan wang sendiri untuk memastikan anak tidak ada masalah memasuki Tingkatan 1 MRSM.

Amnya, Yuran Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 terbahagi kepada beberapa kategori.

Yuran Pendaftaran - MRSM mengenakan yuran pendaftaran (berbeza setiap tahun) iaitu sebanyak RM161 (2022-2023). Yuran ini wajib dibayar sebelum tarikh lapor diri/pendaftaran sebagai persetujuan menerima kemasukan ke MRSM.Yuran Koperasi - Jumlah yuran ini berbeza mengikut MRSM. Dalam Yuran ini termasuklah untuk pembelian cadar, sarung bantal, baju batik, t-shirt, kad matrik, planner,, saham koperasi dan yang seumpamanya. Kosnya antara RM300 - RM500.Yuran Dobi - Jumlah yuran ini juga berbeza mengikut MRSM. Ada MRSM yang menyediakan servis dobi 2 kali seminggu dengan had jumlah pakaian tertentu. Ada yang cuma menyediakan servis dobi sekali seminggu terhad untuk pakaian uniform sekolah sahaja. Yuran dikenakan antara RM10-RM30 sebulan - biasanya disekalikan dalam Yuran Koperasi.Yuran Muafakat - Juga berbeza mengikut MRSM dan juga dari segi kategori pendapatan ibubapa. Yuran Muafakat ini adalah sama seperti Yuran PIBG. Biasanya antara RM50 hingga RM200 setahun.Yuran Buku Kerja - Ada sesetengah MRSM mengenakan yuran tambahan seperti untuk pembelian buku kerja khusus. Biasanya antara RM100 - RM150 sekali bayar. Biasanya ia bawah kelolaan guru-guru MRSM itu sendiri.
Ini beberapa contoh yuran MRSM dikenakan dalam kategori Yuran Koperasi untuk tahun 2023:




Daripada info ringkas di atas mengenai yuran kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM, boleh disimpulkan kos kasar untuk yuran kemasukan MRSM adalah antara RM400 hingga RM600. Untuk jumlah yang lebih tepat, ibubapa akan dimaklumkan menerusi email, dan juga whatsapp daripada pihak MRSM tersebut.


Sukacita diingatkan, kos yang saya sebutkan ini tidak termasuk kos tidak langsung seperti kos pembelian baju seragam MRSM yang agak berbeza dengan sekolah menengah yang lain. Pelajar MRSM mengenakan baju seragam berwarna biru dan juga beige/coklat, tudung pula berwarna putih dan hitam 2 lapis. Kos dianggarkan antara RM200 - RM300 (sepasang untuk setiap set) berdasarkan kepada Kedai Ansara dan Shopee. Kos ini juga merangkumi baju t-shirt putih dan tudung serta baju Melayu untuk lelaki.

Ambil kira juga kos untuk kehidupan di asrama, seperti keperluan mandian, penyangkut baju, bantal, ubat-ubatan, baldi dan seumpamanya, anggaran di dalam RM100 - RM200.
Anggaran Kasar Kos Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM - RM1000 - RM2000Maka, anggaran sebenar kos untuk ke MRSM Tingkatan Satu, termasuk pakaian, kos keperluan di asrama dan yuran wajib adalah sekitar RM1500 - RM2000 paling minima. Kos ini adalah sekali dikeluarkan ketika mula-mula mendaftar sahaja.
MRSM Sedia Kemudahan untuk Kurang Berkemampuan
Buat yang rasa risau mengenai kos-kos ini, insyaAllah ... di pihak MRSM ada disediakan kemudahan untuk penangguhan bayaran terutama yuran wajib, malah ada MRSM tertentu menyediakan pembayaran secara ansuran buat ibubapa yang menghadapi masalah atau beban kewangan. Apa yang diperlukan adalah berhubung dengan pihak pengurusan MRSM untuk kemudahan ini.

Apapun, inilah hakikat dan realiti yang para ibubapa perlu hadapi apabila memilih untuk menempatkan anak ke sekolah yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun secara kasarnya dilihat kadar atau kosnya agak tinggi buat ramai ibubapa, namun ia masih dianggap berpatutan jika dibandingkan dengan kos yuran ke sekolah menengah swasta yang memiliki kemudahan pembelajaran yang sama.
Tidak Jauh Beza dengan Kos ke SBPKos yuran kemasukan ini tidak jauh bezanya dengan kos untuk kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang pernah saya kongsikan sebelum ini - waktu anak sulong saya menerima tawaran ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh.

Saya harap info mengenai kos yuran ke MRSM ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran dan secara tidak langsung memperlengkapkan ibubapa dengan dana kewangan yang mencukupi untuk memastikan cita-cita anak untuk berada di MRSM tidak terbantut.

Tahniah buat anak-anak yang berjaya terpilih ke MRSM, mudah-mudahan dengan pengorbanan ibubapa yang terpaksa mencari sumber kewangan ini, akan menyedarkan mereka peri pentingnya untuk belajar lebih tekun, menjadi pelajar terbaik dan seterusnya nanti membanggakan kedua ibubapa.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hasrulhassan.com/2023/03/kos-yuran-masuk-ke-mrsm-tingkatan-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sangka Dah Besar Anak Sulung Masuk Tahun 1 Yana Samsudin Lega Tak Ada Drama Air Mata

Tak Sangka Dah Besar Anak Sulung Masuk Tahun 1 Yana Samsudin Lega Tak Ada Drama Air Mata

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 548 hits
Hari pertama sesi persekolahan hari ini membuka pelbagai lembaran baru dan kisah dalam kehidupan anak anak kita di Tahun Satu Tak kurang hebatnya dengan ragam anak anak pagi ini Namun bagi pelakon Yana Samsuddin dan Fadzil Zahari keduanya l...
Simpan Rambut Sejak Lahir Mak Ayah Sayu Terpaksa Potong Sebab Anak Nak Masuk Sekolah

Simpan Rambut Sejak Lahir Mak Ayah Sayu Terpaksa Potong Sebab Anak Nak Masuk Sekolah

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 349 hits
Sebuah video tular di media sosial di mana seorang kanak kanak memotong rambutnya yang disimpan panjang bertujuan untuk melangkah ke alam persekolahan Menurut ibunya Illa Abd Rahman Muhammad Dariss 7 tahun dibawa ke kedai gunting rambut pad...
Tarikh Bayaran Str Fasa 2 Jumlah Pembayaran Bila Masuk Akaun

Tarikh Bayaran Str Fasa 2 Jumlah Pembayaran Bila Masuk Akaun

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 482 hits
Tarikh Bayaran Str Fasa 2 2023 Jumlah Pembayaran Bila Masuk Akaun Bila Tarikh Bayaran Str Fasa 2 Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 telah pun berjaya dikreditkan kepada semua penerima STR pada Januari 2023 Manakala bagi bayaran STR Fasa ...
Anwar Dakwa Lebih Rm200 Juta Habuan Masuk Dalam Akaun Bank Parti Pembangkang

Anwar Dakwa Lebih Rm200 Juta Habuan Masuk Dalam Akaun Bank Parti Pembangkang

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 201 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan dana berjumlah lebih RM200 juta dikesan telah dimasukkan dalam akaun parti tertentu sebagai balasan pemberian projek kepada syarikat ketika menjadi kerajaan Katanya beliau juga mengetahui terdapat habu...
Cikgu Kongsi Aktiviti Awal Permulaan Pembelajaran Persediaan Untuk Anak Masuk Darjah Satu Tahun Depan

Cikgu Kongsi Aktiviti Awal Permulaan Pembelajaran Persediaan Untuk Anak Masuk Darjah Satu Tahun Depan

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 562 hits
Anak yang bakal ke sekolah perlu diberi aktiviti untuk merangsang sensori tangan supaya mudah untuk mereka belajar menulis kelak Pelbagai aktivit yang boleh dilakukan dan antaranya dikongsi oleh guru ini Tak rugi cuba tau Macam biasa awal p...
Farid Kamil Dihalang Masuk Rumah Tak Dapat Berjumpa Dengan Anak Anaknya

Farid Kamil Dihalang Masuk Rumah Tak Dapat Berjumpa Dengan Anak Anaknya

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 238 hits
nbsp Pengacara syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili pelakon Diana Danielle telah mengesahkan bahawa Farid Kamil tidak dibenarkan memasuki rumah pasangannya sejak awal bulan ini Walau bagaimanapun alasan sebenar mengapa dia dihala...
Pemandu Treler Gilis Kanak2 Kena Belasah Lori Dipecah Masuk Amp Dashcam Dicuri

Pemandu Treler Gilis Kanak2 Kena Belasah Lori Dipecah Masuk Amp Dashcam Dicuri

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 322 hits
Berita tentang murid sekolah yang maut digilis treler semalam sememangnya begitu menyedihkan apabila dia bersama seorang wanita 54 tahun dan kanak kanak berusia 7 tahun telah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari sekolah Kejadian te...
Hari Nyepi Di Rawamangun Keluar Masuk Pura Aditya Jaya Dibatasi

Hari Nyepi Di Rawamangun Keluar Masuk Pura Aditya Jaya Dibatasi

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 234 hits
Hari Nyepi di Rawamangun Keluar Masuk Pura Aditya Jaya Dibatasi Dalam rangka perayaan Hari Raya Nyepi Tahun Baru Saka 1945 Pura Aditya Jaya di Rawamangun tampak sepi aktivitas dan tertutup Petugas hanya mengizinkan bagi yang memiliki kepent...
Diana Danielle Berhak Halang Farid Masuk Sebab Dia Yang Bayar Sewa Rumah

Diana Danielle Berhak Halang Farid Masuk Sebab Dia Yang Bayar Sewa Rumah

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 443 hits
Peguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili pelakon Diana Danielle menjelaskan anak guamnya mempunyai hak untuk menghalang suaminya yang juga pelakon Farid Kamil untuk masuk ke kediaman mereka selepas memfailkan permohonan cerai ...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Ngo To File Macc Report Plans March Over Police Inaction In Indira Case

Ruji Who Villagers Puzzled By Pkr S Ex Esscom Chief Pick For Merotai

All Foreign Halal Certification Subject To Malaysian Standards Na Im

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan

Vast Forest Fire At Bukit Jelutung Captured In Viral Video

Malaysia Launches Manhunt For Seven Linked To Singapore S Scam Network


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keanggunan Nora Danish Terserlah Sebagai Wanita Berhijab Menerusi Amber Oasis 2 0 Mirage

Did Malaysia Concede Too Much Us Malaysia Trade Agreement Requires Parliamentary Scrutiny

Apam Kampung

Fam Menerajui Kejohanan Futsal B 19 Kebangsaan Memupuk Bakat Muda Negara

Melangkah Ke Keagungan Royal Di Ch Teau De Fontainebleau

Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan