Kos Uruskan Harta Pusaka Perlu Bayar Jika Nak Setelkan Faraid


MAJORITI RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAHU KOS SEBENAR MENGURUS HARTA PUSAKA
Tidak ramai yang tahu sebenarnya terdapat kos yang perlu dikeluarkan oleh waris yang ingin menguruskan harta pusaka si mati, sama ada si mati tersebut adalah ibu bapa, pasangan suami/isteri atau adik beradiknya

Kebanyakannya menyangka urusan pusaka ini mudah kerana telah ada hukum faraid

Ya bagi orang Islam, kita ada hukum faraid untuk mengagihkan harta pusaka orang mati. 
Tapi ketahuilah sebelum proses agihan harta, ada beberapa proses lain yang perlu dilalui dan dilakukan oleh waris

Secara ringkasnya, sebelum proses pengagihan harta, waris yang mentadbir harta si mati perlu menggunakan harta si mati untuk tujuan ini dahulu:
✅ Membayar kos urusan jenazah si mati seperti kos pengkebumian
✅ Membayar segala hutang piutang si mati seperti badal haji, hutang rumah dan lain-lain
✅ Menolak bahagian harta sepencarian pasangan (jika ada)✅ Melaksanakan wasiat yang telah ditinggalkan si mati
✅Mengagihkan harta pusaka mengikut aturan faraid

Proses pengagihan harta adalah fasa yang terakhir dalam bab mengurus pusaka

Proses ini jika tak kena caranya akan mengambil masa yang sangat lama

Kos Urus Pusaka Di Malaysia
Fokus penulisan kali ini adalah lebih kepada perihal kos yang perlu dikeluarkan untuk menguruskan harta pusaka orang mati. 
Kos ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kos langsung dan kos tidak langsung

Kos langsung adalah seperti fi carian rasmi di pejabat tanah, kos perundangan dan caj khidmat guaman. 
Manakala kos tidak langsung pula adalah seperti kos perjalanan dan kos masa

Jom kita tengok satu contoh
Si mati meninggalkan dua buah rumah, satu di Kajang dan satu lagi di Seremban serta sebidang tanah pusaka di Alor Setar. 
Proses pertama yang waris perlu lakukan untuk mengurus harta pusaka si mati ini adalah dengan pergi ke pejabat tanah di mana rumah dan tanah pusaka tersebut terletak

Dalam kes ini, ada tiga pejabat tanah yang perlu waris pergi untuk mendapatkan carian rasmi bagi hartanah si mati

Carian rasmi adalah salah satu dokumen yang perlu dilampirkan sekali semasa proses tuntutan harta pusaka di buat. 
Jadi waris terpaksa keluarkan kos perjalanan dan mengambil cuti pula (sekiranya bekerja) untuk mendapatkan carian rasmi hartanah tersebut

Seterusnya waris juga perlu menyediakan wang untuk membayar fi bagi carian rasmi di pejabat tanah. Fi di pejabat tanah pula berbeza-beza

Bayangkan jika si mati meninggalkan lebih banyak harta di daerah yang jauh, jenuh pula waris nak pergi setiap pejabat tanah. 
Ini kerana urusan untuk mendapatkan carian rasmi tidak boleh dibuat atas talian, waris perlu hadir sendiri ke pejabat tanah yang berkaitan

Jika tidak mahu buat semua ini sendiri, waris boleh saja melantik pihak ketiga seperti syarikat amanah atau peguam untuk membuatkan urusan ini, tetapi sekali lagi ada kos yang perlu dibayar kepada mereka

Mengikut Seksyen 43 Akta Probet, fi yang boleh dikenakan oleh mana-mana pihak yang menguruskan harta pusaka bagi pihak waris, maksimum sebanyak 5% dari keseluruhan nilah harta si mati. 
Pun begitu, tidak semua syarikat yang menguruskan harta pusaka mengenakan fi maksimum 5%, ada yang hanya kenakan sebanyak 1% dan 2% sahaja

Kos mengurus harta pusaka jadi semakin tinggi apabila nilai keseluruhan harta pusaka si mati melebihi RM2 juta

Ini kerana kes urus pusaka ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil. Lebih banyak kos-kos yang perlu dikeluarkan waris

Begitu juga dengan masalah yang timbul apabila si mati meninggalkan harta berbentuk hartanah yang banyak, tetapi tidak meninggalkan harta berbentuk aset cair seperti wang tunai dari akaun Tabung Haji, KWSP dan pampasan takaful. 
Di mana waris nak cari duit untuk uruskan pusaka si mati

Sepatutnya kos-kos ini ditangggung oleh semua waris yang berhak terima pusaka mengikut faraid

Tetapi hakikat yang sering terjadi adalah, waris yang secara sukarela menguruskan pusaka inilah yang terpaksa keluarkan duit sendiri semuanya

Oleh itu menjadi tanggungjawab kita sebagai pemilik harta untuk menyediakan dana secukupnya untuk waris uruskan harta pusaka selepas kematian kita

“Aku dan susah payah cari harta, biar anak-anak pula fikir macam mana nak uruskan lepas aku mati. 
Takkan aku juga kena fikirkan.”
Elakkanlah dari berfikir cara yang salah seperti ini kerana akhirnya kita yang rugi apabila harta yang kita miliki tidak dapat memberi manfaat kepada waris dan diri kita sendiri (dalam bentuk saham akhirat)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/08/kos-urus-harta-pusaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Uruskan Harta Pusaka Abah

Cara Uruskan Harta Pusaka Abah

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 348 hits
Cara Uruskan Harta Pusaka Abah Masuk tahun kedua abah pergi meninggalkan kami Tahun yang sangat mendukacitakan sebabnya banyak kematian dalam keluarga cik en Sampaikan cik en jadi fobia dengan mana mana berita kematian Kisah suka duka tahun...
Konon Nak Mudah Urusan Hakikatnya Mengundang Bala Ini 6 Risiko Beli Kereta Sambung Bayar No 4 Tu Ramai Tak Sedar

Konon Nak Mudah Urusan Hakikatnya Mengundang Bala Ini 6 Risiko Beli Kereta Sambung Bayar No 4 Tu Ramai Tak Sedar

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 176 hits
Konon nak mudah urusan hakikatnya mengundang bala ini 6 risiko beli kereta sambung bayar no 4 tu ramai tak sedar Membuat pinjaman bank merupakan kaedah utama majoriti rakyat Malaysia membeli kenderaan Bagi mereka yang lebih berkemampuan bel...
Hiburan Saya Cuba Bayar Tapi Ditolak Sebab Dia Nak Bayaran Secara Tunai Ali Puteh Sangkal Dakwaan Hidayah

Hiburan Saya Cuba Bayar Tapi Ditolak Sebab Dia Nak Bayaran Secara Tunai Ali Puteh Sangkal Dakwaan Hidayah

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 483 hits
Baru baru ini pelawak Ali Puteh menyangkal dakwaan balu arwah abangnya Siti Norhidayah bahawa dia tidak berusaha untuk melangsaikan hutang Sewaktu dihubungi oleh pihak Boom pelawak itu akui kesal dengan kenyataan Hidayah seolah olah menggam...
Gementar Nak Urus Tiga Anak Dr Say Tak Mahu Lepas Tangan Uruskan Anak Anak Sendiri

Gementar Nak Urus Tiga Anak Dr Say Tak Mahu Lepas Tangan Uruskan Anak Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 207 hits
Walau anak semakin bertambah namun doktor selebriti Dr Say Shazril mengakui agak gementar untuk menyambut kelahiran bayi ketiganya awal tahun hadapan Namun akui Dr Say dia mahu menguruskan sendiri ketiga tiga anaknya walaupun mempunyai pemb...
Kurang Cemerlang Dalam Spm Nak Belajar Kemahiran Di Mana

Kurang Cemerlang Dalam Spm Nak Belajar Kemahiran Di Mana

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 309 hits
Kadang kadang ada yang keliru tentang syarat minimum memohon ke program di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru NORIHAN MD SAHAD MENJAWAB PERSOALANBanyak sangat syarat katanya Semua lain lain Saya ringkaskan supaya mudah faham Simpan untuk n...
Kj Dedah Tak Berapa Rindu Nak Jadi Menteri Lebih Berminat Jadi Pelakon

Kj Dedah Tak Berapa Rindu Nak Jadi Menteri Lebih Berminat Jadi Pelakon

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 304 hits
KJ dedah tak berapa rindu nak jadi menteri lebih berminat jadi pelakon Umum mengetahui bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kini bertugas menjadi penyampai radio Hot FM selepas berehat seketika daripada dunia politik Baru baru ini pemp...
Hiburan Pemandu Teksi Ada Hubungi Isteri Sebelum Dibun H Titip Pesan Dekat Anak Nak Pergi Dah Ni

Hiburan Pemandu Teksi Ada Hubungi Isteri Sebelum Dibun H Titip Pesan Dekat Anak Nak Pergi Dah Ni

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 419 hits
Pemandu teksi yang ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk belakang kenderaan itu sempat menghubungi isterinya sebelum kejadian Menurut isterinya dia tidak menyangka panggilan daripada suaminya pada malam itu adalah kali...
Resepi Kuah Oden Senang Sangat Nak Buat Cepat Dan Mudah Je Rupanya

Resepi Kuah Oden Senang Sangat Nak Buat Cepat Dan Mudah Je Rupanya

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 438 hits
Siapa suka makan oden Dalam family cikla kakak Batrisyia yang suka makan Yang lain tak berapa suka sangat sebab kuah oden ni pedas sikit Cikla okey je asal kena dengan tekak telan aje Petang tadi tetiba teringin nak cuba buat sendiri walaup...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ryan Bakery Minta Pempengaruh Sedar Diri Jaga Adab Dalam Hasilkan Konten

Makanan Dipesan Di Kedai Tomyam Tak Sedap Lelaki Ini Berjaya Dapatkan Refund Selepas Tulis Reviu Di Google

Zarina Anjoulie Pilih Lelaki Berduit Kecantikan Perlu Wang Ringgit

Mcmc In Talks With Tiktok Over Removal Of 18 Media Accounts

Majlis Perpisahan Abam Kie Di Sekolah Lama

Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti