Kos Sara Hidup Meningkat Gaji Tak Banyak Berubah


mediaprima.com.my
Oleh Shahrizan Salian 
[email protected] September 20, 2023 @ 12:04pm
27 peratus rakyat Malaysia menganggap pampasan kewangan sebagai faktor penentu apabila menerima tawaran pekerjaan - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Gaji yang tidak banyak berubah dan kos sara hidup yang semakin meningkat di Malaysia sepatutnya mendorong majikan untuk menyemak semula paras gaji sebagai sebahagian daripada strategi pengambilan pekerja bagi menarik minat calon yang berkualiti, demikian menurut platform pekerjaan dalam talian terkemuka di Malaysia, JobStreet.

Pengarah Urusan JobStreet Malaysia, Vic Sithasanan, berkata walaupun tahap gaji median adalah konsisten dari tahun ke tahun, peningkatan kos sara hidup masih menjadi satu kekhuatiran dan memang difahami bahawa terdapat peningkatan tumpuan terhadap gaji dalam kalangan pencari kerja pada masa ini.

Beliau berkata, mencari dan merekrut bakat terbaik terus menjadi cabaran bagi semua syarikat, terutamanya untuk peranan yang sangat khusus atau sukar untuk diisi.

"Sepanjang tahun lalu, kami telah mencatatkan peningkatan sebanyak 10 peratus dalam permohonan pekerjaan melalui JobStreet Malaysia, menandakan bahawa lebih ramai warga Malaysia sedang mencari peluang baharu dan perniagaan perlu mencari cara untuk menyerlahkan diri sebagai majikan pilihan agar dapat merekrut dan mengekalkan bakat berkualiti," katanya dalam satu kenyataan.

Laporan Panduan Gaji 2023 yang diterbitkan oleh JobStreet mendapati 97.3 peratus daripada penyenaraian pekerjaan menawarkan tahap gaji yang sama seperti tahun sebelumnya.

Malah, laporan terkini oleh JobStreet itu juga mendapati kebanyakan bandar mengalami penurunan gaji merentasi kebanyakan jawatan.

Hanya Kuching yang mengalami kenaikan gaji median sebanyak 9.6 peratus, manakala Putrajaya tidak mengalami sebarang perubahan.

Jawatan di Kuantan paling teruk terjejas, dengan penurunan gaji sebanyak 29.4 peratus. Secara keseluruhan, peranan pegawai rendah dan bukan eksekutif mengalami penurunan yang paling tinggi.

Vic berkata, kajian oleh JobStreet Malaysia mendapati bahawa 27 peratus daripada rakyat Malaysia menganggap pampasan kewangan sebagai faktor penentu apabila menerima tawaran pekerjaan, melebihi purata global iaitu 21 peratus.

Walau bagaimanapun, katanya syarikat yang mungkin merasakan tekanan untuk bersaing dari segi tahap gaji juga harus mengingati faktor lain yang boleh memberi kesan kepada perekrutan dan menyerlahkan kelebihan mereka.

"Ketelusan dan keterbukaan semakin dihargai, dan keseimbangan kerja-kehidupan adalah satu keutamaan bagi majoriti rakyat Malaysia.

"Syarikat perlu memastikan bahawa mereka boleh mewujudkan kepercayaan, dan mewujudkan budaya korporat yang memenuhi jangkaan pencari kerja moden," katanya.

Laporan Panduan Gaji menganalisis data gaji bulanan sepenuh masa yang diekstrak daripada iklan JobStreet dalam pangkalan data dalaman.

Gaji median digunakan untuk analisis, yang mana nilai unsur luaran atau ekstrem, serta data gaji di bawah gaji minimum negara (RM1,500) dikecualikan bagi memastikan ketepatan analisis dan cerapan.

Laporan itu membandingkan data gaji antara bulan April 2022 hingga Mac 2023 dan tempoh yang sama pada tahun sebelumnya iaitu dari April 2021 hingga Mac 2022


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/kos-sara-hidup-meningkat-gaji-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tinggi Kos Sara Hidup Zaman Sekarang

Tinggi Kos Sara Hidup Zaman Sekarang

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 393 hits
Hidup sekarang keras ya Terasa betul harga barang naik Setiap kali keluar dan berbelanja memang akan habis paling tidak RM50 Kalau keluar makan apatah lagi Seram bila fikir Untuk keluarga kecil Diah lima orang ni pun terasa sangat kesan dia...
Kenapa Banyak Berita Pasal Syed Saddiq

Kenapa Banyak Berita Pasal Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 206 hits
Sebab banyak like Bagi portal berita mereka kejar click kejar like Selagi banyak like selagi itu cerita budak itu akan terus keluar di news feed Jadi sekarang mana mana berita yang paparkan gambar atau nama Saddiq jangan like Baca pun janga...
Ganjar Jangan Teriak Banyak Pegawai China Kamu Bisa Gantikan Enggak

Ganjar Jangan Teriak Banyak Pegawai China Kamu Bisa Gantikan Enggak

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 187 hits
Kalau saya bicara blak blakan Enggak ada nanti oh ya ya kita akan bicarakan Kesuwen ujarnya
Masa Pru Merayu Minta Undi Pn Bila Dah Dapat Undi Banyak Pula Alasannya

Masa Pru Merayu Minta Undi Pn Bila Dah Dapat Undi Banyak Pula Alasannya

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 219 hits
Pagi semalam pejabat Pusat Khidmat di kunjungi oleh pelajar dari luar kawasan Bukit Mertajam yang akan melanjutkan pelajaran ke sebuah IPT Kami dah pergi mohon di pejabat YB Tasek Gelugor dan Adun Pas Permatang Berangan tapi mereka kata tak...
Video Jokowi Keras Ingatkan Hati Hati Pulau Kecil Sudah Banyak Hilang

Video Jokowi Keras Ingatkan Hati Hati Pulau Kecil Sudah Banyak Hilang

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 112 hits
Jokowi mengingatkan dampak perubahan iklim sudah dirasakan termasuk di pulau pulau kecil Indonesia
Kekalkan Barisan Nasional Di Pelangai Jangan Pilih Pemimpin Banyak Alasan

Kekalkan Barisan Nasional Di Pelangai Jangan Pilih Pemimpin Banyak Alasan

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 293 hits
BENTONG Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Tengku Muhammad Hafiz Tengku Adnan menyeru para pengundi Dewan Undangan Negeri Pelangai untuk terus mengekalkan sokongan kepada Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan p...
Pengusaha Bas Ekspress Dakwa Tiket Balik Prn Masih Banyak

Pengusaha Bas Ekspress Dakwa Tiket Balik Prn Masih Banyak

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 143 hits
Pengusaha Bas Ekspress Dakwa Tiket Balik PRN Masih Banyak Pengusaha bas ekspres memaklumkan penjualan tiket bas dari destinasi seluruh negara ke Kelantan pada tarikh menjelang pilihan raya negeri baru sahaja dibuka penjualannya hari ini Pem...
Himpunan Anti Dnaa Zahid Hamidi Gagal Penganjur Kena Banyak Belajar Lagi

Himpunan Anti Dnaa Zahid Hamidi Gagal Penganjur Kena Banyak Belajar Lagi

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 161 hits
Meneliti gambar serta video yang bertebaran di media sosial berkenaan perhimpunan anjuran PN untuk membantah DNAA Zahid Hamidi di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman petang tadi tiada perkataan lain yang lebih tepat untuk menggambarkannya mela...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Dopamine D Cor How Celebrity Designers Are Embracing This Feel Good Trend

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Power Of Storytelling For Business

Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit Monoloque Ft Azlina Aziz

Penerangan Jenis Gigi Palsu Dan Harganya

Kerang Goreng Kunyit Dengan Kentang Menu Kerang Sedap Selain Sambal

Dolar Mengikuti Trajektori Yang Biasa

Lrt3 Tarikh Operasi Senarai Stesen Fakta Menarik