Kos Pengajian Tinggi Dijangka Naik


Ibu bapa haruslah mempunyai tabungan pendidikan buat anak-anak sejak dari awal lagi memandangkan kos yuran pengajian tinggi melambung mahal pada masa hadapan.

Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah & Jaringan Industri & Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, dengan mengambil contoh pengiraan berdasarkan program pengajian dalam bidang sastera iaitu sains sosial termasuk ekonomi, berlaku peningkatan sangat besar di universiti awam dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam tempoh 10 tahun akan datang.



Menurutnya, kos keseluruhan yuran pengajian di universiti awam bagi tempoh empat tahun pengajian dalam masa 10 tahun akan datang dengan kadar inflasi sebanyak empat peratus dan andaian keluarga akan membiayai sebanyak 10 peratus kos pengajian menggunakan simpanan sendiri meningkat daripada RM18,000 kepada RM28,286.

“Kos yuran pengajian untuk setahun pengajian (dua semester) di universiti awam pula dijangka meningkat dari RM4,500 kepada RM6,661,” katanya kepada Sinar Harian.

Fazli yang juga Pakar Kewangan Pengguna berkata, bagi kos pengajian di IPTS pula, kos keseluruhan yuran untuk tempoh tiga tahun pengajian dalam masa 10 tahun akan datang dengan kadar inflasi sama, dijangka meningkat daripada RM44,000 kepada RM55,449.

Menurutnya, kos yuran pengajian untuk setahun pengajian (dua semester) di IPTS dijangka meningkat dari RM12,000 kepada RM17,763.

“Yuran pengajian di universiti awam dan IPTS juga akan berbeza dari segi jumlah mengikut program pengajian sama ada sastera, sains gunaan, sains tulen, teknikal dan perubatan.

“Berdasarkan analisis mudah sebelum ini menunjukkan kos pendidikan tinggi dijangka meningkat dan ini sudah pastinya memberikan bebanan kepada keluarga terutama mereka yang tidak membuat perancangan awal dan sistematik,” kata beliau.

Fazli menegaskan yuran pengajian tinggi di universiti awam sekitar RM4,500-RM5,000 setahun tidak mengambil kira subsidi kerajaan kepada pelajar dan jumlah keseluruhan bagi tempoh empat tahun pengajian antara RM18,000 sehingga RM20,000.

“Relatifnya yuran pengajian tinggi di IPTS jauh lebih tinggi iaitu antara RM12,000 dan RM18,000 setahun dan jumlah keseluruhan dibiayai untuk tempoh tiga tahun pengajian adalah RM44,000 sehingga RM72,000,” kata Fazli.

Malah menurutnya, terdapat IPTS yang menawarkan program misalnya farmasi untuk tempoh empat tahun pengajian dengan mencecah RM130,000.

“Ini kerana kos untuk mendapatkan pendidikan tinggi melibatkan beberapa jenis yuran dan bayaran.

“Yuran dan bayaran terlibat adalah yuran tidak berulang (dibayar sekali sahaja bagi pelajar baharu), yuran berulang setiap semester, yuran pelajaran mengikut bidang dan bayaran asrama.

“Yuran tidak berulang biasanya dikenakan untuk pelajar baharu mendaftar di mana bayaran meliputi yuran daftar, tabung kebajikan pelajar, bayaran pelbagai, yuran komputer, yuran kenderaan, yuran alumnai, yuran suai kenal dan yuran pemeriksaan perubatan.

“Seterusnya, pelajar perlu melunaskan yuran berulang setiap semester meliputi bayaran insurans, pengangkutan, makmal, kesihatan, kad makanan, perpustakaan, kokurikulum dan kolegiat,” jelasnya.

Beliau berkata, masyarakat kini juga masih tidak sedar dalam yuran pengajian tinggi, kerajaan telah menanggung sejumlah kos yang besar dengan memberikan subsidi terutama untuk yuran pengajian di universiti awam.

“Sebagai contoh bagi program doktor perubatan, purata kos seorang pelajar setahun ialah RM61,620. Yuran pengajian setahun termasuk yuran kolej kediaman ialah RM4,789. Subsidi yang dibayar kerajaan ialah RM56,831.

“Bagi mengatasi perbezaan ketara dengan kos pengajian IPTS, disarankan pihak kerajaan terutama Kementerian Pendidikan berbincang dengan pihak pengurusan universiti awam dan IPTS bagi mencari kaedah terbaik agar peningkatan yuran pengajian tidak membebankan pelajar dan keluarga,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/06/kos-pengajian-tinggi-dijangka-naik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertimbangkan Kewujudan Kementerian Khusus Untuk Pengajian Tinggi

Pertimbangkan Kewujudan Kementerian Khusus Untuk Pengajian Tinggi

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 180 hits
Kerajaan perlu mempertimbangkan membahagikan portfolio pendidikan kepada dua kementerian kerana penekanan sama tidak boleh diberikan kepada pendidikan di sekolah dan di pusat pengajian tinggi JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes You...
Harga Ron95 Dan Diesel Kekal Ron97 Naik 11sen

Harga Ron95 Dan Diesel Kekal Ron97 Naik 11sen

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 159 hits
Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing masing kekal pada RM2 08 dan RM2 18 seliter manakala harga RON97 pula RM2 49 seliter naik 11 sen bagi tempoh 29 hingga 5 Julai Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengekalan ...
India Mohon Malaysia Berkeras Enggan Serah Zakir Naik

India Mohon Malaysia Berkeras Enggan Serah Zakir Naik

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 207 hits
Diterbitkan pada 28 June 2019Malaysia sebelum ini menyatakan pendirian bahawa negara mempunyai hak sama ada mahu menghantar pulang atau tidak Foto BernamaKUALA LUMPUR 28 Jun Malaysia telah menerima permohonan daripada kerajaan India bagi me...
Bekraf Targetkan Ekspor Produk Kreatif Lokal Naik 8 Persen

Bekraf Targetkan Ekspor Produk Kreatif Lokal Naik 8 Persen

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 144 hits
Kepala Badan Ekonomi Kreatif Triawan Munaf menargetkan ekspor produk ekonomi kreatif lokal bisa meningkat hingga 8 persen Pengiriman produk ekonomi kreatif ke luar negeri saat ini sudah berada pada kisaran USD 20 miliar per tahun
After Confirming India S Extradition Bid Putrajaya Says Won T Send Dr Zakir Naik Back

After Confirming India S Extradition Bid Putrajaya Says Won T Send Dr Zakir Naik Back

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 224 hits
Foreign Minister Datuk Saifuddin Abdullah confirmed today the receipt of India s formal extradition request for preacher Dr Zakir Naik who is wanted there for money laundering However he said that the government is maintaining its refusal t...
Ron97 Naik 11 Sen

Ron97 Naik 11 Sen

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 177 hits
Harga runcit RON95 diesel tak berubah Harga runcit bagi petrol RON97 naik 11 sen kepada RM2 49 seliter manakala RON95 dan diesel kekal tidak berubah berkuatkuasa 12 01 tengah malam ini BANGI Harga runcit bagi petrol RON97 naik 11 sen kepada...
Rm 2 2 Juta Bagi Naik Taraf Jambatan Perkampungan Air Dan Jalan Simen

Rm 2 2 Juta Bagi Naik Taraf Jambatan Perkampungan Air Dan Jalan Simen

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 385 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pahang Peroleh Kelulusan Naik Taraf Kuantan Jadi Bandaraya

Pahang Peroleh Kelulusan Naik Taraf Kuantan Jadi Bandaraya

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 330 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri memperoleh kelulusan untuk menaik taraf Kuantan sebagai sebuah bandar raya kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata kelulusan daripada Kabinet itu dimaklumkan menerusi surat daripada Kementer...
Berat Badan Susah Nak Naik Cuba Minum Ini

Berat Badan Susah Nak Naik Cuba Minum Ini

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 489 hits
Petua ini untuk menaikkan berat badan bagi mereka yang terlalu kurus dan susah nak naikkan berat badan Cara Mengemukkan Badan dengan BANANA MILK Jangan lupa share artikel ni okay Sekian
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Bertanya Soalan Yang Betul Sangat Membantu Untuk Anda Berjaya Dalam Perniagaan

Serangan Seksuel Tentera Israel Komen Pas

Ambil Ubat Di Hospital Lagi Mudah Dengan Aplikasi Myubat

Memahami Perbedaan Antara Jam Kerja Bobot Kerja Dan Beban Kerja

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Asthma