Kos Lawatan Pm Tidak Ditaja Pihak Swasta Untuk Apa Suruh Sprm Siasat












Kos lawatan Perdana Menteri (PM) sepanjang minggu lalu ke empat negara telah dijelaskan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam, iaitu dibiayai oleh kerajaan. Manakala ahli perniagaan yang menyertai lawatan itu dibiayai oleh sumber masing masing.





Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Adam Adli Abdul Halim mempersoalkan gesaan Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham agar PM disisat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dikhuatiri berlaku 'rasuah' dalam pembiayaan lawatan berkenaan.





"Kenyataan Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham hanya kenyataan politik. Bunyi macam cerdik dengan petik peruntukan undang-undang, tapi asasnya terpesong. Ibarat golok kayu





"Ini lawatan kerja, bukan lawatan peribadi. Menteri Komunikasi sudah terangkan perbelanjaan PM ditanggung Kerajaan.





"Perbelanjaan delegasi lain ditanggung sumber bukan Kerajaan. Hilman, sebagai bekas Setiausaha Politik Menteri MITI seharusnya lebih arif tentang perkara ini. Takkanlah tak tahu? Ke buat-buat lupa?" tanyanya.





Menurut Adam Adli, sesuatu yang lazim PM akan membawa delegasi besar dalam lawatan beliau untuk mencari pelaburan atau memperkenalkan perniagaan tempatan di luar negara.





Juga menjadi amalan lazim para usahawan membiayai sendiri perbelanjaan mereka.





Oleh itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya tersebut tertanya tanya mengenai unsur rasuah yang dikatakan Hilman.





"Nak siasat bawah Seksyen 165 untuk apa bila tidak pun melibatkan sebarang hadiah atau habuan? Tidak melibatkan transaksi duit. Tidak melibatkan urusan atau perbicaraan yang ada kepentingan meragukan.





"Apa kesalahan yang nak disabitkan di sini? Jangan hanya petik tapi tak faham tafsirannya.





"Kalau berkeras dan rasa ada kesalahan, Hilman boleh lapor SPRM. Tapi saya nasihatkan jangan buang masa pegawai SPRM dengan isu yang tidak berasas begini. Saya yakin SPRM sangat sibuk, ada banyak ‘safe house’ nak digeledah lagi," sinisnya.





Bagi Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu, Kerajaan Madani telah merancang sebaik baiknya lawatan berkenaan dengan menjimatkan wang pembayar cukai apabila mensyaratkan usahawan yang turut serta dibiayai sumber masing masing.





"Bila melibatkan delegasi besar, Kerajaan perlu bijak rencana perbelanjaan. Ini duit pembayar cukai. Apakah Kerajaan perlu tanggung kos perjalanan wakil-wakil industri yang ikut bersama?





"Sebab itu wajarlah apabila wakil-wakil industri ini tanggung sebahagian besar kos perjalanan yang melibatkan mereka sendiri. Jika Kerajaan tanggung, mungkin kita boleh kata bermasalah," katanya lagi.





Semalam Hilman dalam kenyataan berkata, SPRM boleh membuka kertas siasatan selaras dengan Seksyen 29(3) Akta SPRM berhubung lawatan itu.





Bagaimanapun unsur utama rasuah memerlukan bukti bahawa syarikat swasta menanggung perbelanjaan lawatan PM, dan hal itu tidak berlaku dalam penganjuran lawatan berkenaan.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/kos-lawatan-pm-tidak-ditaja-pihak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembiayaan Kos Lawatan Pm Ada Usur Rasuah Sprm Perlu Siasat Ku Li

Pembiayaan Kos Lawatan Pm Ada Usur Rasuah Sprm Perlu Siasat Ku Li

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 293 hits
PENGAKUAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kos perjalanannya dan delegasi ke luar negara baru baru ini dibiayai syarikat swasta membayangkan wujudnya unsur rasuah Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata sewajarnya pihak ...
Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 304 hits
K PRAGALATHNovember 26 2024Pengerusi Pakatan Harapan Kedah Datuk Mahfuz Omar dan ketua penerangan UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin telah mencabar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan pihak pihak yan...
Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 371 hits
1 Terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan kejayaan yang dikecapi hasil Lawatan Kerja Rasmi Delegasi Kerajaan Malaysia ke luar negara baru baru ini 2 Delegasi yang diketuai oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim selaku ...
Siapa Tanggung Kos Nurul Izzah Sertai Lawatan Pm Mp Bersatu

Siapa Tanggung Kos Nurul Izzah Sertai Lawatan Pm Mp Bersatu

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 288 hits
N Faizal GhazaliSeorang ahli parlimen pembangkang mempersoalkan kos perjalanan bekas naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang dilihat turut berada dalam acara acara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi di luar negara baru baru ...
Dahlah Abang Ipar Tak Kerja Tapi Nak Kahwin Mentua Pula Suruh Suami Tanggung Kos Majlis Dia

Dahlah Abang Ipar Tak Kerja Tapi Nak Kahwin Mentua Pula Suruh Suami Tanggung Kos Majlis Dia

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 215 hits
Seorang wanita tidak dapat menahan sebak ketika melihat suami yang sebelum ini terlihat gagah tiba tiba menitikkan air mata jantan di dalam pelukannya Hati wanita bergelar isteri itu juga hancur berkecai apabila diberitahu mengenai punca se...
Selepas Fitnah Dijawab Pmx Mainkan Isu Kos Lawatan Siapa Danai Lawatan

Selepas Fitnah Dijawab Pmx Mainkan Isu Kos Lawatan Siapa Danai Lawatan

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 191 hits
Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara baru baru ini telah didanai dengan subsidi sektor swasta yang turut menyertai delegasi beliau Syarikat syarikat seperti Petronas Sapura Energy Yinson dan Proton mena...
Sprm Panggil 5 Adun Sabah

Sprm Panggil 5 Adun Sabah

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 183 hits
www alhijrahnews com Follow Fa by KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah telah memanggil lima Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri itu untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral d...
Tak Menang Tangan Sprm Di Zaman Madani

Tak Menang Tangan Sprm Di Zaman Madani

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 264 hits
SOALAN KEPADA SPRM APA CERITA KES SAFE HOUSE 17 November 2024Sebelum isu rasuah yang melibatkan beberapa Adun di Sabah menjadi sensasi berita ada dua isu lain yang turut melibatkan SPRM lebih dulu mengambil tempat dalam perhatian ramai Dua ...
Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi

Adha Sertai Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka

Lawatan Sambil Belajar Tabika Aaira Ke Balai Bomba

Jalan Jalan Raya Pun Boleh Belajar Sejarah Ini 5 Lokasi Best Sepanjang Lpt1

Pindah Luar Negara Janna Nick Balik Kampung Ziarah Datuk Nenek Sebelum Bertolak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Atok Selalu Terpaling Hensem Di Mata Cucu

Pengalaman Pertama Minta Bantuan Bomba

Cabaran Masa Menyiapkan Artikal Berkualiti Di Blog

Working Mode On Lepas Cuti Panjang Sebab Demam

Tindakan Serta Merta

Teman Mak Brisk Walk