Kos Iklan Facebook
KOS FB ADS SERENDAH 0.01MYR ?
Bukan kos serendah 0.01MYR sebagai objektif utamanya, tapi pemahaman tentang kos bagi iklan yang dibuat…
TERUSKAN BACAAN…
Bagaimana ye nak tahu kos bagi iklan fb ads yang kita jalankan murah atau mahal ?
Lihat berapa sales dapat ?
Lihat pada belanja harian ?
Lihat pada average price ?
Lihat pada cost per engagement ?
Lihat pada cost per click ?
Lihat pada cost per impression ?
Konfius, tak tau bagaimana nak tau kos murah ke tidak ?
Ok, takpe…
Saya share…
FB Ads ini adalah salah satu daripada iklan jenis PAY PER CLICK (PPC)…Ianya seperti google adwords juga. Ianya berasaskan sistem pay per click (bayar berdasarkan klik diperolehi)
Memang dalam fb ads ada beberapa jenis bidding, seperti;
1) bid for clicks (CPC)
2) bid for impressions (CPM)
3) automated bid for impressions (OCPM)
Walaupun kita menggunakan apa saja jenis bid, kita masih perlu ketahui metric yang terpeting ni, iaitu;
COST PER CLICK…
Kos yang kita perolehhi untuk mendapatkan 1 klik pada iklan kita. Tak kisah la kita guna bid jenis CPC ke, CPM ke, atau OCPM…
COST PER CLICK = JUMLAH SPENT / JUMLAH KLIK
Klik ni, boleh kita anggap sebagai trafik/pelawat page/website dari iklan yang telah kita buat. Cost per click patut kita kira dalam pemantauan (monitoring) iklan FB ads kita…
Ramai pengiklan lebih melihat kepada COST PER ENGAGEMENT sebagai ukuran murah-mahalnya iklan mereka. Sebelum kita pergi lebih lanjut, apa kata kita ketahui dulu apa itu COST PER ENGAGEMENT;
COST PER ENGAGEMENT
ENGAGEMENT = JUMLAH ACTION YANG BERLAKU SELEPAS IKLAN SAMPAI/DILIHAT OLEH AUDIENS SASARAN. Ianya termasuklah view photo, comment,like post, like page, share, link click, checkout (conversion).
CONTOH:
Satu iklan memperolehi 100 klik. Dan dari iklan itu juga, didapati action (engagement) yang diperolehi 300 actions. Ini bermakna, selepas 100 klik diperolehi, 300 actions diperolehi. Katakan 100 klik tu dari orang yang berbeza (frequency 1.0), kita boleh anggap setiap orang tu melakukan 3 actions selepas klik iklan anda. Mungkin mereka lihat photo (view photo), mungkin mereka like post anda,mungkin mereka comment, dll..Jika seseorang tu melakukan like post, comment, dan view photo pada masa itu, ianya dianggap 3 actions/3engagement…
Jika kita kira COST PER ENGAGEMENT(CPE) nya, boleh lah dikira seperti di bawah;
CPE = JUMLAH SPENT / JUMLAH ENGAGEMENT
Katakan, kos yang telah dibelanjakan untuk dapatkan 100 klik ni RM15…Jadi, COST PER ENGAGEMENT nya adalah;
= RM15 / 300 engagement
= RM0.05 per engagement…
Cost per engagement ni akan menjadi lebih murah jika ACTIONS yang berlaku lebih tinggi. Lebih-lebih lagi jika jumlah engagement lebih tinggi dari jumlah klik. Sebagai contoh, iklan-iklan yang menjual pakaian, biasanya mampu mencapai cost per engagement yang murah, serendah 0.01Myr..Malahan ada di bawah 0.01 MYR. Iklan yang miliki cost per engagement yang murah biasanya mampu berjalan laju, lambat nak saturated, viral, dan mampu hasilkan CONVERSION RATE yang lebih tinggi! Kenapa ? kerana jumlah action yang tinggi menunjukkan lebih masa yang diluangkan oleh audiens pada post anda (mereka comment, mereka share, mereka view photo). Mereka berminat dengan post iklan anda!
COST PER CONVERSIONS
Ini apa pula ? Biasa jumpa ? Tak? Jika anda gunakan website secara terus dalam pengiklanan FB ads, anda boleh pasang kod tracking, dan aktifkan tracking ini semasa membina iklan. Apabila berlaku jualan, secara automatik fb akan maklumkan jualan yan diperolehi bagi setiap iklan yang dibuat.
Jika gunakan page post ads, conversion ini boleh dilihat di ruangan action atau di view report. Jika gunakan website secara terus, ianya dipaparkan sebagai CONVERSION…
Conversion adalah – berapa jumlah pembeli diperolehi!
COST PER CONVERSIONS pula, berapa kos untuk dapatkan seorang pembeli.
CONTOH:
Satu iklan yang dibuat memperolehi 100 klik dengan kos RM15. Katakan, jumlah pembeli seramai 5 orang!
Jadi, CONVERSION = 5
COST PER CONVERSION = KOS IKLAN (SPENT) / JUMLAH PEMBELI
= RM15 / 5
= RM3
COST PER CONVERSION = RM3
MAKSUDNYA – kos untuk mendapatkan seorang pembeli/pelanggan itu adalah RM3.
BEGITULAH…
Di sini saya mau sambung lagi,
COST PER ENGAGEMENT – untuk lihat berapa kos bagi setiap actions yang dibuat audiens selepas iklan sampai pada mereka.
COST PER CLICK – untuk lihat berapa kos bagi setiap klik yang diperolehi selepas iklan mencapai audiens.
COST PER CONVERSION – untuk lihat kos bagi setiap pembeli yang diperolehi dari iklan yang dijalankan.
ADVISE:
1) Setiap kali kita buat iklan, kita pantau COST PER CLICK nya untuk ketahui iklan yang kita buat samada murah atau mahal.
2) Dan setiap kali kita buat iklan juga, kita perlu pantau ROI (Return on Investment)..(nanti kita cite detail plak pasal ROI). ROI menentukan berapa kali untung kita perolehi dari kos iklan yang dilaburkan…Adakah iklan kita untung lebih dari 3 kali kos yang kita laburkan ? (ROI > 3)
3) Setiap kali buat ads juga, semak conversion rate..CR ! Adakah iklan kita mencapai lebih dari 1 pembeli dari 100 klik yang diperolehi ? (CR > 1% )
Selamat beramal…
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://faizsaaid.com/kos-iklan-facebook/