Korean Drama Strangers From Hell
Review Drama Korea - Strangers From Hell
Korean Drama Strangers From Hell ni antara drama Korea yang baru saja aku tengok, kebiasaannya aku akan buat review drama Korea mengikut senarai yang dah aku susun, tapi kali ni terlebih rajin sikit untuk terus buat review lepas habis menonton kesemua episod drama ini. Antara sebab yang buat aku tertarik nak tengok drama Korea Strangers From Hell atau nama lainnya Hell Is Other People mestilah sebab para pelakonnya terutamanya Lee Dong Wook. Aku minat Lee Dong Wook ni sejak zaman - zaman drama My Girl lagi hehe, pastu dapat tahu pula dia pegang watak jahat plak dalam drama ni, jadi memang wajib tontonlah kan hehehe. First time tengok Lee Dong Wook pegang watak jahat, woww memang terbaik, creepy dan seram habis, memang lari habis dari watak grim reaper (goblin) dan juga watak peguam dari drama Touch Your Heart. Tambah menarik bila drama ini hanya ada 10 episod je, so senang sikit nak tonton sebab tak banyak episod kan. Drama Korea Strangers From Hell ini adalah adaptasi daripada web comic dan disiarkan di channel OCN bermula 31 Ogos yang lalu dan tamat episodnya pada 6 Oktober 2019. Antara pelakon drama Korea Strangers From Hell ini adalah Im Si Wan, Lee Dong Wook, Lee Jung Eun, Park Jong Hwan, Ahn Eun Jin, Kim Ji Eun, Cha Rae Hyung, Noh Jong Hyun dan ramai lagi.
Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Watcher dan kemudian akan digantikan dengan drama The Lies Within. Episod pertama drama ini agak boring sampai buat aku nak tertidur haha, maklumlah episod pertama ni diorang baru nak perkenalkan watak dan sebagainya kan. Tapi episod kedua dan seterusnya drama ni dah makin best. Dari komen - komen yang aku baca, memang ramai yang memuji lakonan Lee Dong Wook dalam drama ini okey, so bagi peminat Lee Dong Wook kenalah tengok drama ni nanti hehe. Drama ini mengisahkan tentang Yoon Jong Woo lakonan Im Si Wan yang berasal dari luar bandar datang ke bandar (Seoul) setelah senior di universitinya dulu iaitu Shin Jae Ho memberikannya kerja sebagai Intern di syarikat miliknya. Sampai di bandar, Yoon Jong Woo mula mencari rumah sewa / bilik untuk disewa. Jung Woo akhirnya membuat keputusan untuk menyewa bilik di Eden Studio walaupun tempat tu nampak sangat teruk, suram, gelap dan kecil. Namun dia tiada pilihan lain kerana masalah kewangan dan perlu simpan duit duit sebelum dapat pindah ke tempat lain. Lama - kelamaan Jong Woo mula rasa pelik dan takut dengan perangai penyewa - penyewa di situ yang semuanya aneh dan menakutkan.
Yoon Jong Woo juga mula mengesyaki sesuatu berlaku apabila salah seorang penyewa disitu tiba - tiba hilang. Ini ditambah lagi dengan bunyi pelik yang sering didengarnya di tingkat 4 yang dikatakan tidak berpenghuni. Selain tertekan dengan penyewa di Eden Studio itu, Jong Woo turut menghadapi masalah di tempat kerjanya, bila bossnya merangkap seniornya sering mempersendakan dirinya kerana tidak berjaya sepertinya. Dia juga turut dibuli dan sering dimarahi oleh seorang pekerja senior di situ yang menjadi mentornya. Teman wanitanya iaitu Min Ji Eun juga tidak begitu mempedulikan masalahnya itu menambahkan tekanan pada Jong Woo. Jong Woo kemudiannya berkenalan dengan salah seorang penyewa disitu bernama Seo Moon Jo (Lee Dong Wook) yang kelihatan friendly dan normal berbanding yang lain. Akhirnya setelah sedar siapa sebenarnya Seo Moon Jo itu membuatkan Jong Woo bertambah takut terutamanya bila berdepan dengan Seo Moon Jo yang psiko itu. Kehadiran penyewa baru bernama Kang Seok Yoon (Noh Jong Hyun) yang merupakan seorang rapper yang mempunyai personaliti yang ceria dan peramah itu membuatkan Jong Woo berasa sedikit selesa kerana ada kawan baru di Eden Studio itu.
Namun segalanya hanya sementara bila sikap Noh Jong Hyun yang terlalu ingin tahu itu mengundang padah. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Jong Woo keluar dari Eden Studio itu?. Okey itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Strangers From Hell ini. Antara watak yang best dalam drama ini adalah So Jung Hwa lakonan Ahn Eun Jin yang merupakan seorang polis, dia dari awal lagi memang dah curiga dengan Eden Studio itu, malah pemilik Eden Studio itu serta para penghuni disitu memang semuanya mencurigakan. Tapi disebabkan dia hanya polis biasa dan bukan detektif membuatkan dia sukar nak menyiasat dengan lebih mendalam lagi. Walaubagaimanapun kadang - kadang geram juga dengan So Jung Hwa ni sebab suka pergi menyiasat secara bersendirian dan bernasib baik bila terselamat beberapa kali dari bahaya. Paling tak leh blah di kemuncak cerita, diorang masih lagi nak pergi ke Eden Studio tu secara solo mahu pun berdua je, walaupun dah boleh agak ada bahaya menunggu mereka tu. Patutnya planlah dulu, pergi beramai - ramai ke apa ker kan hahaha. Memang ada plot twist di penghujung cerita dan ending drama Korea Strangers From Hell ini memang sedikit mengelirukan, jadi kena alert dan tengok betul - betul masa endingnya supaya tak salah faham or jadi konfius.
Apa pun memang pandai diorang pilih lokasi shooting tu, Eden Studio tu memang teruk habis, tak ada privacy langsung, tingkap pun kecik je, pastu cahaya matahari pun tak masuk dan suasana bilik memang suram, gelap, even buka lampu pun memang suram juga. Nasib drama ni 10 episod je, so boleh tahan lagilah dengan segala kengerian dan keanehan yang berlaku di Eden Studio tu. Jadi aku bagi 7.7/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Drama Suri Katriana Lakonan Ernie Zakri dan Ummi Nazeera - Slot Tiara Astro Prima
(Blog Miss Banu Story)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2019/11/korean-drama-review-strangers-from-hell.html