Korean Drama Happiness
Tajuk : Happiness
Produksi : Studio Dragon
Edaran: TvN, TVING, iQi
Tarikh ke udara : 5 November 2021
Genre : Thriller
Pengarah: Ahn Gil-lo
Pelakon :
Han Hyo-joo sebagai Yoon Sae-bom
Park hyung-sik sebagai Jung Yi-hyun
Jo Woo-Jin sebagai Han Tae-seok
Bahasa : Korea
Jumlah Episod : 12
Mama Yan suka pula dengan drama zombi zombi ni sekarang...hahaha..
Ok yang baru MY tonton adalah Happiness, di Netflix. Kisahnya tentang dadah untuk rawatan Covid - 19 yang bernama Next yang telah gagal di peringkat kajian dan pengedarannya secara haram telah mengakibatkan Virus Rita atau ' mad person disease'. Sesiapa yang dijangkiti dengan Rita Virus ni akan berkelakuan seperti orang gila dan jadi zombi.
Drama ni cuma tumpukan pada satu kejiranan dalam pangsapuri yang didiami oleh Yoon Sae-bom dan Jung Yi-hyun yang merupakan pasangan pengantin baru, Tapi mereka tak bercinta pun, Sae-bom ajak Yi-hyun kahwin sebab syarat bagi penjawat awam nak beli rumah tu kena kahwin dulu. Tapi hakikatnya, Yi-hyun dah lama gila suka kat Sae-bom.
Sae-bom merupakan anggota wanita di unit polis khas... orangnya ganas sikit, tak macam suami dia Yi-hyun yang bertugas sebagai polis penyiasat, lebih berdiplomasi. Sepanjang tempoh kuarantin mereka di pangsapuri, banyak kejadian kejadian yang melibatkan jiran jiran di blok tu. Yang dah berjangkit, kebanyakannya merahsiakan keadaan diri mereka.
zombie dalam cerita ni tak la menakutkan sangat rupa parasnya. Dan tak la ganas sangat. Sebab dia masih boleh sedar dan sembuh selepas bertenang. Ramai yang sembuh selepas mendapat antibiotik yang dicipta.
Kira okay la cerita ni. Ada kisah cinta juga. Walaupun tak la seromantis Melur untu Firdaus tu...hahaha... Tapi MY suka la cerita ni. Mungkin sebab MY suka pelakon perempuan tu kot... lawa... berlakon pun best. MY terjumpa banyak sedutan sedutan drama di Tik Tok. Part yang best best pulak tu. Masa tu geram je sebab takde kat Netflix. Lepas dah ada kat Netflix, haaa... dah dua round MY tonton.
Last sekali suami dia pun terjangkit juga dengan virus tu. sedih.. bini dia dikeluarkan dari pangsapuri tu untuk ke pusat rawatan dan penyelidikan, sebab darah si isteri ada antibody yang boleh membentuk penawar penyakit tu.
Tapi ending dia happy la...sesuai dengan tajuk dramanya,Elehh,... bini dia tu..Ngaku awal awal sayang kat suami tu apa salahnya.Eksen sungguh la...Tapi tu la..Isteri memang selalu harap suami je cakap I love you..dia sendiri segan nak cakap...hahahah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2022/07/korean-drama-happiness.html