Korean Cake Design
Baru baru ni trending korean cake design. Merata rata nampak dalam media sosial. Boleh kata yang korean cake design 2020 ni adalah sejenis kek yang comel dengan minimal cake design.
Fiza salah seorang yang suka dengan simple korean cake design ni. Minimalist. Less is more. Tak perlu sarat dengan topping cake. Lagipun kek macam ni nampak comel dan jadi idaman semua orang.
Err..mungkin tak semua orang minat kot. Minat dan citarasa masing-masing berbeza
Tengok sekali pun dah jatuh hati dah. How to make korean minimalist cake ni nampak mudah gayanya. Super simple, easy peasy. Dalam tu tak kisah lah kek apa sekalipun. Yang penting luaran dia tu untuk nampak lebih korean cake design
How to make korean minimalist cake1. PutihWarna putih adalah warna utama yang sesuai untuk dipadankan dalam apa acara sekalipun. Kek yang disalutkan dengan krim putih akan lebih nampak classic dan just nice
2. Warna plainSimple korean cake design menggunakan warna plain untuk decoration cake. Plain dan simple. Kalau tak suka warna putih, boleh beralih kepada warna plain. Warna pastel pun On jugak. Contoh macam kek anniversary Fiza ni. Comel kan
3. Rough FrostingRough frosting ni adalah trademark untuk korean minimal cake design. Ala calit calit krim icing gitu. Tak kemas dan nampak unik. Calit calit camtu pun lawa kan
Ada juga jenis simple korea cake design tanpa sapuan icing. Dipanggil cream naked. Kalau salah sila perbetulkan ye. Cuma letak krim untuk topping sahaja.
Untuk tambah lagi menarik, boleh juga gunakan idea untuk letak buah-buahan segar atau bunga-bunga segar sebagai hiasan. Cantik tau kalau kek putih letak hiasan buah atau buah segar yang colourful. Cantik dan nampak wow sangat.
Kalau letak buah atau bunga tu sesuai lah untuk wedding cake. Untuk yang korean minimal cake ni lebih popular untuk korean birthday cake design.
Tak tahu dari mana tiba tiba viral dan trending korean birthday cake ideas ni. Mostly dijual dalam bentuk saiz yang kecil dan dengan harga yang berpatutan.
Bagus juga ya dijual dengan pelbagai jenis saiz. Jadi, kalau nak sambut birthday dengan jumlah kumpulan yang sikit kira berbaloi lah beli sebiji kek saiz yang comel. Petite cake.
Sekurang kurangnya ada pilihan saiz yang lebih kecil dari biasa dan harga juga lebih murah daripada harga sebiji kek besar tu
Kira okay juga ada petite saiz. Sekali hadap je terus habis. Tak perlu nak simpan kalau makan berdua. Tapi petite saiz ni tak kecil juga lah. baru makan sepotong dua dan rasa kenyang. Ke baru lepas makan heavy food.
Range Harga Petite Korean Cakekalau tak makan apa-apa terus makan kek mungkin tak cukuplah sepotong kek tu kot. Saiz ni Fiza beli kat @theadmirebynaj. Range price dari RM45-RM65. Tengok jenis topping dan flavour cake agaknya lah. Fiza pilih mana yang available je.
Kek Ready stok. Walk in je. Kalau ada rezeki, ada lah stok yang kau orang nak tu. Better tanya dulu lah mana yang available. Ini bukan promote berbayar okay. Bagitau sesiap kat mana Fiza beli sebab nanti ada yang bertanya pulak.
Pelbagai Saiz Korean Cake DesignFiza ada nampak juga kat media sosial ada bakers lain jual dengan saiz lebih kecil macam burger saiz tu. Lagilah comel! Kek bajet dan sangat comel.
Ada juga yang jual kek bentuk separuh kek. Kiranya jual separuh saiz lah. Pun ada! Nak mudah dan lagi jimat beli kek slice pun okay. Ikut bajet sendiri.
Walaupun nampak simple korean cake design ni tapi memerlukan kreativiti juga. Orang calit calit cantik je tengok, diri sendiri buat entah rupa apa entah nanti
Kalaulah Fiza pandai buat cake, rasa boleh ketagih nak buat topping dia je. Bab seni macam ni seronok buat (untuk yang sukakan seni). Lepas tu syok sendiri ambil gambar tak sudah sudah.
Salutelah pada bakers kental yang sabar nak mendekorasi sebiji kek. Tak boleh lah kita complaint lelebih. Cer buat sendiri tengok apa jadi
Pada kita nampak simple. Ada juga harga simple tak kena dengan harga. Mentang mentang tengah trending tengah viral. Dia up harga kayangan pulak.
Kek comel, harga comel dan rasa sedap. Baru lah bermakna seketul korean cake ni untuk dibeli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/08/korean-cake-design.html