Korea Lihat Pengurangan Perkahwinan K Drama Kini Fokus Pada Trend Watak Utama Tidak Mahu Berkahwin


Nampak gayanya realiti di mana wanita lebih mementingkan kepuasan diri sendiri daripada terikat dengan perkahwinan turut mempengaruhi inti pati drama Korea yang dihasilkan kini. Menurut Jabatan Statistik Kebangsaan Korea, jumlah perkahwinan pada bulan April menurun sebanyak 15,670 (21.8%) berbanding dengan waktu yang sama pada tahun sebelumnya.
Generasi yang digelar sebagai ‘N4’ ini merupakan golongan anak muda yang memilih untuk tidak berkahwin dan sepertinya ‘trend’ ini turut mempengaruhi kandungan yang dikeluarkan oleh stesen penyiaran bagi mematuhi pilihan dan citarasa penonton masa kini.
Contoh yang paling jelas ialah menerusi drama yang baru sahaja menamatkan tayangan iaitu “Oh My Baby” lakonan Jang Na-ra dan Go Joon. Bukan itu sahaja, terdapat dua naskhah baru yang ditayangkan sesuai dengan fenomena ‘tidak mahu berkahwin’ yang sudah dianggap seperti norma baru sekarang ini. Drama tersebut ialah “To All The Guys Who Loved Me” di saluran KBS yang diterajui oleh Hwang Jung-eum dan “Was It Love?” yang menampilkan Song Ji-hyo sebagai heroin di saluran JTBC.

Walaubagaimanapun, rata-rata penonton turut meluahkan rasa kecewa terhadap premis drama yang mengangkat tema ini kerana kesudahannya yang masih lagi konservatif. Meskipun memulakan tayangan dengan penampilan watak wanita yang kuat mengharungi hidup sendirian namun akhirnya tetap kalah dengan kuasa cinta dan mengikut norma sosial standard iaitu dengan berkahwin.
Seperti watak Jang Ha-ri (Jang Na-ra) dalam “Oh My Baby” yang lelah kerana asyik gagal dengan percintaan dan hanya mahukan anak untuk menjadi peneman hidup pada awalnya. Tetapi dikaitkan dengan 3 lelaki sebelum memilih untuk bersama dengan Han Yi-sang (Go Joon) pada akhirnya meskipun mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki anak memandangkan masalah berat yang dihadapi oleh mereka.
Sama juga dengan “To All The Guys Who Loved Me” yang bermula dengan watak Hwang Jung-eum yang nekad tidak mahu berkahwin kerana tidak mahu menyakitkan hatinya lagi. Namun penonton sudah dapat mengagak bahawa wanita tersebut akan jatuh cinta sama ada pada Hwang Ji-woo (Yoon Hyun-min) atau pun Park Do-gyeom (Seo Ji-hoon) pada episod akhir nanti.

“Was It Love?” pula menonjolkan watak No Ae-jung (Song Ji-hyo) yang hidup susah selama 14 tahun kerana terpaksa membesarkan anaknya sendiri selain gagal untuk mencapai impiannya sebagai produser filem. Walaubagaimanapun semuanya berubah apabila 4 lelaki yang mempunyai kaitan semasa dia masih muda hadir dan mula menggoncang hidupnya. Jelaslah, bahawa wanita itu akan bersama dengan salah seorang watak lelaki pada akhirnya nanti cuma belum pasti yang mana satu.
Walaupun sudah pun memasuki tahun 2020 dan pelbagai norma sudah pun berubah tetapi drama romantik kekal dengan isi kandungan yang sama dan ‘lama’. Seterusnya kekal dalam kepompong bahawa wanita dan lelaki tidak boleh hidup baik jikalau mereka bersendirian.

Menurut sumber daripada syarikat produksi drama, wanita yang berusia 20 ke 40 tahun yang mengikuti drama seperti ini hanya berasa bahagia pada awal episod kerana tema ‘tidak mahu berkahwin’ tetapi mula kecewa apabila naskhah tersebut diakhiri dengan watak utama yang lari daripada niat asal dan berkahwin juga. Justeru mengukuhkan bahawa semua orang hanyalah ‘normal’ apabila mempunyai pasangan dan bukannya hidup sendiri.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/korea-lihat-pengurangan-perkahwinan-k-drama-kini-fokus-pada-trend-watak-utama-tidak-mahu-berkahwin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama 2 Tahun Lepas Pun Tersenarai 5 K Drama Pilihan Warga Korea Di Netflix Kini

Drama 2 Tahun Lepas Pun Tersenarai 5 K Drama Pilihan Warga Korea Di Netflix Kini

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 306 hits
Laman penstriman Netflix juga merupakan satu medium yang popular di Korea Bahkan senarai Top 10 rancangan kegemaran ramai pada saban hari tetap dipenuhi banyak K Drama walaupun mereka turut boleh menonton drama antarabangsa lain Mesti anda ...
Setelah Wuhan Kini Giliran Daegu Di Korea Selatan Jadi Kota Hantu

Setelah Wuhan Kini Giliran Daegu Di Korea Selatan Jadi Kota Hantu

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 300 hits
Wabah virus corona turut membuat kota Daegu di Korea Selatan menjadi sepi Berbagai aktivitas di kota itu pun dihentikan untuk sementara waktu Usai merebaknya virus Corona di Wuhan kota itu tak ubahnya kota hantu Kini femonena serupa tengah ...
Penangan Blackpink Pakaian Tradisional Korea Hanbok Kini Popular Di Serata Dunia

Penangan Blackpink Pakaian Tradisional Korea Hanbok Kini Popular Di Serata Dunia

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 301 hits
Siapa yang dan tonton video muzik How You Like That pasti terpersona melihat penampilan anggun BLACKPINK dengan pakaian tradisonal Korea iaitu Hanbok yang diubah menjadi sedikit moden Disebabkan oleh gaya yang menawan selain dipakai oleh ah...
Walaupun Belum Disahkan Bercer4i Sharnaaz Ahmad Beritahu Perkahwinan Dia Adalah Bukan Yang Utama Ini Yang Nombor 1

Walaupun Belum Disahkan Bercer4i Sharnaaz Ahmad Beritahu Perkahwinan Dia Adalah Bukan Yang Utama Ini Yang Nombor 1

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 354 hits
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui bahawa hubungannya bersama isteri Noor Nabila kini semakin pulih dan mereka seperti kawan yang akan bersama sama membesarkan anak mereka iaitu Jebat Jayden Menurut laporan Sharnaaz menyerahkan keputusan menge...
Ini Harga Fantastis Outfit Seo Ye Ji Di Drama Korea Populer It S Okay To Not Be Okay Kece

Ini Harga Fantastis Outfit Seo Ye Ji Di Drama Korea Populer It S Okay To Not Be Okay Kece

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 510 hits
Seo Ye ji sosok yang sedang viral karena pinggangnya terlihat sangat kecil saat akting di drama It s Okay to Not be Okay
Pernah Bintangi Drama Dan Filem Siapa Sangka Anita Baharom Kini Deriita Peny4kit Misteri

Pernah Bintangi Drama Dan Filem Siapa Sangka Anita Baharom Kini Deriita Peny4kit Misteri

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 884 hits
Pelakon berwajah cantik manis bernama Anita Baharom ini bukanlah asing di kalangan industri lakonan tanah air Pernah Bintangi Drama Dan Filem Siapa Sangka Anita Baharom Kini Deriita Peny4kit Misteri
11 Artis Drama Korea Yang Awet Muda Banget Tetap Tampil Segar Di Usia 50 Tahun Lebih

11 Artis Drama Korea Yang Awet Muda Banget Tetap Tampil Segar Di Usia 50 Tahun Lebih

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 1149 hits
Masih cocok walaupun lawan mainnya di drama sepuluh atau bahkan dua puluh tahun lebih muda
Cerita Perjalanan Karierku Di Korea Meski Beda Dengan Di Drama Tapi Penuh Cerita Bahagia

Cerita Perjalanan Karierku Di Korea Meski Beda Dengan Di Drama Tapi Penuh Cerita Bahagia

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 257 hits
Siapa yang keseringan nonton drama Korea jadi ingin hidup di sana Gajinya ternyata gede budayanya kalau untung juga menyenangkan
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Resipi Lengkap Ayam Gulai Padang Memang Sedap Gerenti Jadi

Pergilah Di Tempat Kamu Lebih Dihargai

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31