Korban Duit Simpanan Guru Buka Bank Makanan Depan Rumah


 
Bank makanan di hadapan rumah Cikgu Murni di Indera Mahkota, Pahang, boleh dikunjungi bermula sekitar 8 pagi hingga 7 petang bagi mendapatkan barang makanan asas, antaranya beras, tepung, gula, telur, minyak masak dan kicap. (Gambar Bernama)KUANTAN: Paparan kisah sedih orang ramai di media sosial yang kehilangan mata pencarian dan kelaparan akibat terkesan dengan wabak Covid-19 menyentuh hati seorang guru sehingga mendorongnya mengambil inisiatif mewujudkan bank makanan (food bank) di hadapan rumahnya di Indera Mahkota, di sini.
Pendidik di SK Assunta Convent, Murnizam Muda, 42, berkata, tanggungjawab itu diambil kerana beliau tidak sanggup melihat masyarakat tertekan tidak dapat membeli makanan, terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil.
Mesra disapa Cikgu Murni, ibu kepada empat anak itu berkata, biarpun perlu menggunakan duit simpanan untuk berbelanja ribuan ringgit setiap minggu, beliau menganggap ia sebagai sumbangan dan amal kecilnya kepada masyarakat, selain mengajar murid di sekolah.
“Saya mula beri bantuan tahun lalu dengan hantar ke rumah orang, tetapi kebelakangan ini kes Covid-19 sangat tinggi, hendak keluar pun takut dan tidak dibenarkan. Jadi bermula awal bulan ini, saya buka meja di bawah pokok dan letak barang makanan asas untuk sesiapa sahaja datang ambil secara percuma,” katanya.
Bank makanan di hadapan rumahnya yang kelihatan seolah-olah kedai runcit mini itu boleh dikunjungi bermula sekitar 8 pagi hingga 7 petang bagi mendapatkan barang makanan asas, antaranya beras, tepung, gula, telur, minyak masak dan kicap.
Katanya, hampir setiap hari setelah selesai sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), beliau akan keluar membeli barang makanan asas di pasar raya sekitar Kuantan untuk kegunaan keesokannya.
“Saya memang beli secara borong kerana sehari perlu ‘top up’ barang di meja itu dalam empat hingga tujuh kali, sekali belanja lebih daripada RM500. Memang perlu berbelanja besar tapi saya tidak kisah gunakan simpanan sendiri asalkan mereka yang susah dapat makan.
“Banyak kes yang menyentuh hati, antaranya bunuh diri dan kelaparan, ia amat menyedihkan. Sumbangan saya ini tidak banyak mana tapi harap dapat meringankan beban yang mereka tanggung,” katanya.
Malah menurut beliau, usaha kecilnya mula mendapat perhatian jiran dan rakan setugas lain yang turut sama menyumbang dari segi wang tunai atau makanan.
“Kadang-kadang mereka datang letak terus barang makanan atas meja disediakan, ada juga beri wang tunai dan minta saya beli barang yang dah kurang,” katanya.
Menurut guru Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni itu, adakalanya beliau turut menggunakan khidmat penghantar barang bagi membantu individu yang tidak mempunyai kenderaan dan berada di lokasi agak jauh.
“Ada yang hubungi saya melalui Facebook dan nyatakan masalah mereka, misalnya tiada wang dan kenderaan, jadi saya upah ‘runner’ untuk hantar barang ke rumah mereka,” kata guru yang berasal dari Terengganu itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/korban-duit-simpanan-guru-buka-bank.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Beri Sabun Dan Tuala Wanita Naim Daniel Buka Bank Makanan Di Stesen Minyak

Hiburan Beri Sabun Dan Tuala Wanita Naim Daniel Buka Bank Makanan Di Stesen Minyak

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 289 hits
Bukan sahaja lantang bersuara mengenai kepimpinan negara pada ketika rakyat mengalami kesusahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan penyanyi dan pelakon Naim Daniel mengorak langkah setapak lagi apabila dia tampil menghulurkan bantuan kep...
Bank Makanan Dirompak Golongan Tamak

Bank Makanan Dirompak Golongan Tamak

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 253 hits
ARIF ATANBukan sedikit rakyat yang terkesan termasuk hilang punca pendapatan akibat kegagalan kerajaan Perikatan Nasional memerangi pandemik Covid 19 Siri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak berkesudahan dan darurat sejak awa...
Berani Berubah Bisnis Kerudung Buka Pintu Bagi Korban Phk

Berani Berubah Bisnis Kerudung Buka Pintu Bagi Korban Phk

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 215 hits
Ide usaha kerudung muncul ketika membuka media sosial Bermodalkan uang tabungan dan dukungan orangtua Rissa mulai merintis usaha dari awal Dia juga merekrut karyawan karyawan yang pernah terkena PHK imbas pandemi Covid 19
Hiburan Kami Serius Mahu Berumah Tangga Dini Cari Duit Untuk Beli Rumah Impian Dengan Janna Nick

Hiburan Kami Serius Mahu Berumah Tangga Dini Cari Duit Untuk Beli Rumah Impian Dengan Janna Nick

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 760 hits
Siapa sahaja yang tak tahu mengenai pasangan dua merpati sejoli iaitu Dini Schatzmann dan Janna Nick Sentiasa berkongsi gambar bersama pasangan itu nyata sedang hangat dilamun cinta BACA AdvertisementBagi membuktikan bahawa dia serius dalam...
Polis Ipd Sepang Bergegas Hantar Bekalan Makanan Ke Rumah Ini Selepas Terima Aduan Kehabisan Makanan

Polis Ipd Sepang Bergegas Hantar Bekalan Makanan Ke Rumah Ini Selepas Terima Aduan Kehabisan Makanan

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 348 hits
Pihak polis IPD Sepang menerusi satu perkongsian di akaun Facebook memaklumkan bahawa pihaknya baru sahaja menyampaikan bantuan makanan kepada 14 orang individu di Taman Bunga Raya Sepang yang telah terputus bekalan makanan Pihak IPD Sepang...
Kpm Buka Pengambilan Khas 18702 Guru Gred Dg41

Kpm Buka Pengambilan Khas 18702 Guru Gred Dg41

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 293 hits
KPM buka pengambilan khas 18702 guru gred DG41 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam masa terdekat Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata pengambilan berskala besar itu dilakukan secara one off bertujuan menyelesaikan masalah ke...
Sebelum Ini Dia Pernah Datang Gajah Hentam Dinding Dapur Rumah Untuk Cari Makanan

Sebelum Ini Dia Pernah Datang Gajah Hentam Dinding Dapur Rumah Untuk Cari Makanan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 295 hits
The ReporterJam 2 pagi Ahad pasangan suami isteri terbangun dari tidur selepas terdengar bunyi bising di luar bilik lalu bergegas ke dapur dan terkejut melihat kehadiran seekor gajah yang telah merobohkan dinding dapur mereka Dalam kejadian...
Duit Bkc Check Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Covid 19 Masuk Bank

Duit Bkc Check Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Covid 19 Masuk Bank

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 517 hits
DUIT BKC CHECK TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID 19 MASUK BANK Kepada yang telah membuat bilakah bayaran BKC bulan pertama pada Ogos 2021 Bilakah tarikh duit BKC masuk bulan Ogos 2021 Untuk mengetahui tentang info ini kami akan kongsikan...
Tak Boleh Keluar Kita Order Durian Delivery Sampai Depan Pintu Rumah

Tak Boleh Keluar Kita Order Durian Delivery Sampai Depan Pintu Rumah

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 330 hits
Beli durian online je musim musim pandemik ni Kebetulan ternampak seller yang jual durian delivery ni tampal iklan kat lif flat rumah kitaorang Mr hubby suruh k fiezz whatsapp dengan seller ni Tanya harga boleh buat durian delivery ke Saja ...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Mcmc Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di Tiktok Fahmi

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rezeki Lepas Hujan Di Dahan Mati Sehingga Menjadi Resipi Masak Lemak Kulat Sisir

Reform Roadmap Welcome But Key Appointments Process Remains Unclear

Pico Laser Kl Brighter Smoother Skin With Dr Chong Clinic

Cafe Hipster Dalam Hutan Di Kuala Lumpur

Isteri Punca Suami Jadi Silent Treatment

Suka Yang Mana