Kopitiam Menyatukan Kita Dari Secawan Kopi Lahirlah Perpaduan


Tak sangka, hanya dari secawan kopi, perpaduan rakyat Malaysia boleh tercetus. Kopitiam Xin Aun Nong Yong yang nampak biasa ini rupanya tersimpan nostalgia tentang sejarah, budaya dan keharmonian antara kaum sejak dulu lagi. 
Di tengah-tengah pekan Tapah yang sederhana, tersembunyi sebuah kopitiam lama usianya 100 tahun milik Phua Ah Ling yang masih teguh berdiri, bukan sahaja sebagai tempat menjamu selera, tetapi juga sebagai titik pertemuan pelbagai kaum dan generasi.


Lebih Dari Sekadar Secawan Kopi
Kopitiam ini telah menyaksikan sejarah, perubahan zaman dan generasi yang datang dan pergi. Apa yang menjadikannya istimewa bukan sahaja kopi tradisionalnya yang pekat dan kaya aroma serta pau yang lazat tetapi suasana yang membalut setiap sudut ruangan bangku kayu lama, dinding berlumut cerita dan senyuman mesra pemilik yang diwarisi turun-temurun.
Tempat Bertemunya Budaya

Famili Ikat Tepi, yang menyingkap kisah bukan sekadar memaparkan warung kopi. Ia menceritakan bagaimana sebuah ruang kecil mampu menyatukan masyarakat berbilang bangsa. Di sinilah Cina, Melayu, India dan pelbagai etnik duduk semeja, berkongsi makanan, cerita dan kehidupan. Inilah Malaysia sebenar.

Phua- “Sini tiada gaduh gaduh, aman sahaja. Semua kaum Cina, Melayu , India baik-baik sahaja. Semua kenal macam adik beradik,”
Pakcik Ramli – “Dulu kedai ni macam transit , semua orang akan singgah,”
Pakcik Chok – “Sudah kawan 30 tahun dengan Ramli,”
Kutty- “ Kalau tak ada kopitiam ni mana mahu pergi,” 
Syam- “Selalu lepak sini, makan telur dan roti bakar,”
Cecily – “Sini boleh hari-hari jumpa kawan, ini bukan kedai macam rumah juga” 


Tiada tembok pemisah, tiada kekok, hanya gelak tawa dan cerita hidup yang dikongsi sambil menikmati secawan kopi O panas.


Kisah-kisah beginilah yang menggambarkan budaya kopitiam sebagai simbol perpaduan, bukan hanya dalam kalangan keluarga, malah antara kaum dan generasi. Dari zaman datuk nenek kita hingga ke hari ini, kopitiam menjadi titik pertemuan,  tempat orang berkongsi cerita, bertukar pandangan dan menyulam silaturahim.

Warisan Yang Hidup Walaupun modenisasi melanda, kopitiam ini tidak berubah tetap sama sepertimana dahulu. Resipi lama masih dijaga, suasana kekal klasik. Malah, pelanggan tetap masih kembali, bukan kerana hanya makanan, tetapi kerana ‘rasa rumah’ yang tidak boleh dibeli di mana-mana.

Kesimpulan Dalam dunia yang semakin laju, kopitiam 100 tahun ini menjadi peringatan bahawa nilai sebenar kehidupan ada dalam hubungan, kenangan dan rasa hormat antara manusia. Famili Ikat Tepi bukan sekadar paparan kisah; ia adalah seruan untuk kita kembali hargai warisan yang menyatukan hati. Kisah Pakcik Ramli, Pakcik Chok, Kutty duduk semeja hanyalah satu daripada ribuan momen yang mencerminkan keharmonian rakyat Malaysia. Dalam dunia yang makin sibuk dan berpecah, kita semua perlu kembali ke akar, secawan kopi, sebuah meja dan hati yang terbuka.
Semarakkan semangat Inilah KITA dan tonton video penuh di:
https://www.youtube.com/watch?v=XJxRx1bPlFY 


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/08/kopitiam-menyatukan-kita-dari-secawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lunch Di Kopi Kueh By The Beach Sambil Menikmati Permandangan Laut

Lunch Di Kopi Kueh By The Beach Sambil Menikmati Permandangan Laut

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 981 hits
Kononnya nak makan di Bagan Lalang lepas pergi Leisure Garden Sepang tu Tapi bila cari cafe mostly buka jam 3 00 petang dan ke atas Jam baru 1 00 petang masa tu Malas nak tunggu jomlah kita ke Port Dickson lunch di Kopi Kueh by The Beach ya...
Kopi Pekat Nasi Lemak Sambal Udang Sarapan Pagi Lengkap Air Tangan Sendiri

Kopi Pekat Nasi Lemak Sambal Udang Sarapan Pagi Lengkap Air Tangan Sendiri

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 986 hits
Assalamualaikum Selamat pagi selamat berhujung minggu semua apa program hari ni Pagi ini SA rajinkan diri masak nasi lemak sambal udang setelah suami berzikir dari minggu lepas kata SA dah lama x buat nasi lemak Bukan setakat nasi lemak kos...
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 6832 hits
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia PUTRAJAYA 31 Ogos Sambutan Hari Kebangsaan ke 68 di Dataran Putrajaya membuka tirai secara rasminya pada pagi ini sekali gus menjadi medium untuk rakyat pelbagai kaum ...
Tamatnya Era Duit Kopi Di Pintu Masuk Negara Dengan Penubuhan Akps

Tamatnya Era Duit Kopi Di Pintu Masuk Negara Dengan Penubuhan Akps

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1527 hits
Tamatnya era duit kopi di pintu masuk negara dengan penubuhan AKPSHarapandailyAugust 23 2025OLEH LONG NIZUANBila Sempadan Kita Mula Jaga Kita Dulu jika anda tiba di lapangan terbang Malaysia dan melihat pegawai imigresen memproses pelawat d...
Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1352 hits
Singgah isi minyak di Stesen Minyak Petronas Bandar Penawar Nampak pula coffee cart Cafe Mesra Dah lamanya tak membeli kopi cafe mesra Petronas ni Dulu rajin membeli setiap kali lepas hiking Bukit Kepayang Tapi dah tak ada cafe dah di stese...
Kopi 3 Dalam 1 Zus

Kopi 3 Dalam 1 Zus

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 1893 hits
asal ada parcel ada la budak siam ni menyemak Mama Yan order di Shopee Nak pekena kat kedainya terasa mahal Kita beli yang 3 in 1 ajelah Hari ni Mama Yan nak try buat Salted Caramel Latte Yang Kopi O Ngupi tu MY dah buat banyak kali dah Tap...
Beli Kopi Di Kopinikasi

Beli Kopi Di Kopinikasi

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1375 hits
Lepas makan di ingatkan nak beli Kopi di tu tapi tak ada rezeki Barista tu baru lepas cuci mesin kopi Kecewa Masa tu dah jam 10 37 malam macam tu Mana ada kopi buka lagi Encik Suami cari dalam grab ke TikTok entah ada kedai kopi buka sampai...
Sarapan Di Klasik Kopitiam Medini Iskandar Puteri

Sarapan Di Klasik Kopitiam Medini Iskandar Puteri

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 495 hits
Assalamualaikum WBTSUDAH beberapa hari ponsel Sk memaparkan peringatan full memory Puas buang gambar dalam galeri tapi sayangnya nak buang gambar anak anak kucing di kolej Kebanyakan anak anak kucing tu dah tak ada tu la sayang nak buang Na...
Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

Bon App Tit Your Majesty Betul Betul Berbaloi Ke Tengok

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

Zra Kongsi Tawaran Diberikan Tentera Isra L Ketika Pintas Kapal Mengaku Salah Atau Dibicarakan Amp Dilokap

Tiga Kapal Global Sumud Flotilla Diculik Disabotaj Tentera Laut Israel

Star Expected To Quit Grs After Seat Sharing Dispute


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wartawan Deegun Rahman Meninggal Dunia

Pelancong As Kagum Dengar Lelaki Malaysia Jelaskan Tentang Islam

Oppo A6 Pro 5g And Mobile Legends Bang Bang Partner To Unleash An Ultimate Smooth Gaming Experience

Korinda House In Plenty By Bent Architecture Resilient Bushland Home

Illegal Tyre Imports Exposed During Raids On 3 Shah Alam Outlets

Sapp Defers Response On Expulsion From Grs Pending Party Meet