Kopi Cap Gantang Kaww Baq Hang
Minggu sudah sekembalinya kami dari makan gulai kat utagha, nun di Loq Staq nuhh oii~ hahaha tetiba cakap utara pehal!? Dah kerasukan mambang utara ke hapa nih? hahaha I balik Gerik lalu ikut Gurun, pastu terus turun ke Kuala Pegang, Kupang dan sampai lah Gerik. Masa lalu Kuala Pegang tu, tetiba semerbak aroma kopi menusuk ke kalbu. Alahaii sodap aih!
Dah hujan renyai-renyai. Terus tak smenea-mena tekak rasa meronta-ronta nak menikmati secawan kopi kampung yang hitam lagi pekat buat habuan tekak yang haus. Ahhhh~ I rasa tak ramai yang tahu bahawa di celah sayup-sayup jalan kampung di sini terletak sebuah kilang memproses kopi yang nama nya tak asing lagi bagi kami yang tinggal di daerah utara tanah air, Kopi Cap Gantang.
Kopi Cap Gantang Milik Siapa?Mesti ramai tertanya-tanya siapa pemilik Kopi Cap Gantang ni kan? Perusahaan kopi Cap Gantang ni diusahakan oleh anak jati kelahiran Kedah, iaitu En. Mohamed Hassan Mohamed Rawter dan isteri Zarulaswah Mohd. Nayan
Bagi Syu, kopi dengan jenama Cap Gantang ni cepat menjadi popular kerana kesedapan dan rasa asli kopi itu sendiri. Macam Syu sendiri, nostalgia Syu memproses kopi bersama arwah Opah masa zaman kanak-kanak dulu memang pengalaman yang tak akan Syu lupakan. Dan rasa kopi Cak Gantang sangat mirip kepada rasa kopi kampung yang arwah Opah Syu buat dulu
Serius. Tak boleh move on lah dengan rasa nikmat kopi kampung. Tak sama dengan kopi-kopi hipster zaman leni yang I "kurang" sangat nak mai rasa mengidam tuh. Sekali sekala je, itu pun dah jemu dan muak. Tapi kalau kopi O dari kopi kampung, huh hari-hari mesti mau pekena! Kalau tak, memang rasa tak syiok!
Kilang kopi ini dah diiktiraf dengan persijilan HALAL, MeSTI dan ISO dimana produk yang dihasilkan melalui kilang ini dah qualified untuk di eksport. Pengusaha brand Kopi Cap Gantang ini juga pernah dianugerahkan sebagai Peladang Jaya sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2008 di Serdang, Selangor. Hebat dok
Kopi dari biji kopi jenis RobustaSerbuk Kopi Cap Gantang ni diproses dari biji kopi robusta mentah yang diimport dari Indonesia. Ye, import. Sebab kat Malaysia ladang kopi robusta cuma ada di Tenom, Sabah dan hasil pengeluaran biji kopi dari sana tak mencukupi untuk menampung permintaan kopi seluruh negara. And yes, hampir 90% kopi robusta yang kita minum setiap hari selama ni adalah biji kopi mentah dari seberang
So, jom support Kopi Cap gantang, keluaran Syarikat Gantang Coffee Enterprise. I bukan pengampu, or dibayar untuk artikel ini. Nonono. Tidak sama sekali okay
I cuma share kopi keluaran muslim yang I satu family minum dan for me ianya sedap dan menepati citarasa tekak I.
Hey, bukan sedikit okey pengusaha kopi bumiputera dan muslim kat Malaysia ni. But I choose Kopi Cap Gantang sebab ianya sedap! Bukan semata-mata kerana kempen #buyMuslimFirst ya. I sebagai pengguna masih memilih untuk utamakan KUALITI & HALAL terlebih dahulu, then barulah I akan pertimbangkan faktor-faktor lain
Kopi Cap Gantang, Serbuk Kopi Warisan Kita.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.annursyuhadah.com/2019/09/kopi-cap-gantang-kopi-buatan-muslim.html