Kopetro Raikan Ejen Pengedar Sempena Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli Menang Lengquas


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Produk LengQuas semakin mendapat tempat di hati peminat terutamanya bagi mereka yang mencari produk makanan pra-masak dengan menu masakan tradisional yang menarik. Baru-baru ini, sebuah majlis penyampaian hadiah diadakan oleh LengQuas bagi meraikan ejen dan pengedar produk mereka di Flora Terrace @ Hampshire Kuala Lumpur

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN 'BELI & MENANG' LENGQUAS
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad  (KOPETRO) telah menganjurkan sebuah Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang LengQuas di Flora Terrace @ Hampshire Place, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan dengan hidangan pelbagai juadah enak serta aktiviti pentas, telah dihadiri oleh barisan pengurusan KOPETRO, jemputan-jemputan khas, rakan-rakan niaga, wakil-wakil media serta pemenang-pemenang yang terdiri daripada pengedar-pengedar dan ejen-ejen LengQuas

Kempen Beli & Menang LengQuas telah berlangsung pada 15 Julai 2022 sehingga 3 Oktober yang lalu, menawarkan pelbagai hadiah lumayan jenama Xiaomi bernilai lebih RM30,000. Ejen dan pengedar masing-masing mempunyai kriteria  yang perlu dipenuhi bagi memenangi hadiah yang ditawarkan seperti membuat pembelian produk sekurang-kurangnya 10 karton bagi kategori ejen dan 100 karton bagi kategori pengedar. Selain daripada itu, ejen jualan yang mencapai sasaran jualan tertinggi juga bakal menerima ganjaran berupa hadiah utama bagi kempen ini


Memetik ucapan Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahamad Ubaidah, 'Beli & Menang' adalah sebuah kempen bagi menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan ejen-ejen dan pengedar-pengedar LengQuas dalam usaha mempertingkatkan jualan dan memperluaskan pasaran LengQuas. Sehingga awal tahun ini, LengQuas telah pun mempunyai hampir 800 ejen jualan di seluruh negara yang terdiri daripada kafe-kafe, stesen-stesen minyak, kedai-kedai serbaneka dan pasaraya-pasaraya ternama

"KOPETRO akan terus komited merancang projek-projek perniagaan berimpak tinggi untuk diceburi bagi memacu sektor ini ke aras berpendapatan tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan syarikat dan rakan-rakan niaga kami yang tidak putus-putus memberikan sokongan," 
ujar Ahmad Syakir


Pada majlis tersebut, LengQuas turut memperkenalkan produk terbaharu, iaitu hidangan makanan pra-masak menu-menu popular LengQuas yang terdiri daripada Daging Masak Hitam, Daging Dendeng, Ayam Cili Padi dan Paru Goreng Berlada. Berbanding hidangan sejuk beku sedia dimakan yang telah dipasarkan sebelum ini, produk ini menggunakan teknologi terkini iaitu sistem terma dikontaminasi yang memboleh produk disimpan pada suhu bilik


LengQuas merupakan jenama di bawah KOPETRO Food Sdn. Bhd., anak syarikat milik KOPETRO, mula dipasarkan sejak tahun 2019 dan telah menempah nama sebagai sebuah jenama makanan sejuk beku yang menawarkan pelbagai juadah tempatan. LengQuas adalah jenama pertama keluaran koperasi yang telah berjaya menerima anugerah The BrandLaureate e-Branding Awards 2020 bagi kategori makanan dan minuman produk sejuk beku. Selain diiktiraf dengan sijil HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points) dan GMP (Good Manufacturing Practice) daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia, produk LengQuas turut mempunyai pensijilan Halal, MESTI dan Buatan Malaysia
Ikuti akaun @lengquas.official di Facebook dan Instagram, layari laman sesawang www.kopetrofood.com.my atau hubungi 017-319 5764 untuk maklumat lanjut dan promosi-promosi terkini mengenai LengQuas


SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/11/kopetro-raikan-ejen-pengedar-sempena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyampaian Hadiah Kempen Beli Menang Lengquas

Penyampaian Hadiah Kempen Beli Menang Lengquas

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 228 hits
hai assalammualaikumPenyampaian Hadiah Kempen Beli Menang LengQuas Tahniah kepada semua pemenang Kempen Beli Menang LengQuas yang telah diadakan di Floral Terrace Hampshire Place Jalan Tun Razak Kuala Lumpur Kempen Beli Menang LengQuas tela...
Penyampaian Hadiah Lengquas Kopetro Beli Dan Menang

Penyampaian Hadiah Lengquas Kopetro Beli Dan Menang

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 202 hits
PENYAMPAIAN HADIAH LENGQUAS KOPETRO BELI DAN MENANG Kalau dah rezeki memang tak ke mana Tahniah buat semua para pemenang LENGQUAS KOPETRO BELI DAN MENANG KOPETRO Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad menganjurkan sebuah Majlis Penyampaian Had...
Menang Cuti Sakan Bersama Kopetro Travel And Tours

Menang Cuti Sakan Bersama Kopetro Travel And Tours

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 234 hits
Menang Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel Tahniah kepada 15 orang pemenang bertuah peraduan Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel Tours yang dijalankan pada 1 Julai sehingga 30 September yang lalu Menang Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel Tours K...
Rebut Peluang Untuk Menang Hadiah Bernilai Lebih Rm2 Juta Dengan Wheel Yoo Win

Rebut Peluang Untuk Menang Hadiah Bernilai Lebih Rm2 Juta Dengan Wheel Yoo Win

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 379 hits
Assalamualaikum Haa baca tajuk pun dah teruja kan sebab hadiah yang banyak tu Sape je tak suka join contest atau kempen menang hadiah ni Korang pengguna Yoodo Meh baca sampai habis post kali ni Yang belum tukar telco sila lah tukar Yang mas...
Jadi Negara Asia Yang Paling Rajin Menang Ini 4 Miss Universe Dari Filipina

Jadi Negara Asia Yang Paling Rajin Menang Ini 4 Miss Universe Dari Filipina

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 328 hits
Filipina adalah negara Asia yang paling sering memenangkan mahkota Miss Universe Dua di antara empat pemenangnya adalah Pia Wurtzbach dan Catriona Gray
Bn Sedia Beri Kerakyatan Kepada Anak Yang Lahir Di Luar Negara Jika Menang Pru15 Zahid Hamidi

Bn Sedia Beri Kerakyatan Kepada Anak Yang Lahir Di Luar Negara Jika Menang Pru15 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 255 hits
BN sedia beri kerakyatan kepada anak yang lahir di luar negara jika menang PRU15 Zahid HamidiFoto The StarBarisan Nasional bersedia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara ole...
Sasaran Berbeza Kerusi Pakatan Supaya Tidak Selesa Untuk Menang Kata Anwar

Sasaran Berbeza Kerusi Pakatan Supaya Tidak Selesa Untuk Menang Kata Anwar

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 196 hits
PERBEZAAN sasaran kerusi Parlimen yang boleh dimenangi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 15 19 November ini bukan menggambarkan wujud ketidaksefahaman antara kepimpinan PKR Pengerusi PH Anwar Ibrahim sebaliknya berkata perbezaan sas
Bagaimana Ph Bakal Menang Banyak Kerusi Pru15

Bagaimana Ph Bakal Menang Banyak Kerusi Pru15

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 408 hits
1 Sebelum ini selepas kejatuhan kerajaan PH aku pernah tulis yang BN mungkin akan menang besar dalam PRU15 akibat kekecewaan rakyat terhadap PH semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan 2 Ini dikuatkan lagi dengan keputusan PRK PRK yang diada...
Anwar Akan Kerjakan Mahathir Dan Daim Jika Pakatan Harapan Menang Pru15

Anwar Akan Kerjakan Mahathir Dan Daim Jika Pakatan Harapan Menang Pru15

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 269 hits
Oleh Adam MalikPakatan Harapan mengalami defisit kepercayaan rakyat terhasil dari tingkah laku Mahathir dan Muhyiddin Ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri 22 bulan Hasilnya sehingga kini Pakatan Harapan terpaksa membalut luka kerana nama...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung

5 Tips Mengatur Keuangan Pribadi Agar Bisa Investasi Sejak Dini

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma