Koperasi Permodalan Felda Rugi Rm 60 Juta Jual 17 6 Juta Unit Saham Fgv Fgv Perlu Kembali Kepada Felda




Mengejutkan apabila berita melalui laporan The Star, 10 Jun 2020, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) milik peneroka, generasi dan kakitangan bukan lagi antara pemegang utama saham FGV Holding Berhad (FGV). Berita hanya dikeluarkan dalam edisi bahasa Inggeris dan tidak mendapat liputan akhbar berbahasa Melayu.

1. KPF pada mulanya memegang lebih kurang 5.8% dengan jumlah lebih 211 juta unit saham dan FELDA memegang 33% pegangan saham dalam FGV. Namun pegangan mula berkurangan pada 2017 melalui penjualan lebih 10 juta unit saham dengan pengurangan pegangan kepada 5.3%. The Star melaporkan hari ini, KPF hanya memegang 4.75% setelah menjual 17.6 juta saham pada awal bulan Jun 2020 dan kini bukan lagi sebagai pemegang utama dalam FGV.

2. Kiraan bagi jumlah penjualan saham pada RM 1.15 ini berbanding RM 4.55 harga belian, KPF kerugian RM 60 juta. Pada 2017, KPF boleh dikatakan mencatatkan kerugian menjual 5 juta saham FGV pada nilai RM12.5 juta. Mengikut kenyataan mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 2017, FELDA mencatatkan RM 2 bilion rugi tidak nyata kerana kejatuhan harga saham FGV.

3. Tindakan ini dilihat tidak selari dengan hasrat warga FELDA melalui kenyataan wakil peneroka dan generasi Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKPP) yang  mahukan pegangan FELDA dan KPF  ditingkatkan kepada satu nilai sebagai pemegang terbesar dalam FGV. Ini bagi memastikan penguasaan ke atas FGV dapat menjamin objektif FGV yang sepatutnya memberi keuntungan kepada FELDA dan warganya sebagai pemegang taruh.

4. KPF dilihat begitu terdesak sehingga terpaksa menjual sebahagian sahamnya dalam FGV samada untuk membayar dividen yang berpatutan atau mencairkan aset bagi melabur ke sektor pelaburan yang lebih menguntungkan.

5. Prestasi FGV sejak 2013 melalui laporan kertas putih FELDA tidak memberangsangkan terus mencatatkan kerugian RM 163 juta bagi suku pertama 2020 dan RM 1.03 bilion pada 2018. Prestasi FGV telah memberi tekanan kepada pemegang utama saham dan keadaan memaksa untuk menjual bagi membolehkan cairan tunai hasil  dari penjualan boleh dilabur ke dalam pelaburan yang lebih baik.

6. Jalan keluar bagi masalah ini kini terletak pada bahu kerajaan dan Pengerusi baru FELDA. Ladang dan kilang perlu diserahkan semula kepada FELDA. FELDA Holding Berhad FHB telah menunjukkan prestasi yang baik sebelum ia disenaraikan ke bursa saham. FELDA dan peneroka perlukan pendapatan lebih baik dari ladang dan kilang yang dipegang oleh FGV.

*Ridhuan Esa*
24 Syawal 1441H
17 Jun 2020
Generasi Ke-2
FELDA Sungai Sibol
Generasi Ke-3
FELDA Bukit Serampang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/koperasi-permodalan-felda-rugi-rm-60.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Curi Burung Senilai Rp 7 5 Juta Pemuda Pengangguran Di Bontang Jual Rp 200 Ribu

Curi Burung Senilai Rp 7 5 Juta Pemuda Pengangguran Di Bontang Jual Rp 200 Ribu

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 232 hits
Pemuda pengangguran yang tinggal di Bontang Lestari Bontang Kalimantan Timur RAS dibekuk polisi beberapa jam usai menjual burung cucak hijau curiannya hanya Rp 200 ribu Motifnya pemuda itu hanya perlu uang untuk kebutuhan sehari hari
Liam Payne Jual Banglo Mewah Rm46 Juta

Liam Payne Jual Banglo Mewah Rm46 Juta

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 203 hits
Siapa jer tak kenal kumpulan One Direction yang pernah popular dengan lagu What Makes You Beautiful Fuh masa tu Ohmedia asyik nyanyi jer lagu diorang Kebanyakan lagunya semua sedap sebab catchy Kah Apa yang lebih menarik salah seorang dari ...
1 1 Juta Penjawat Awam Kembali Bertugas Mulai Rabu Ini

1 1 Juta Penjawat Awam Kembali Bertugas Mulai Rabu Ini

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 342 hits
Kira kira 1 1 juta penjawat awam akan kembali bertugas mulai Rabu ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berakhir esok digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sehingga 31 Ogos Baki lagi hampir 500 000 penjawat awa...
Tak Punya Uang Warga Di Bekasi Jual Kembali Beras Bantuan Presiden

Tak Punya Uang Warga Di Bekasi Jual Kembali Beras Bantuan Presiden

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 181 hits
Seorang penjual beras bansos kata dia bekerja di gudang perusahaan Lantaran tinggal sebatang kara penerima bansos tersebut tidak sempat memasak nasi Kalau pun masak kata dia tidak pernah habis
Tuntutan Saman Ganti Rugi Am Melebihi Rm 1 Juta Wow

Tuntutan Saman Ganti Rugi Am Melebihi Rm 1 Juta Wow

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 260 hits
Pelakon Emelda Rosmila menuntut permohonan maaf daripada pelakon Zarina Anjoulie kerana menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya Emelda menerusi sebuah kenyataan media menyatakan permohonan maaf tersebut haruslah disiarkan di media cetak Fa...
Pengarah Syarikat Dituduh 3 Kes Penipuan Jual Beli Syarikat Bernilai Rm2 5 Juta

Pengarah Syarikat Dituduh 3 Kes Penipuan Jual Beli Syarikat Bernilai Rm2 5 Juta

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 451 hits
PETALING JAYA Pengarah Syarikat dihadapkan ke mahkamah sesyen Petaling Jaya atas tiga pertuduhan berhubung kes penipuan dalam urusan jual beli syarikat Tertuduh How Soong Khong didakwa memperdaya Pegarah Eksekutif Syarikat Luster Industries...
Taman Margasatwa Ragunan Kembali Dibuka

Taman Margasatwa Ragunan Kembali Dibuka

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 253 hits
Taman Margasatwa Ragunan Kembali Dibuka Taman Margasatwa Ragunan kembali dibuka setelah tutup selama tiga bulan sebagai upaya memutus rantai penyebaran virus corona Covid 19
Usai Tutup Tiga Bulan Ancol Kembali Dibuka

Usai Tutup Tiga Bulan Ancol Kembali Dibuka

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 251 hits
Usai Tutup Tiga Bulan Ancol Kembali Dibuka Setelah ditutup selama tiga bulan taman hiburan di Jakarta kini kembali dibuka dengan penerapan protokol kesehatan dan pembatasan jumlah pengunjung
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang