Konvensyen Skor A Upkk Hatimurni X Pa Ma 2025 Menyatukan Semangat Ilmu Sebagai Rakan Strategik Pendidikan Islam


Lebih 1,300 peserta membanjiri Menara Felda, Kuala Lumpur pada 21 Jun 2025 yang lalu sempena Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni anjuran bersama Hatimurni dan Majalah Pa&Ma.
Kehadiran ibu bapa bersama anak-anak berusia 10 hingga 11 tahun yang bakal menduduki peperiksaan UPKK tahun ini dan tahun hadapan menunjukkan betapa tingginya kesedaran terhadap kepentingan ujian penilaian ini. 

Tujuan utama konvensyen ini adalah untuk memberi pencerahan yang lebih jelas kepada para ibu bapa dan murid tentang hala tuju serta kepentingan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
Ramai masih belum benar-benar faham struktur serta impaknya kepada pembangunan pendidikan Islam anak-anak, jadi majlis sebegini memang sangat tepat pada masanya. 

Perasmian Oleh Menteri Hal Ehwal Agama 
Majlis dimulakan seawal 7.30 pagi dengan suasana penuh tertib dan bersemangat. Upacara perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Beliau turut menandatangani plak istimewa sebagai simbolik pelancaran rasmi Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni, diiringi oleh para penggerak utama Hatimurni. 

Forum Kepentingan UPKK Bersama Panel Profesional 
Antara segmen yang paling mendapat perhatian ialah forum bertajuk “Kepentingan & Halatuju UPKK” yang dikendalikan oleh Da’i Fuad sebagai moderator. Forum ini menampilkan dua tokoh penting dalam bidang pendidikan Islam iaitu Tuan Syed Fahmi Akmal bin Syed Isa, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Kurikulum Bahagian Pelajaran JAWI, dan Tuan Misron bin Ali, Penolong Pengarah ADNI dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 
Perbincangan yang berlangsung secara santai tetapi penuh maklumat ini bukan sahaja memberi penjelasan tentang matlamat sebenar UPKK, malah menyuntik kesedaran kepada ibu bapa tentang peranan mereka dalam menyokong anak-anak menghadapi peperiksaan penting ini. 

61 Murid Dirai Dalam Penyampaian Anugerah Cemerlang 
Majlis turut menjadi lebih bermakna apabila 61 orang murid cemerlang UPKK tahun 2024 diraikan dalam satu sesi penyampaian anugerah. Penyampaian ini disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im, diiringi oleh Ustaz Engku Ahmad Fadzil Engku Ali selaku Pengarah & Pengasas Bersama Hatimurni serta Ustazah Siti Khadijah Mohni, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hatimurni. 
Senyuman anak-anak yang menerima anugerah tersebut jelas menggambarkan rasa bangga, syukur dan bahagia atas usaha yang telah mereka lakukan sepanjang tahun. 

Imam Muda Hassan & Md. No Meriahkan Suasana 
Kehadiran dua tetamu istimewa dari keluarga Pa&Ma turut menceriakan suasana. Pendakwah selebriti, Imam Muda Hassan menyampaikan tazkirah motivasi yang menyentuh hati dan sangat dekat dengan jiwa ibu bapa serta anak-anak.
Pempengaruh media sosial, Md. No pula berkongsi pengalaman dan cabaran sebagai bapa muda yang membesarkan anak-anak dengan pendekatan yang penuh kasih sayang dan realistik. 
Kedua-dua figura ini bukan sahaja memberikan inspirasi, tetapi juga memperlihatkan betapa pentingnya penglibatan ibu bapa dalam membentuk kekuatan dalaman anak-anak, terutama dalam menghadapi peperiksaan seperti UPKK. 

Cabutan Bertuah & Hadiah Penuh Gembira 
Konvensyen ini bukan hanya padat dengan ilmu dan pengisian bermanfaat, malah turut diselitkan dengan sesi kuiz dan cabutan bertuah yang menggamatkan dewan. Seramai 20 pemenang bertuah berjaya membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti air fryer, vacuum, hand blender, steam iron, electric lunch box dan banyak lagi. 
Momen ini benar-benar menghidupkan suasana dan mengukir senyuman di wajah para peserta. 

Bootcamp Istimewa Untuk Calon Tahun 4 & 5 
Tidak dilupakan, anak-anak tahun 4 dan 5 yang bakal menduduki UPKK juga diberikan peluang menyertai booth camp khas bersama tenaga pengajar Hatimurni. Mereka ditempatkan dalam dewan berasingan dan menjalani pelbagai aktiviti seperti ice breaking, teknik menjawab soalan, serta mini assessment bagi membantu mereka memahami strategi menjawab yang lebih berkesan. 
Lebih istimewa, mereka turut menerima kata-kata semangat dan suntikan motivasi daripada pakar motivasi terkenal, Dr. Haji Tengku Asmadi. Beliau berkongsi tentang kekuatan minda dan hati dalam menghadapi cabaran pembelajaran yang semakin kompleks, namun masih boleh ditangani dengan pendekatan yang betul dan sokongan keluarga yang kuat. 

Harapan Tinggi Untuk Calon UPKK 2025 & 2026 
Jelas sekali, Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni bukan sekadar program harian. Ia adalah platform yang menggabungkan aspirasi, kefahaman dan sokongan dalam membentuk calon UPKK yang lebih bersedia, dari segi ilmu dan juga emosi. 
Penganjuran yang penuh manfaat ini bukan sahaja menyuntik semangat dalam kalangan anak-anak, malah memberi panduan yang jelas kepada ibu bapa untuk menjadi penyokong terbaik dalam perjalanan pendidikan Islam anak-anak mereka. 
Majlis ini bukan penamat, tapi adalah permulaan kepada lebih banyak kejayaan. Syabas buat semua ibu bapa yang komited hadir bersama anak-anak dan memberi sokongan padu. Semoga calon UPKK 2025 dan 2026 melakar keputusan yang membanggakan, insya-Allah! 
 
The post Konvensyen Skor A UPKK Hatimurni x Pa&Ma 2025, Menyatukan Semangat & Ilmu Sebagai Rakan Strategik Pendidikan Islam! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/konvensyen-skor-a-upkk-hatimurni-x-pama-2025-menyatukan-semangat-ilmu-sebagai-rakan-strategik-pendidikan-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Majlis Kesyukuran Dan Mahabbah Penyatuan Ngo Ngo Melayu Islam 2025 Ppim 15 06 2025

Aktiviti Majlis Kesyukuran Dan Mahabbah Penyatuan Ngo Ngo Melayu Islam 2025 Ppim 15 06 2025

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 139 hits
15 Jun 2025 Sekitar Majlis Kesyukuran dan Mahabbah Penyatuan NGO NGO Melayu Islam 2025 yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi di Kem PERKID Hulu Langat
Aktiviti Mesyuarat Pengukuhan Kolaborasi Strategik Program Social Synergy Peringkat Negeri Wpkl Ppim 25 06 2025

Aktiviti Mesyuarat Pengukuhan Kolaborasi Strategik Program Social Synergy Peringkat Negeri Wpkl Ppim 25 06 2025

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 108 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri Mesyuarat Pengukuhan Kolaborasi Strategik Program Social Synergy Peringkat Negeri WPKL anjuran PERKESO di Wisma PERKESO Kuala Lumpur
Bayern Munich Hancurkan Auckland City Fc Dengan Skor Telak 10 0 Di Fifa Club World Cup 2025

Bayern Munich Hancurkan Auckland City Fc Dengan Skor Telak 10 0 Di Fifa Club World Cup 2025

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 115 hits
Bayern Munich Hancurkan Auckland City FC dengan Skor Telak 10 0 di FIFA Club World Cup 2025 Bayern Munich menunjukkan dominasi mutlak atas Auckland City FC dalam pertandingan FIFA Club World Cup 2025 dengan kemenangan telak 10 0 Pertandinga...
Sejarah Tidak Pernah Menipu Kita Iran Tidak Layak Dijulang Sebagai Hero Umat Islam

Sejarah Tidak Pernah Menipu Kita Iran Tidak Layak Dijulang Sebagai Hero Umat Islam

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 111 hits
Di saat Israel dibidas kerana kekejamannya ke atas Palestin ada pula yang tiba tiba mengangkat Iran sebagai wira umat Islam semata mata kerana keberaniannya melawan Zionis Namun umat yang celik sejarah tidak lupa tangan yang sama jugalah ya...
Saya Rasa Saya Tak Kuat Hantaran Bekas Isteri Chazy Nash Jadi Tumpuan Ramai Titip Kata Semangat

Saya Rasa Saya Tak Kuat Hantaran Bekas Isteri Chazy Nash Jadi Tumpuan Ramai Titip Kata Semangat

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 79 hits
Hantaran terbaharu Fatin Morat bekas isteri kepada pempengaruh Chazynash di media sosial menarik perhatian ramai warganet Dalam satu perkongsian di laman Threads Fatin meluahkan secara ringkas apa yang sedang dirasainya kini var currentUrlT...
75 Kata Kata Semangat Pendek Motivasi Dan Islamik Untuk Penguat Jiwa

75 Kata Kata Semangat Pendek Motivasi Dan Islamik Untuk Penguat Jiwa

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 93 hits
Dalam kehidupan seharian kita tidak lari daripada ujian cabaran dan saat saat yang melelahkan jiwa Kadangkala semangat merudum dan hati terasa lemah menghadapi dugaan Di saat saat begini kata kata semangat pendek boleh menjadi penyuluh dan ...
Xo Slotxo24hr Tv 5 2025 Xo 0 9 Slotxo24hr Top 75 By Keeley

Xo Slotxo24hr Tv 5 2025 Xo 0 9 Slotxo24hr Top 75 By Keeley

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 89 hits
Read Time 6 Minute 14 Second Slotxo 100 slotxo24hr 100 slotxo24hr SLOTXO xo 100 slotxo 100 100 100 100 200 500 500 1 000 slotxo24hr Roma Lucky Panda Chilli Hunter Wild Fairies xo slotxo 1 100 xo 100 slotxo slotxo slotxo24hr xo Low Wagering ...
Raya Korban Salam Aidiladha 1446h June 2025

Raya Korban Salam Aidiladha 1446h June 2025

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 133 hits
Raya korban tahun 2025 kali ini kami menyambutnya secara sederhana Tiada makanan mewah di meja makan seperti nasi minyak nasi bryani dan sebagainya Tiada juga ketupat daun palas dan kek Menu kami sekeluarga adalah bihun goreng sahaja Jika s...
Matcha Sofuto Sedap Jugalah

Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

15 Aktiviti Menarik Di Kedah 2025 Ramai Tak Tahu

Biomedical Science University In Malaysia What To Consider

Ejoy Nadia Cinta Abe Wiring Chord

5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru

Gaojing888 To 9 2568 888 Website 888 Gaojing888 Top 69 By Leif

Senarai Semua 17 Jenis Klasifikasi Perkhidmatan Sspa Penjawat Awam Terkini Pekeliling 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Budak Bawak Bekal Pergi Sekolah Be Like

Cara Beli Ev Charger Rumah Di Malaysia Panduan Kos Pemasangan

Aji Ya Launches Malaysia S First Halal Instant Gourmet Soup At The Soup Erlicious Party

Betul Ke Aloe Vera Boleh Hilangkan Parut Dan Jerawat Ini Jawapannya

Sleeve Pembungkusan Fleksibel Untuk Pelbagai Saiz Kotak Produk

The Role Of International Law In A Globalized World Challenges And Opportunities