Konvensyen Perpaduan Kedah Menyemai Benih Untuk Menuai Buah




MSO



CATATAN PERJALANANPenanda tangani plat solusi konvensyen,
1 Tekad 1 Visi 1 Hati.










WALAUPUN kondisi diri tidak seperti 10 atau 20 tahun lalu, tetapi semangat untuk melihat sendiri event politik masih membakar dalam diri ini. 
Kerana itu saya mengagahkan juga diri untuk hadir ke Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 anjuran Pakatan Harapan dan Barisan Nasional negeri Kedah di Sungai Petani kelmarin 15 Februari.

Mulanya cadang untuk ke Sungai Petani menaiki kereta, tetapi disebabkan tak larat untuk memandu, ubah menaiki kapal terbang. Kebetulan sdr Zulaimi akan bawa balik kereta dari Alor Setar, jadi sepakat pergi menaiki flight, balik dengan kereta.
Alang alang di Kedah dua malam juga tidur disana. Entah macam mana saya begitu mesra dengan politik Kedah sejak dari dahulu lagi. Pada saya politik Kedah ada keunikan dan persamaan dengan politik Kelantan, sama tetapi tidak serupa dengan Kelantan, situasi ini menjadi tarikan kepada saya.
Sebaik sampai rumah jam 6.15 petang semalam, selepas rehat satu jam, saya cuba buat catatan perjalanan ke konvenysen berkenaan seperti lazimnya, kerana perangai saya, selagi sesuatu peristiwa, apa lagi penting dan menarik tidak dicatat (diluahkan) selama itu ia menggaru-garu tempurung kepala dan rasa tidak selesa menggodam diri.
Pengamatan.

Sebahagian peserta Konvensyen.Konvensyen semalam dalam pengamatan saya, berjaya menjadi satu kebangkitan baru bagi pembangkang di Kedah. Konvensyen itu menjadi pencetus ataupun pemotongan ribbon untuk PH/BN Kedah memulakan pecutan menuju garis penamat pilihan raya akan satang.
Melihat suasana dan mood konvensyen itu saya yakin ia mampu mengejutkan pihak di sebelah sana. Walaupun ada ejekan dan persendaan nanti, tetapi secara senyap pihak sebelah sana terkesan dengan aura konvenysen itu.

Secara umum sekurang-kurang ada dua faktor kenapa saya kata konvensyen itu berjaya dan beraura. 
Pertama, sambutannya hebat dan luar biasa apabila semua parti komponen BN dan PH walaupun ia diadakan dalam tempoh relatif singkat. Katanya waktu diambil untuk mengurus dan mengendalikan konvensyen itu tidak sampai seminggu. 
Ia cambah atau digerakkan sebaik sahaja pelantikan pengerusi Pakatan Harapan Kedah yang baru Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail 8 Februari lalu bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar. Perubahan itu mengorak semangat untuk Pakatan Harapan Kedah bangkit menyusun barisan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Pertukaran pengerusi itu merupakan peliup untuk bergerak lebih ke depan dengan terbentuk team baru dan tuangan idea komtemporari berstrategi. 



Pengarah Konvensyen sdr
Basir Ismail.Kehadirannya sangat memuaskan. Saya mulanya tidak percaya dewan tempat berhimpun akan penuh. Timbul kebimbangan kepada saya konvensyen itu gagal. Sangkaan saya meleset, Dewan Ghandi tempat berlangsung konvensyen itu penuh sesak.


Semua wakil pimpinan parti diberi peluang secara bebas menyatakaan apa sahaja pandangan dan kritikan ke dalam. Inilah saya katakan konvensyen itu unik dan istimewa. 
Semua pemimpin parti bercakap sebebasnya, setengah tanpa teks menyatakan apa tersekang di hati, terbetik difikiran tanpa ada batas dan segan silu. Semua fikiran dan idea dilontarkan disambut tempukan gemuruh peserta diterima secara insaf.
Atas semangat dan pengertian itu kadang-kadang ada bicara yang menyinggunng pihak lain, tetapi diterima tanpa sunggutan atau "sokses sokseh" di belakang.  
Keduanya, kesemua wakil-wakil parti komponen semua hadir. Tidak ada seorang pun yang ketinggalan. Semua mereka mengambil bahagian. Paling membahagiakan juga para pemimpin veteran, aktivis dari semua parti turut memberi partisipasi. 
Antara yang ternampak oleh saya, bekas MB Kedah Ahmad Bashah, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir, dan beberapa yang saya tidak hafal namanya. Daripada Amanah turut hadir bekas Pengerusi Amanah, Datuk Phahrorazi  Zawawi, Ustaz Redhuan dan para veteran yang juga aktivis semasa dalam Pas. Hanya dua tokoh Amanah yang terlihat Mahfuz Omar dan Dr Ismal Salleh, mungkin mereka keuzuran atau sibuk berpodcas.
Kesediaan mereka yang untuk hadir bergabung dengan tokoh-tokoh muda memberi semangat ini merupakan komitmen bagi menjayakan konvensyen itu yang bertema 1 Tekad 1 Visi 1 Hati. Kehadiran dari semua fraksi itu melambangkan wujud kesatuan hati dalam muafakat rakyat BN/PH.
Konvensyen itu dijalankan tiga sessi. Sessi pertama ialah ucap utama disampaikan oleh Pengerusi Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya Mahadzir Khalid. Secara simboliknya kemunculan kedua tokoh ini menunjukkan PH dan BH terus akan bersama untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Mereka bukan tegak sepentas, tetapi akan menghayung langkah ke serata ceruk Kedah.
Kemunculan mereka menafikan cerita buruk dari belakang yang menujum tidak ada akan ada keserasaian di antara BN dengan PH.
Dengan keduanya muncul mengepalai konvensyen berkenaan, menjadi seperti induk ayam yang akan dibuntuti anak-anak dari belakang. Keikhlasan, iltizam yang dipancarkan keduanya juga mengkagumkan. 
Tidak cukup dengan apa yang dilowongkan Saifuddin dan Mahadzir, ia juga disusuli oleh ucapan pemberian semangat, dan pernyataan keyakinan daripada ketua-ketua parti yang membawa naluri ahli akar umbi.
Asmiru Anuar ArisYang tampil ke pentas untuk berucap dan menyampaikan gagasan dan wawasan mereka serta menyatakan nekad kebersamaan dan sehati sejiwa ialah; Pengerusi Mic Kedah S Suresh a/l Subramaniam, Pengerusi Mca Kedah, Chua Tiong Gee, pengerusi Amanah Kedah Asmirul Anuar Aris dan pen gerusi DAP Kedah Tan Kok Yewe.


Turut sama berucap membentang pandangan dan harapan masing-masing, timbalan pengerusi badan Perhubungan Umno Kedah Abdul Azeez Abd. Rahim dan pengerusi Keadilan Kedah Nor Azrina Surip.

Sebelum itu satu sessi wacana bebas bagi membincang halangan dan solusi memadukan PH/BN Kedah juga diadakan dengan menampilkan dua tokoh wanita pusat Ketua Penerangan Wanita BN Rosni Zahri, ketua wanita PH Aiman Athirah al Junid dan tokoh muda ahli parlimen Sungai Petani Taufik Johari. Wacana atau town hall itu dipengerusikan sdr Omar Mokhtar

Sebelum konveysen menutup tirai dengan pembacaan resolusi konvensyen, penggulungan keseluruhan konvensyen dilakukan oleh Pengerusi Umno Kedah Madhazir Khalid dan pengerusi Perpaduan Kedah Saifuddin Nasution Ismail. Kedua mereka menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan perjalanan konvensyen yang dilihat pada semangat yakin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional mampu memberi cabaran kepada Perikatan Nasional dalam pilihan raya kelak

Pembacaan resolusi oleh sdr Dr Taufik Johari.









Saifuddin tanpa berselidung menyebut, halatuju, serta nekad dan visi utama konvesnyen itu adalah untuk merealisasikan bagi capai kerajaan dalam penantian. Nasihatnya jangan mudah tergugat dengan ugutan persendaaan PN atau mana-mana pihak sebalik seluruh ahli PH/BN bergerak ke hadapan untuk mencapai visi itu. 
Dan atas kejayaan konvensyen berkenaan ucap tahniah harus disampaikan kepada jawatankuasa pelaksananya yang juga merupakan gabungan di antara PH/BN manakala pengarah konvesnyen sdr Basir Ismail. [wm.kl.12:47 17/02/2025]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/konvensyen-perpaduan-kedah-menyemai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Bakal Ambil Tindakan Terhadap Menteri Besar Kedah

Amanah Bakal Ambil Tindakan Terhadap Menteri Besar Kedah

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 150 hits
Malahan menurut Faiz sejak ditubuhkan sembilan tahun lalu AMANAH berjaya bergerak ke seluruh negara dengan menubuhkan 180 pertubuhan kawasan dan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dalam dua pilihan raya umum bersama rakan gabungan ...
Kedah Announces Feb 11 As Occasional Holiday For Thaipusam

Kedah Announces Feb 11 As Occasional Holiday For Thaipusam

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 150 hits
The Kedah government has announced Feb 11 as an occasional holiday in conjunction with the Thaipusam celebration Kedah deputy state secretary Nadzman Mustaffa in his official letter to state and federal heads of departments said today that ...
Cuba Bandingkan Zakat Penang Dengan Kelantan Terengganu Dan Kedah

Cuba Bandingkan Zakat Penang Dengan Kelantan Terengganu Dan Kedah

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 117 hits
Lonjakan Zakat MAINPP Mesti Dilakukan Secara BerterusanSeusai menerima kunjungan hormat PUU saya menerima kunjungan Ketua Pegawai Projek Zakat MAINPP Ustaz Mohamad Kairi Ghazali yang telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah Zakat MAINPP bag...
Penang Yang Kecik Hasil Pengeluaran Kalahkan Kedah

Penang Yang Kecik Hasil Pengeluaran Kalahkan Kedah

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 108 hits
Zuwairi Md Yusof PMX MADANI Dan PADI Kerajaan bercadang mengadaptasi kaedah pertanian yang terbukti berkesan di Sekinchan SELANGOR ke beberapa negeri lain seperti Kedah Perlis Kelantan dan Terengganu bagi meningkatkan produktiviti pengeluar...
Greater Kedah Kedah Diarah Jadi Miskin Parti Amanah Anak Pas

Greater Kedah Kedah Diarah Jadi Miskin Parti Amanah Anak Pas

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 114 hits
Kedah diarah menjadi miskin kata sanusi menteri besar kedah sangat sangat mengelirukan bila kedah terkini kemajuan semakin hari semakin banyak teknologi yang masuk ke dalam negeri kedah semakin hari semakin banyak celah mana tetapi inilah s...
Kedah Dapat Rm 1 Bilion Untuk Keluarkan Lebih Banyak Padi

Kedah Dapat Rm 1 Bilion Untuk Keluarkan Lebih Banyak Padi

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 181 hits
PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan RM 1 Bilion kepada Kedah melalui Lembaga Kemajuan Pertanian Muda supaya Kedah dapat mengeluarkan padi lebih banyak Program merancakkan produktiviti ...
Sprm Serbu Sendiket Sorok Beras Di Kedah

Sprm Serbu Sendiket Sorok Beras Di Kedah

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 124 hits
Beras tempatan disorok pemilik kilang yang bersubahat dengan Kerajaan Negeri Kedah sebanyak 28K metrik RM100 juta setahun
Kedah Lelaki Dibunuh Ditanam Dalam Kolah 7 Termasuk Majikan Didakwa Esok

Kedah Lelaki Dibunuh Ditanam Dalam Kolah 7 Termasuk Majikan Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 107 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com mySungai Petani Dituduh mencuri wang tunai lebih RM40 000 serta barang kemas seorang lelaki etnik Rohingya dipercayai dipukul sehingga mati sebelum mayatnya diletakkan di dalam kolah dan ditimbus dengan tanah ...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhkan Anak Dari Pedofilia Ajar Anak Sentuhan Tak Selamat

Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri