Kontroversi Kesihatan Kim Jong Un


BERITA pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang berkuasa sejak tahun 2011 dan dikatakan berada dalam keadaan koma akhirnya menerima reaksi daripada pentadbiran negara itu.
Bagaimanapun, portal-portal berita Barat pada 23 Ogos lalu melaporkan Jong-un sedang berada dalam keadaan koma dengan memetik kenyataan daripada Chang Song-min yang merupakan bekas setiausaha politik kepada mantan Presiden Korea Selatan, mendiang Kim Dae-jung.
Berita itu pada asalnya dikeluarkan oleh akhbar The Korea Herald pada 21 Ogos lalu dengan Song-min yang membuat dakwaan bahawa dia mendapat maklumat tersebut dari China dengan mendakwa adik perempuan Jong-un iaitu Kim Yo-jong, 33, dilatih untuk menggantikannya.
Bagaimanapun, ketika itu, dia juga membuat kenyataan bahawa nyawa pemimpin kuasa nuklear itu belum lagi berakhir dan mendakwa semua gambar-gambar yang menunjukkan kemunculan pemimpin itu di Korea Utara sebenarnya adalah palsu.
Ia bukannya pertama kali berlaku ke atas pemimpin muda itu yang menggantikan bapanya, Kim Jong-il.
Pada bulan April lalu, Jong-un, 36, yang mendapat pendidikan di negara Barat dan Universiti Kim Il-sung itu dispekulasikan sudah meninggal dunia pada April lalu kerana pembedahan jantung.
Sebelum itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mempunyai agensi-agensi perisikan yang cekap di dunia enggan mengesahkan atau menafikan komen tentang keadaan kesihatan pemimpin itu yang sedang sakit.
Sebaliknya, media-media Korea Utara melaporkan bahawa Jong-un berada dalam keadaan baik.
Tumpuan tentang keadaan kesihatan Jong-un itu berlaku disebabkan dia didakwa tidak muncul di khalayak awam selama hampir tiga minggu di negaranya pada bulan April lalu.
Kini, khabar angin mengenai keadaan kesihatan pemimpin tersebut berlegar lagi sehingga mengakibatkan badan penyiaran Korea Utara milik kerajaan negara itu, The Korean Central News Agency (KCNA) menyiarkan gambar-gambar yang menunjukkan diktator itu mempengerusikan satu mesyuarat yang dihadiri anggota-anggota biro politik termasuk jawatankuasa kuasa pusat Parti Pekerja.
Imej itu disiarkan beberapa hari selepas tersebar dakwaan bahawa dia berada dalam keadaan koma.
Menurut portal berita KCA yang menyiarkan artikel Pyongyang Times pada 26 Ogos lalu, Jong-un juga menggesa supaya usaha bagi memerangi pandemik koronavirus (Covid-19) dan menghalang kerosakan akibat kedatangan kuat taufan Bavi dilakukan.
Mesyuarat itu didakwa diadakan di bangunan pejabat Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja di Pyongyang pada Selasa lalu.
Gambar itu juga disiarkan dalam akhbar Rodong Sinmun yang menunjukkan dia memakai pakaian putih dan menghisap sebatang rokok.
Sebelum ini, dia didakwa tidak menghadirkan diri dalam sambutan ulang tahun kelahiran mendiang datuknya iaitu pengasas Korea Utara, Kim Il-sung sekali gus menyebabkan tahap kesihatannya dipersoalkan.
Bagaimanapun, satu lawatannya yang tidak dinyatakan tarikh dengan tepat ke lokasi pembinaan Hospital Besar Pyongyang dan Ladang Ayam Kwangchon tetapi dilaporkan berlaku pada bulan Jun lalu telah disiarkan menerusi video.
Justeru, portal berita NK News membuat perbandingan video-video pemimpin Korea Utara itu dengan imej satelit komersial yang menunjukkan lawatan Jong-un itu berlaku beberapa hari sebelum media kerajaan bertindak menyiarkan laporan tersebut.
Ia sekali gus mempersoalkan kenyataan Song-min yang mendakwa gambar-gambar pemimpin itu adalah palsu sebelum ini.
Khabar angin tentang kesihatannya itu menarik perhatian ramai penganalisis antarabangsa kerana Korea Utara mempunyai program senjata nuklear sehingga satu pertemuan diadakan antara Trump dengan Jong-un di Singapura pada tahun 2018.
Dalam pertemuan itu, satu perjanjian bersama ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin yang berjanji untuk mewujudkan kestabilan di Semenanjung Korea selain berusaha ke arah memastikan ‘zon’ bebas nuklear.
Sebagai negara yang memiliki program senjata nuklear, tahap kesihatan Jong-un amat penting kerana dia merupakan seorang pemimpin yang mampu mencorakkan politik di Semananjung Korea sama ada Korea Utara akan berkonfrontasi dengan AS atau menjalinkan hubungan baik dengan dengan negara itu.
Ini adalah kerana pemimpin itu didakwa pernah memberi amaran supaya jangan melupakan keganasan imperialisme AS semasa Perang Korea berlaku antara tahun 1950 hingga 1952. – Agensi
The post Kontroversi kesihatan Kim Jong-un appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/28/kontroversi-kesihatan-kim-jong-un/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kim Jong Un Beri Ucapan Selamat Hut Ke 75 Indonesia

Kim Jong Un Beri Ucapan Selamat Hut Ke 75 Indonesia

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 330 hits
Pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un mengirimkan pesan ucapan selamat merayakan hari kemerdekaan kepada Presiden Joko Widodo Dilansir dari situs resmi Kementerian Luar Negeri Korut Senin Kim mengungkapkan ucapan selamat yang hangat ke...
Kim Jong Un Kunjungi Daerah Bencana Topan

Kim Jong Un Kunjungi Daerah Bencana Topan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 216 hits
Kim Jong un Kunjungi Daerah Bencana Topan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengunjungi daerah yang dilanda topan di Provinsi Hwanghae Selatan
Korut Hancur Dihantam Banjir Bandang Kim Jong Un Tegas Tolak Bantuan

Korut Hancur Dihantam Banjir Bandang Kim Jong Un Tegas Tolak Bantuan

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 298 hits
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un Tegas menolak bantuan walaupun negaranya sedang porak poranda diterpa banjir bandang dan Covid 19 Dilansir surat kabar Yonhap pada 14 Agustus mengutip dari kantor berita Korea Utara KCNA pernyataan Kim Jong ...
Kim Soo Hyun Ungguli Ranking Reputasi Jenama Untuk Pelakon Korea Pada Bulan Ogos

Kim Soo Hyun Ungguli Ranking Reputasi Jenama Untuk Pelakon Korea Pada Bulan Ogos

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 413 hits
Institut Penyelidikan Perniagaan Korea telah mendedahkan kedudukan reputasi jenama untuk pelakon drama pada bulan Ogos Ranking ditentukan melalui analisis penyertaan pengguna liputan media komunikasi dan indeks kesedaran masyarakat terhadap...
Bertemu Dalam It S Okay To Not Be Okay Seo Yeji Pilih Kim Soohyun Pasangan Terbaik Buatnya

Bertemu Dalam It S Okay To Not Be Okay Seo Yeji Pilih Kim Soohyun Pasangan Terbaik Buatnya

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 287 hits
Meskipun sudah pun beberapa tahun berlakon namun nama Seo Ye ji mula meniti di bibir peminat K Drama selepas berjaya membawa watak unik iaitu Ko Mun yeong dalam drama popular It s Okay To Not Be Okay Melakonkan karakter yang mengalami masal...
Mata Saya Pasti Berair Kalau Kim Jongkook Dedah Kisah Wanita Yang Mahu Dikahwininya

Mata Saya Pasti Berair Kalau Kim Jongkook Dedah Kisah Wanita Yang Mahu Dikahwininya

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 340 hits
Sudah pun menjangkau usia 44 tahun pastinya ramai peminat tertanya tanya siapakah wanita misteri yang bakal memiliki hati ahli Running Man iaitu Kim Jong kook Walaupun pernah berkongsi kisah cintanya lelaki berbadan sasa itu mendedahkan men...
Permulaan Mantap Drama Do You Like Brahms Lakonan Park Eun Bin Kim Min Jae

Permulaan Mantap Drama Do You Like Brahms Lakonan Park Eun Bin Kim Min Jae

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 462 hits
Drama terbaru SBS Do You Like Brahms memulakan episod pertamanya dengan pencapaian yang begitu baik dengan mencatatkan purata rating sebanyak 4 2 peratus dan 5 3 peratus Do You Like Brahms menceritakan kisah pelajar muzik klasik yang mengej...
Suzy Nam Joo Hyuk Kim Seon Ho Kang Han Na Bersedia Untuk Menghadapi Cabaran Dalam Poster Terbaru Start Up

Suzy Nam Joo Hyuk Kim Seon Ho Kang Han Na Bersedia Untuk Menghadapi Cabaran Dalam Poster Terbaru Start Up

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 341 hits
tvN telah mengeluarkan poster terbaru Start Up yang menampilkan pelakon utama Start Up ditetapkan di lembah silikon fiksyen Korea Selatan bernama Sandbox dan menceritakan kisah sekumpulan individu yang cuba memulakan syarikat Drama terbaru ...
Tiba Tiba Rebah Kim Hyunjoong Didedahkan Beri Bantuan Kecemasan Sehingga Chef Kembali Sedar

Tiba Tiba Rebah Kim Hyunjoong Didedahkan Beri Bantuan Kecemasan Sehingga Chef Kembali Sedar

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 251 hits
Tak kisahlah selebriti atau pun individu biasa apabila melihat orang lain dalam kesusahan sudah pasti akan terdetik niat untuk menolong kan Tapi ada kalannya kita panik sehingga tak mampu nak bergerak namun tidak bagi Kim Hyun joong yang be...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti