Kontroversi Kalimah Allah


 
Kerajaan memutuskan tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Jill Ireland dari Sarawak dalam pembelajaran agamanya.PETALING JAYA: Isu yang didebatkan berdekad lamanya – sama ada orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah “Allah” – kembali hangat Isnin lalu apabila kerajaan mengumumkan ia menarik balik rayuan terhadap keputusan penting Mahkamah Tinggi pada 2021.
Keputusan itu dibuat dalam kes dibawa seorang penganut Kristian dari Sarawak, Jill Ireland, yang mempertahankan haknya untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam pembelajaran agamanya. Kerajaan pada masa itu memutuskan untuk merayu penghakiman tersebut.
Penarikan balik rayuan itu, yang dianggap sebagai “pusingan U”, mengundang kritikan. Persoalan dibangkitkan sama ada keputusan itu dibincangkan dengan Majlis Raja-Raja dan majlis agama negeri.
Ads by KioskedFMT melihat dengan lebih dekat kronologi isu itu, pertikaian undang-undang yang timbul dan sebarang kemungkinan impak politik.
Kontroversi
Kalimah “Allah” ialah istilah bahasa Arab merujuk kepada Tuhan dan paling lazim digunakan oleh orang Islam. Kontroversi timbul apabila penganut Kristian di Sabah dan Sarawak turut menggunakan istilah tersebut dalam kitab Injil mereka dan penerbitan keagamaan dalam bahasa Melayu.
Pelbagai kumpulan pendesak Islam berhujah bahawa kalimah “Allah” adalah eksklusif untuk orang Islam, memetik arahan kerajaan pada 1986 yang melarang orang bukan Islam menggunakannya.
Bagaimanapun, penganut Kristian terutama yang berkomunikasi dalam bahasa Melayu, berpendapat mereka menggunakan kalimah “Allah” selama berabad-abad, untuk menggambarkan Tuhan.
Arahan 1986
Ads by KioskedPada 1986, Jemaah Menteri menugaskan Ghafar Baba, timbalan perdana menteri ketika itu, untuk membuat keputusan perkataan mana yang harus dilarang daripada digunakan oleh penganut Kristian.
Ghafar memutuskan empat perkataan iaitu “Allah”, “Kaabah”, “Baitullah” dan “solat”, boleh digunakan selagi frasa “untuk penganut Kristian” dicetak pada kulit buku atau bahan tersebut
Bagaimanapun, pada Disember tahun itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan pekeliling melarang penggunaan empat perkataan itu oleh golongan selain orang Islam.
Pertikaian undang-undang
Pada 2008, Ireland ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana memiliki lapan CD mengandungi kalimah “Allah” dalam bagasinya.
Beliau kemudian memenangi kes mahkamah yang mengisytiharkan rampasan itu menyalahi undang-undang, dan barangan tersebut dikembalikan kepadanya pada 2015.
Ads by KioskedMengulas mengenai kes itu, peguam Joshua Wu berkata, permohonan semakan kehakiman oleh Ireland pada mulanya hanya mencabar rampasan, tetapi kemudian diperluas untuk mencabar arahan pada 1986 itu.
“Hakim dalam kes itu membuat kesimpulan bahawa arahan pada 1986 itu menyalahi undang-undang kerana tidak konsisten dengan dasar Jemaah Menteri pada 1986, di mana syarat tambahan “untuk penganut Kristian” ditafsirkan sebagai pengecualian kepada larangan penggunaan kalimah ‘Allah’,” katanya.
Kes Ireland berlangsung pada masa sama dengan satu lagi tuntutan mahkamah yang melibatkan akhbar mingguan Katolik, The Herald, yang cuba membatalkan larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitannya.
“Permohonan semakan kehakiman The Herald lebih khusus berbanding kes Ireland kerana ia sebahagian besarnya, hanya mencabar permit penerbitan,” kata Wu.
Mahkamah rendah membenarkan The Herald menggunakan kalimah “Allah” pada 2009, tetapi keputusan ini mencetuskan serangan pembakaran dan vandalisme di tapak keagamaan Kristian di seluruh negara. Keputusan itu akhirnya dibatalkan pada 2013.
Isu ‘panas’ dibangkit untuk PRN?
Ads by KioskedPenganalisis politik Azmil Tayeb daripada Universiti Sains Malaysia berkata, tindakan kerajaan menarik balik rayuan mungkin tidak memberikan kesan kepada corak pengundian pada PRN di enam negeri akan datang, walaupun terdapat kemungkinan pembangkang mengeksploitasi isu itu.
Beliau berkata, perdebatan mengenai penggunaan kalimah “Allah” ialah “isu lama yang wujud bertahun-tahun dan faktanya diketahui umum”.
Azmil juga berkata, kontroversi itu diperbesar-besar secara tidak seimbang demi kepentingan politik, bukannya kepentingan agama yang tulen.
“Hakikat bahawa kalimah itu boleh digunakan di Sabah dan Sarawak, tetapi tidak di Semenanjung, cukup menyatakan segala-galanya,” katanya.
“Majoriti pendapat yang terpelajar bersetuju bahawa kalimah ‘Allah’ bukan eksklusif untuk orang Islam, jadi terdapat keuntungan politik yang boleh diperoleh oleh mereka yang cuba membesar-besarkan isu ini.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/05/kontroversi-kalimah-allah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalimah Allah Kesal Kecewa Dengan Keputusan Kerajaan Ph Bn

Kalimah Allah Kesal Kecewa Dengan Keputusan Kerajaan Ph Bn

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 134 hits
SEBAGAI bekas menteri dalam negeri yang bertanggungjawab secara langsung mempertahankan kesucian kalimah Allah dalam kes saya merasa teramat kesal ter
Agong Perkenan Jemaah Menteri Sembah Cadangan Berkait Kalimah Allah

Agong Perkenan Jemaah Menteri Sembah Cadangan Berkait Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 244 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Jemaah Menteri mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan berhubung penggunaan kalimah Allah kepada Majlis Raja Raja kata Anwar Ibrahim Perdana menteri dalam kenyataan berkata keputusan...
Kerajaan Kekal Pertahan Kalimah Allah Hanya Untuk Islam

Kerajaan Kekal Pertahan Kalimah Allah Hanya Untuk Islam

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 151 hits
Pagi tadi sebelum mesyuarat kabinet bermula saya bersama Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mengadakan pertemuan dengan YAB Perdana Menteri bagi menzahirkan pandangan dan pendirian akar umbi UMNO terhadap isu kalimah Allah Alhamdulillah YAB PM me...
Kalimah Allah Pemuda Pas Selangor Sokong Pendirian Mais

Kalimah Allah Pemuda Pas Selangor Sokong Pendirian Mais

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 108 hits
agendaily com18 05 2023Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd YusofPemuda PAS Selangor menyatakan sokongan kepada Majlis Agama Islam Selangor dalam isu kalimah Allah yang mencetuskan kontroversi baru baru ini Langkah MAIS yang mengambil ket...
Fakta Isu Kalimah Allah Penjelasan Untuk Mudah Difaham

Fakta Isu Kalimah Allah Penjelasan Untuk Mudah Difaham

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 311 hits
Isu yg dinyatakan oleh YBM Menteri KDN YBM Saifuddin Nasution hanya merujuk kpd kes Jill Ireland vs Kastam Bukan isu penggunaan kalimah Allah secara keseluruhan tapi isu kastam rampas CD milik Jill Ireland Pertama kita pahami kronologi KES ...
Kalimah Allah Isu Sensitif

Kalimah Allah Isu Sensitif

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 179 hits
BARU JE BERTAKBIR HARI RAYA TENTANG TENTERA AHZABORANG YANG MENJAGA URUSAN AGAMA SUNYI SEPI KALIMAH ALLAH BUKAN ISU NEGERI TAPI NEGARA MALAH ISU INTERNASIONALISU KALIMAH YANG TERDAPAT DI DALAM KITAB ORANG ISLAN IAITU AL QURAN ITULAH ISU POK...
Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Zim Zim Ala Kazim

Simpan Duit Kertas Rm5

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Cara Hilangkan Migrain

Eka Heights Kediaman Baru Yang Moden Dan Selesa



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Selamat Hari Ibu

Holy Spirit Fire Igniting Your Passion For Jesus And His Purpose

Ph Mendahului Kiraan Undi Awal Polis Tentera

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Asyraf Claims Ph Victory In Kuala Kubu Baharu

Prk Kkb Undi Polis Tentera Swing Kepada Ph