Konsert Sulung Cakra Khan Bersempena Satu Dekad Sebagai Insan Seni


KONSERT SULUNG CAKRA KHAN BERSEMPENA SATU DEKAD SEBAGAI INSAN SENI | Assalammualaikum semua! Penyanyi kegemaran ramai iaitu Cakra Khan bakal mengadakan konsert sulungnya dan yang paling istimewa adalah lokasi di Kuala Lumpur Malaysia dipilih sebagai pemula. Tahniah diucapkan kepada Cakra Khan dan buat penaja. Ia pasti menjadi Unforgetable Night. 
Cakra Konta Paryaman atau lebih dikenali sebagai nama pentas Cakra Khan dilahirkan pada 27 Februari 1992 di Pangandaran, Jawa Barat, Indonesia. Merupakan penyanyi lelaki yang memiliki vokal unik. Penampilan Cakra Khan di mana-mana konsert selebriti tanah air sering dinantikan. Di Malaysia, Cakra Khan telah menghasilkan 2 lagu. Satu bersama Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza dalam naskah Seluruh Cinta. Lagi satu bersama Hael Husaini dalam lagu Terlanjur Cinta

KONSERT SULUNG CAKRA KHAN BERSEMPENA SATU DEKAD SEBAGAI INSAN SENI 

Cakra Khan A Decade Live in Kuala Lumpur20 Januari 2024Plenary Hall, KLCC8:30PM
Tiada mana-mana penyanyi lelaki memiliki vokal suara seperti Cakra Khan. Menceburi bidang nyanyian pada awal usia 20 tahun. Cakra Khan juga berbakat dalam penulisan lagu. Dari hasil lagu dan lirik yang puitis, kemunculan lagu baharu Cakra Khan sentiasa dinantikan. Untuk meraikan satu dekad di dalam industri seni, dapatkan tiket Cakra Khan A Decade Live in Kuala Lumpur sekarang

Cakra Khan mula menemui popularitinya menerusi single pertamanya bertajuk "Harus Terpisah" (2012). Beliau memulakan kerjayanya dalam arena muzik sejak tahun 2012. Berteraskan gaya muzik dan lirik yang mudah dan senang untuk dihafal, "Harus Terpisah" menjadi lagu yang sangat popular dikalangan penggemar muzik hits di Indonesia dan Malaysia. Popularitinya itu terserlah dengan sangat cepat

MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI PEMULA KONSERT SULUNG
Buat pengetahuan anda semua, sepanjang karier Cakra Khan di dalam bidang seni muzik. Beliau belum pernah mengadakan konsert yang menampilkan hanya karya seni beliau. Selama hari ini beliau menjadi tetamu undangan ke konsert sahaja. 

Signifikasi dari itu, Kuala Lumpur, Malaysia menjadi lokasi sulung konsert Cakra Khan A Decade Live in Kuala. Tahniah Cakra Khan! Mungkin ada lagu baru akan dipersembahkan? Surprise Surprise!! 
Konsert Pertama sangat besar bagi Cakra Khan. Prinsip beliau untuk menyanyikan sebanyak mungkin lagu sendiri. 
KOLABRASI CAKRA KHAN DAN DATO' RAMLEE M.S. DALAM SUSUNAN MUZIK KONSERT
Bertanya tentang susunan lagu, Cakra Khan memaklumkan bahawa Dato' Ramlee M.S. akan berkolabrasi dalam memberi sentuhan profesional dalam setiap muzik pada malam konsert. Sebanyak 20 hingga 22 lagu akan dipersembahkan. Medley, nyanyian lagu penuh, duet, lagu baru dan tribute untuk arwah bapa masih dalam perbincangan. Cakra Khan mahu konsert berjalan lancar dan sempurna sebaiknya. 
PEMINAT MENGHARAPKAN PERSEMBAHAN LAGU SELURUH CINTA BERSAMA DATO' SRI HAJAH SITI NURHALIZA
Ruby masih ingat lagi saat kemunculan Cakra Khan. Ia adalah melalui lagu Seluruh Cinta yang dinyanyikan bersama Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza dengan penuh bertenaga dan puitis. Sehinggakan memenangi anugerah berprestij di Anugerah Industri Muzik. Tahun 2014 adalah tahun yang sangat bermakna bagi insan bernama Cakra Khan


Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza juga insan yang bersama-sama membuka peluang dan mengembangkan bakat Cakra Khan. Jadi, adalah saat terindah apabila kedua-dua penyanyi kesayangan ramai ini berkongsi pentas untuk mendendangkan secara langsung lagu Seluruh Cinta. Setuju?

Semoga doa ini dimakbulkan. 
PERSONALITI CAKRA KHAN BEBAS DAN BERSIH DARI GOSSIP DISENANGI SEMUA
Cakra Khan amat disenangi ramai kerana aura positif yang sering diterapkan dalam kehidupan beliau. Sepanjang bergelar selebriti dan penyanyi, tiada gossip liar mengaburi mata para peminat. Kisah-kisah tentang lagu baru untuk official sound track filem dan singles terbaru sahaja

Seterusnya berita pemergian arwah bapa tersayang dan bagaimana beliau bangkit dengan menghargai ibunda tercinta. Walau sesibuk mana, pasti ada masa buat ibu. Cakra Khan ingin memanfaatkan setiap perjalan karier beliau dengan insan terayang. Ibu dan bapa adalah penyokong tegar sejak awal Cakra Khan mula memasuki industri muzik. Pengorbanan ibu bapa tiada galang gantinya dan ingin menghargai setiap saat bersama ibu. 
Sempat kami bertanya apa pendapat Cakra Khan tentang kemunculan penyanyi baru dan youtuber yang membuat cover lagu penyanyi asal. Cakra Khan berpendapat dia tidak terjejas dengan penampilan penyanyi baru yang viral. Lebih selesa meraikan kepelbagaian. Apa yang penting, fokus kepada peminat yang sedia ada. Merekalah sentiasa ada bersama sepanjang sedekad ini. Terima kasih

TIPS PENJAGAAN SUARA CAKRA KHAN
Apabila ditanya tentang tips mengekalkan suara. Sambil ketawa dan mengatakan "Tiada tips! Ia adalah anugerah dari Allah s.w.t., Saya pun tiada pantang makanan atau minuman. Cuma perlu tahu tentang badan kita. Wajib rehat secukupnya dan latihan vokal yang konsisten. Saya suka makan masakan pedas tau.", seloroh beliau

BAGAIMANA CAKRA KHAN MENJIWAI LAGU WALAU TIDAK PERNAH BERCINTA
Soalan demi soalan diajukan, begitulah sikap ingin tahu yang mendalam Ruby terhadap Cakra Khan. Sebab, lagu Cakra Kham menusuk jiwa. Menusuk kalbu. Bagaimana Cakra Khan menjiwai setiap lagu dan boleh dikatakan kesemua lagu yang disampaikan pasti hit. 
Pasti ada yang mendengar lagu-lagu Cakra Khan akan terbuai dengan kisah manis alam percintaan dan rumahtangga. Namun, ada juga yang mendengar lagu dan tanpa sedar mengalir air mata mengenang pengalaman lalu. Jadi, bagaimana Cakra Khan yang bujang trang tang tang boleh menjiwai lagu dan lirik

Cakra Khan hanya menyanyikan lagu untuk teman-teman. Menjiwai lirik itu semasa masuk ke studio rakaman, seterusnya memahami cerita dalam lirik lagu. Mula menyanyi secara automatik akan menjiwai lagu. 
PENYANYI JEMPUTAN AINA ABDUL, ADE GOVINDA DAN KHAI BAHAR DI CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2023
Gabungan penyanyi Indonesia dan Malaysia pastinya memberi kemanisan dalam persembahan konsert Cakra Khan. Aina Abdul, Ade Govinda dan Khai Bahar memiliki keunikan vokal masing-masing. Malah memiliki pengukit tegar. Nantikan kolabrasi unggul mereka semua di Cakra Khan A Decade Live in Kuala Lumpur

SENARAI LAGU MENUSUK JIWA CAKRA KHAN
Kepada Hati (2022)Salah Tapi Baik (2021)Terlanjur Cinta feat. Hael Husaini (2020)Jangan Mudah Putus Asa - OST Guru Ngaji (2018)Kemenangan (2018)Kekasih Bayangan / Beloved Shadow (2017)Adalah Aku (2017)Mencari Cinta Sejati - OST Rudy Habibie (2016)Kau Memilih Dia (2015)Mengingat Dia (2014)Opera Tuhan (2014)Seluruh Cinta feat. Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza (2014)Setelah Kau Tiada (2013)Album Cakra Khan (2013)Mudah Jatuh CintaMengingat DiaCintamu Tak KembaliDi Mana HatimuTak Bisa LepasThanks To YouCintamu Bukan UntukkuSiapa Yang PantasHarus Terpisah
HARGA TIKET CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2023
Pastinya konsert yang selesa adalah di lokasi yang berprestij di Kuala Lumpur Convention Centre. Malam kita pasti indah dengan alunan muzik dan vokal mantap dari Cakra Khan. 

Kategori A dan Meet & Greet : RM 1288Kategori B: RM 788Kategori C: RM 688
Kategori D: RM 588
Kategori E: RM 258
Kategori F: RM 218

Dapatkan tiket anda sekarang di www.ticket2u.com.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/11/konsert-sulung-cakra-khan-bersempena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peluang Untuk Cuci Nama Sebagai Insan Baik Walau Hidup Lama Sudah Nampak Semakin Jauh

Peluang Untuk Cuci Nama Sebagai Insan Baik Walau Hidup Lama Sudah Nampak Semakin Jauh

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 121 hits
IBRAHIM MAT ISABagi insan yang hidup terlalu lama di hujung usia dia merepek meraban tu normal Kata orang buang tebiat Dia berasa gagah walhal upayanya sudah terlalu lemah Kita doakan Tun supaya tenang selalu
Sebut Taylor Swift Sebagai Satu Satunya Teman Selena Gomez Minta Maaf Atas Ucapannya

Sebut Taylor Swift Sebagai Satu Satunya Teman Selena Gomez Minta Maaf Atas Ucapannya

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 119 hits
Ucapan itu memicu komentar dari Francia Raisa sahabat sekaligus pendonor ginjal Selena Francia diduga tak terima dengan perkataan itu mengingat kejadian hidup yang pernah mereka lalui bersama
Beli Gold Bar Sebagai Satu Pelaburan Yang Menguntungkan

Beli Gold Bar Sebagai Satu Pelaburan Yang Menguntungkan

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 138 hits
Baca GAMBAR LOKASI Beli Gold Bar Sebagai Satu Pelaburan Yang Menguntungkan Dah lama tak dengar saya bercerita tentang emas betul tak Rasanya 2 bulan lepas saya ada share tentang loket emas 916 yang saya beli Kini saya rasa nak beralih arah ...
Kami Dah Jalankan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Malaysia

Kami Dah Jalankan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 263 hits
Assalamualaikum Seawal pagi SA dah temankan Mak Pah dan Pak Zain pergi mengundi di Kampung kami di Rantau NS Ye kedua2nya memang mengundi di sana Dalam hujan yang renyai renyai kami sampai tengok eh x ramai orang la agaknya sebab hujan kan ...
Pernah Diangkat Sebagai Amp Quot Steve Jobs Ke 2 Amp Quot Elizabeth Holmes Dijatuhi Hukuman Penjara Lebih 11 Tahun

Pernah Diangkat Sebagai Amp Quot Steve Jobs Ke 2 Amp Quot Elizabeth Holmes Dijatuhi Hukuman Penjara Lebih 11 Tahun

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 83 hits
Elizabeth Holmes dilaporkan dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun 3 bulan selepas didapati bersalah dalam skandal syarikatnya iaitu Theranos Beliau yang merupakan CEO syarikat tersebut menjanjikan akan merevolusi industri perubatan pada...
Pbnu Beri Selamat Haedar Mu Ti Terpilih Sebagai Ketum Sekum Pp Muhammadiyah

Pbnu Beri Selamat Haedar Mu Ti Terpilih Sebagai Ketum Sekum Pp Muhammadiyah

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 116 hits
Sekretaris Jenderal PBNU Saifullah Yusuf atau akrab disapa Gus Ipul menyebut Haedar Mu ti sebagai Ketum Sekum Pimpinan Pusat Muhammadiyah merupakan duet kepemimpinan yang telah teruji baik dalam memajukan Muhammadiyah
Muhyiddin Kemuka Sd Ahli Parlimen Sokongnya Sebagai Pm

Muhyiddin Kemuka Sd Ahli Parlimen Sokongnya Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 167 hits
malaysiakini comPengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen esok bagi membuktikan bahawa gabungan itu mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan Mu...
Muhyiddin Yakin Peroleh Bilangan Sokongan Mencukupi Sebagai Pm Ke 10

Muhyiddin Yakin Peroleh Bilangan Sokongan Mencukupi Sebagai Pm Ke 10

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 111 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkeyakinan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada ahli ahli Dewan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan baharu Dalam pada itu Muhyiddin menerusi kenyataan rasmi berkata ...
Pemkot Pasuruan Gelar Wayangan Sebagai Pengobat Rindu Warisan Budaya Tradisional

Pemkot Pasuruan Gelar Wayangan Sebagai Pengobat Rindu Warisan Budaya Tradisional

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 106 hits
Gus Ipul meyakini bahwa kesenian wayang akan tetap bisa hidup karena regenerasinya tetap ada meski saat ini banyak pertunjukan yang lebih mengedepankan modernisasi Oleh karena itu pertunjukan wayang kali ini menghadirkan juga dalang muda Ki...
Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku

Perlis Tak Ada Airport Tapi Ada Flight

Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Sahabat Ksdd Yang Tercinta