Konsep Malaysia Madani Memacu Perkhidmatan Awam


 Pada 19 Januari 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia Madani sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati. 
Enam teras Malaysia Madani ialah:
Kemampanan - Mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan.
Kesejahteraan - Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan
Daya cipta - Pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta manusia.
Hormat - Perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbedaan pandangan dunia.
Keyakinan - Menghidupkan harapan terhadap perubahan seiring sikap amanah melakukan perubahan ke arah kebaikan.
Ihsan - Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan.
Malaysia Madani merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.
Definisi madani: maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (berkenaan masyarakat, generasi dan sebagainya): usaha untuk membentuk masyarakat madani dengan menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan; kurikulum itu juga terarah kepada pembinaan masyarakat madani (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Madani merupakan sintesis gaya Malaysia, yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baru yang direka untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. Enam nilai teras Madani dicerakin sebagai kerangka dasar dan falsafah yang berkait rapat dan bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain.
Madani diilhamkan berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan, dengan mengambil kira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.
Misi Madani menetapkan matlamat kita adalah untuk mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju berteraskan enam nilai Madani melalui kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat, dasar ketelusan dan kerjasama.
Manakala visi Madani pula menetapkan harapan untuk mencorak masa hadapan Malaysia dengan segala potensi yang ada dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang mengubah dunia, dan bercita-cita mengemudi Malaysia dalam zaman pascanormal yang serba rumit melalui laras bahasa, konsep dan budaya kearifan tempatan.
Malaysia Madani mempunyai agenda khusus kepada penyelesaian masalah, memenuhi keperluan semasa, menyentuh pencorakan masa depan dan memenuhi potensi rakyat serta negara. 
Cita-cita besar ini akhirnya bermatlamat demi membina semula kegemilangan Malaysia sebagai negara makmur dan adil. Ia disertakan dengan penolakan kepada sebarang bentuk kezaliman terhadap individu atau kaum.
Lantaran itu, enam teras Madani  harus dihadam dan diasimilasi oleh setiap diri penjawat awam dalam konteks nilainya. 
Pertama - Kemampanan. Ia merujuk kepada usaha-usaha perkhidmatan yang dijalankan oleh penjawat awam dalam mencapai kelewahan (lebih baik) dan kemajuan mutu hidup masyarakat. Dalam hal ini, penekanan kepada keseimbangan dengan acuan sendiri yang unik sangat ditekankan. Tidak boleh ada “peniruan usaha” secara “semberono” daripada percontohan lain.
Ikhtiar-ikhtiar mampan menuntut nilai-nilai kebersamaan, kolektif dan berterusan daripada penjawat awam dan semua lapisan rakyat. Dalam mencapai kesejahteraan dan keseimbangan ini, penjawat awam diminta menyerlahkan sifat saling menghormati dan mengasihi sesama manusia dan alam sekitar dalam segala urusan perkhidmatannya.
Kedua - Kesejahteraan. Penjawat awam harus melihat segala khidmat yang diberikan harus terangkum dalam keseimbangan mewujudkan kesejahteraan rakyat dan bersifat progresif secara jasmani mahupun rohani. Sejahtera berhubung kait dengan nilai kecemerlangan dan kejayaan (al-falah).
Pelonjakan kecemerlangan dapat dicapai melalui pemantapan modal insan dengan kompetensi (kecekapan) masa hadapan. Ia bagi membantu organisasi menjadi lebih kukuh dan fleksibel, pengurusan dan pembangunan sesuatu projek bertambah cekap, pantas serta berimpak tinggi.
Ketiga - Daya Cipta. Ia mengambil pendirian terhadap keupayaan penjawat awam melakukan sesuatu perancangan tugasan dengan betul dan berkesan buat pertama kali. Namun yang terlebih penting ialah aspek kreativiti meliputi nilai reka cipta dan reka baharu. 
Daya cipta pada setiap penjawat awam diharap mewujudkan proses perubahan yang berkesan dalam organisasi sekali gus perkhidmatan kepada rakyat.
Penjawat awam dengan segala kelebihan pada organisasi hendaklah mampu merangsang dan menggalakkan penghasilan sistem, idea dan proses yang boleh ditambah baik serta lebih maju.
Keempat - Hormat. Nilai menghormati merupakan cerminan kepada tingkah laku penjawat awam yang berbudi bahasa, bersopan santun dan tawaduk. Ia sekaligus menjadi asas kepada maruah perkhidmatan awam unggul. Setiap penjawat awam diminta menumpukan khusus kepada keperluan hak asasi dan maruah rakyat yang disantuni pada organisasi masing-masing.
Sebagai contoh, warga perkhidmatan awam perlu sedia mendengar pendapat yang diutarakan rakyat dan menerima kekhilafan yang dilakukan. Ia perlu dibuktikan dan diterjemahkan dengan proses penambahbaikan dari semasa ke semasa sama ada pada diri dan organisasi. Hubungan “penjawat awam – rakyat” yang berdalil dengan prestasi ini akan menerbitkan nilai hormat yang ikhlas mendasar.
Kelima - Keyakinan. Ia merupakan sikap percaya atas kemampuan dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan benar dan bijaksana. Keyakinan dalam setiap usaha dalam perkhidmatan awam mempunyai kaitan erat dengan sifat amanah. Ia menjadi unsur paling integriti dalam menjamin ketenteraman masyarakat serta membina jambatan kepercayaan terhadap penjawat awam. 
Keenam - Ihsan. Penjawat awam disaran senantiasa prihatin peduli terhadap setiap keperluan dan penderitaan masyarakat. Perasaan ihsan juga merujuk kepada tanggungjawab sosial dalam menyelami penderitaan dan kemelaratan rakyat. Oleh itu, ia perlu diterjemahkan kepada usaha berbentuk dasar polisi sebagai jalan penyelesaian paling ampuh. Nilai Ihsan yang unggul bakal memartabatkan semua anggota masyarakatnya. 
Sesungguhnya pelaksanaan Dasar Malaysia Madani memerlukan kesungguhan dan kerjasama literasi serta lesanggupan tidak berbelah bahagi seluruh penjawat awam. Ia kerangka yang perlu difahami sebaiknya berserta dengan segala kekuatan, percanggahan, kekacauan, keserentakan dan masa hadapan yang menjadi ekosistemnya. 
Moga-moga cita-cita suci untuk membangunkan Malaysia Madani yang dihasratkan adalah tercapai dan memenuhi seluruh ruang impian dan harapan rakyat Malaysia dapat dicapai.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2024/11/mad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
With A New Podcast Series Law Minister Azalina Is Now Malaysia S Cikgu Undang Undang

With A New Podcast Series Law Minister Azalina Is Now Malaysia S Cikgu Undang Undang

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 209 hits
Datuk Seri Azalina Othman Said is the host of her new podcast show Cikgu Undang Undang created by the Prime Minister s Department s Legal Affairs Division Picture from YouTube Cikguundang undangKUALA LUMPUR Nov 14 When you think about it wh...
Anwar Dianugerah Pingat El Sol Del Peru Tanda Penghormatan Tertinggi Kepada Malaysia

Anwar Dianugerah Pingat El Sol Del Peru Tanda Penghormatan Tertinggi Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 171 hits
HarapandailyNovember 14 2024Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan pingat tertinggi Republik Peru El Sol del Peru dalam satu Istiadat Penganugerahan di Istana Kerajaan Peru semalam Pingat itu disampaikan oleh Presiden Peru D...
Meraikan Usahasama Baru Syarikat Malaysia Peru

Meraikan Usahasama Baru Syarikat Malaysia Peru

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 142 hits
Meraikan satu usahasama baharu syarikat daripada Malaysia Yinson Group dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di Peru dengan pembukaan ladang solar di Arequipa yang kedua terbesar di Peru Peningkatan ketara perdagangan diantara Malaysia Per...
Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 239 hits
Be the First to Explore Hince s Best Selling Products Exclusively at AINZ TULPE this October AINZ TULPE Malaysia s leading destination for Asian beauty trends proudly announces the exclusive retail debut of Hince the renowned South Korean b...
Amaran Jualan Besar Jualan Akhir Tahun Terbesar Di Malaysia Kembali Bermula 15 Nov 2024

Amaran Jualan Besar Jualan Akhir Tahun Terbesar Di Malaysia Kembali Bermula 15 Nov 2024

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 159 hits
ALERT JUALAN BESAR Jualan Akhir Tahun terbesar di Malaysia kembali lagi Dari 15 November 2024 hingga 1 Januari 2025 dapatkan tawaran hebat di seluruh negara Ambil beg anda ajak kawan kawan dan mari kita jadikan ini sebagai pengalamanshoppin...
Genting Malaysia Berhad Terima Anugerah Halal Champion Negeri Pahang Bagi Tahun 2024

Genting Malaysia Berhad Terima Anugerah Halal Champion Negeri Pahang Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 259 hits
SHAH ALAM Syarikat terkemuka dalam bidang rekreasi dan hospitaliti Genting Malaysia Berhad mendapat pengiktirafan sebagai Halal Champion Negeri Pahang di majlis pelancaran Halal on Track Pahang 2024 Penyerahan anugerah yang berlangsung di D...
Diiktiraf Sebagai Biduanita Negara Tokti Berikrar Mahu Mengekalkan Seni Dan Budaya Warisan Malaysia

Diiktiraf Sebagai Biduanita Negara Tokti Berikrar Mahu Mengekalkan Seni Dan Budaya Warisan Malaysia

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 125 hits
Setelah hampir tiga dekad berkecimpung dalam industri muzik Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan kenapa gelarannya bukan sekadar dipakai untuk bergaya tetapi benar benar mencerminkan sumbangan luar biasa dalam ...
Samsung Galaxy A16 5g Kini Di Malaysia Dengan Harga Rm899

Samsung Galaxy A16 5g Kini Di Malaysia Dengan Harga Rm899

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 169 hits
Sebelum ini Samsung telah melancarkan Galaxy terbaharunya iaitu Samsung Galaxy A16 5G di pasaran Eropah Kini peranti siri A baharu tersebut sudah tersedia di pasaran Malaysia Galaxy A16 5G dilengkapi skrin Super AMOLED 6 7 inci dengan kadar...
Menteri Kdn Bertemu Diapora Malaysia

Menteri Kdn Bertemu Diapora Malaysia

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 145 hits
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Salam Malaysia Madani Alhamdulillah malam tadi saya meluangkan masa makan malam dan ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Singapura Seramai 70 orang diaspora Malaysia yang hadir terdiri daripada komuniti ...
12 Minyak Hitam Kereta Terbaik Untuk Melindungi Enjin

Myborderpass Cara Muat Turun Daftar Guna Semasa Di Klia

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Resipi Puding Gula Hangus Sedap Mudah Tak Hanyir

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Rumah Kenduri Deena S Menu Kenduri Harian Dan Katering Di Kulim

Haiwan Yang Tertangkap Melakukan Kesalahan Lazim Dalam Dunia Manusia

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Bolehkah Anda Percaya Dakwaan Fazura Tentang Produk Nutox Ulasan Jujur Mengenai Sokongan Selebriti Ini

Panduan Mudah Untuk Membezakan Daun Bawang Kucai Daun Saderi Dan Daun Ketumbar

Anuar Penderhaka Besar

Borneo Access Adventure Your Gateway To Unforgettable Wilderness Experiences In Malaysia

Cara Hapus Akun Dana Lewat Aplikasi Langkah Mudah Untuk Gen Z

Cara Menyampaikan Kritik Yang Baik Dan Membangun