Konjac Spaghetti Bolognese


 Assalamualaikum wbt

DAH lebih seminggu Cik Ani bagi Konjac ni. Mula ingatkan apo dialah konjac? Rupanya, pengganti makanan ruji atau karbohidrat bagi mereka yang sedang mengamalkan diet harian. 
Konjac, juga dikenali sebagai glucomannan, adalah ramuan yang tumbuh di bahagian Asia. Ia terkenal dengan cormanya, seperti tumbuhan seperti tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah. The corm digunakan untuk membuat sumber kaya larut serat larut

Konjac digunakan sebagai pengganti gelatin dan untuk menebal atau menambah tekstur kepada makanan. Ia juga digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Di dunia Barat, konjac lebih dikenali sebagai makanan tambahan untuk penurunan berat badan dan pengurusan kolesterol

Manfaat konjacKandungan serat tinggi konjac mempunyai banyak manfaat kesihatan. Serat larut membantu mengurangkan kadar kolesterol dan glukosa darah. Diet tinggi serat juga boleh membantu mengawal pergerakan usus, menghalang buasir, dan membantu mencegah penyakit divertikular. 

Yang ni jenis mee atau spaghetti untuk dimakan bersama sos bolognese, carbonara atau menu fusion seperti masak lemak cili api. Juga sesuai untuk menu lokal seperti mee bandung, mee hailam atau mee sup. Ada juga bentuk kuey teow dan nasi. Kalau nasi tu, bolehlah makan bersama lauk-pauk kegemaran kita

Apa rasa konjac tu? Rasa kosong dan tawar. Teksturnya agak kenyal dan sesuailah jika digandingkan dengan sos bolognese. Tak ada rasa yang bukan-bukan atau rasa tak sedap. Sk rasa, kalau makan ala-ala boat noodle atau viatnemese sup pun sedap sangat ni

Cara sediakan pun mudah, cuma bilas dengan air paip, celur sekejap dengan air panas dan bilas semula dalam air sejuk atau air paip. Dan boleh makan dengan lauk yang kita suka. Cuma untuk nasi tu, Sk tak pasti macam mana nak sediakan sebab tak tengok rupanya. Iman kata, bentuk beras. Haaa.. kenalah pulak nak memasaknya dulu kalau gitu


Sos Bolegnese kali ini Sk guna jenama Prego dan tomato puree DuChef. Ada tomato segar jugak yang Sk masukkan, benda dah ada kan. Kalau tak ada, tak dapek den menolongnya

Resepi Sos Bolognese
Sedikit minyak zaitun untuk menumis5 ulas bawang putih dicincang400 gm daging lembu kisar ramli1/2 labu bawang besar didadu1 biji tomato didadu1 tin sos tradisi prego1 tin kecil tomato puree duchef1 tsp serbuk lada hitam1 kiub pati lembu
Cara-cara :
1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih

2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masak hingga daging kisar berubah warna

3. Masukkan bawang besar dan tomato, renih seketika

4. Masukkan sos tradisi prego dan tomato puree, tambahkan sedikit air dalam tin, kocak dan tuangkan dalam campuran sos bolognese. 
5. Masukkan kiub pati lembu dan serbuk lada hitam, kacau sebati

6. Biarkan sos merenih sebentar, tutup api


7. Spaghetti direbus mengikut arahan pada label bungkusan. Toskan dan gaul bersama sedikit mentega. Hidangkan bersama sos bolognese

Kalau masak sos bolognese ni, memang sengaja masak banyak sebab lebihnya tu boleh dipanaskan semula nanti. Kiranya kalau nak mengulang makan tu, cuma tinggal panaskan dan rebus spghetti jer, dah jimat tenaga dan masa. Memang sesuailah untuk orang yang M besar macam Sk ni.. hihihi




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/03/konjac-spaghetti-bolognese.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Saje Untukmu Anak Spaghetti Bolognese Untuk Bekal Esok

Apa Saje Untukmu Anak Spaghetti Bolognese Untuk Bekal Esok

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 407 hits
Assalamualaikum Hi korang Gigih SA bila anak dara kesayangan tu request spaghetti Bolognese untuk bekal dia exam paper Agama esok bahan bahannya dah beli lama dah cuma mamanya blom ada masa nak buat takpe la demi anak kan sorang je pun Atuk...
Resepi Spaghetti Carbonara Dari Dapo Cik Mimi

Resepi Spaghetti Carbonara Dari Dapo Cik Mimi

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 251 hits
Actually semua orang pun pandai masak kan Masak ni tak perlu terlalu ikut ukuran sangat orang kata Resepi campak campak jugak yang sedap Disebabkan pagi kadang dah tak tahu nak buat menu apa so keluar la menu breakfast ala western di pagi h...
Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

How A Professional Handyman Can Help Transform Your Home

The Bolt A Retro Yamaha Scrambler That Harkens Back To Simpler Times

Mrfix Gadgets Puncak Alam Repair Iphone Laptop

Stronger Measures Being Taken To Deal With Digital Misconduct Among Students Fadhlina Tells Parliament

Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Enam Orang Termasuk Empat Kanak Kanak Maut Api Terlalu Marak Sukar Untuk Selamatkan Mangsa

Ramai Pegang Setiap Hari Tapi Tak Tahu Maksud Rekaan Gambar Pada Duit Kertas

Flag Blunders Kapar Mp Suggests Audit On All Govt Agencies Schools

Mic At A Crossroads Time To Reclaim Relevance

Metmalaysia Thunderstorms Expected In Eight States Till 1am

Sambal Udang Dan Bab Rezeki Setiap Orang