Konica Pop Ef 80 Kamera Pertama Saya


Kenangan Kamera Filem Gulung
Semasa berada di sekolah menengah berasrama di Negeri Sembilan, saya sudah menyimpan keinginan untuk memiliki sebuah kamera. Seronok tengok beberapa orang kawan yang mempunyai kamera (tak pasti kepunyaan sendiri atau milik keluarga), mudahlah mereka nak merakam gambar di kelas, di asrama dan sewaktu beraktiviti di luar sekolah. Siapa yang memiliki kamera, maka banyaklah gambar kenangan yang dapat dirakam

Ketika itu juga, kita tak boleh merakam gambar sesuka hati kerana kamera menggunakan filem gulung. Kita perlu membeli filem gulung tersebut dengan pilihan untuk 12 kali, 24 kali atau 36 kali rakam. Kemudian, selepas habis merakam perlu pula membayar kos mencuci filem di kedai gambar

Selepas beberapa hari, barulah kita boleh datang kembali ke kedai gambar untuk mengambil gambar yang telah dicuci. Dengan gambar yang terhasil, barulah boleh menjual gambar kepada kawan-kawan yang berminat. Mula-mula, susun gambar (ikut nombor di filem) di dalam album gambar yang diberi oleh kedai gambar. Kemudian, sertakan nombor pada gambar dan kawan-kawan bolehlah buat senarai pesanan gambar nombor mana yang dikehendaki. Selepas tu kembali ke kedai gambar untuk proses mencuci filem sekali lagi. Kosnya bergantung kepada jumlah kepingan gambar yang kita nak cuci. Lebih banyak, lebih murah harganya


Berjaya Memiliki Sebuah Kamera Kompak
Selepas tamat peperiksaan SPM pada penghujung tahun 1995, saya terus cari kerja. Tak berlengah, semalam baru je sampai rumah di Johor dan hari ini terus pergi memohon kerja di sebuah kilang elektronik yang terletak tak begitu jauh dari rumah. Esoknya saya terus memulakan kerja

Dapat je gaji pertama, saya membeli sebentuk cincin emas sebagai tanda gaji pertama. Manakala gaji kedua, saya membeli sebuah kamera yang telah lama diidamkan. Macam banyak je gajinya kan? Ya, memang agak banyak untuk seorang remaja yang tiada tanggungan. Maklumlah, kerja syif malam selama 12 jam. Kerja keras, hasil pun lebih. Insya Allah bab kerja tu saya akan cerita di lain entri. Nanti terlampau panjang meleret pulak entri mengenai kamera pertama saya ni

Inilah kamera pertama saya. Alhamdulillah! Kamera kompak point & shoot jenama Konica model POP EF-80. Sejujurnya, saya tak tahu langsung pasal ciri-ciri kamera. Bagaimana saya membeli? Saya minta tolong abang saya belikan di kedai. Saya beri wang sebanyak RM200 dan minta belilah apa-apa kamera dengan bajet diberi. Saya sendiri tak berkesempatan nak ke kedai. 
Saya suka kamera ni sebab ada tetapan tarikh. Jadinya gambar yang terhasil nanti ada cetakan tarikh bila gambar dirakam. Cara nak tetapkan tarikh, kita tekan pada butang-butang kecil di belakang badan kamera ni. Kamera ni menggunakan kuasa bateri, seingat saya setiap kali menukar bateri kita perlu betulkan tetapan tarikh

Beginilah rupa ruangan untuk kita pasang kemera gulung. Kena pandai pasang dan berhati-hati, tersilap langkah boleh rosak filem

Saiz kamera sedang-sedang saja, tak besar dan tak kecil. Ringan. Mudah dipegang dan dibawa ke mana-mana

Dengan kamera ini dapatlah saya merakam detik kenangan bersama kawan-kawan kerja kilang, seterusnya semasa zaman universiti dan sehingga berkahwin. Kamera ini juga memberi khidmat kepada kawan dan ahli keluarga lain yang meminjamnya dari saya. Kamera yang sangat berjasa

Kamera Konica POP EF-80 ini menjadi kamera pertama dan terakhir milik saya yang menggunakan filem gulung. Ia ‘bersara’ setelah saya memiliki sebuah kamera digital. Hari ini, kamera digital tersebut juga sudah lama tidak saya gunakan. Dengan adanya teknologi telefon pintar dengan kemampuan kamera yang cukup baik dan memang dibawa ke mana-mana, membuatkan saya memilih untuk tidak menggunakan kamera digital tersebut. Ia mungkin berguna jika saya melalui satu perjalanan yang panjang dan perlu menjimatkan bateri telefon

Hari ini, kamera Konica POP EF-80 milik saya ini sudah pun dikategorikan sebagai kamera vintage. Kamera terpakai ini dijual pada harga sehingga RM300 bagi pasaran Malaysia


Kenangan kamera Konica POP EF-80 dalam bentuk video. Saya ambil dari YouTube. Bagi yang tak pernah tahu cara pasang filem gulung, bolehlah tonton video ni







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/10/konica-pop-ef-80-kamera-pertama-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blackpink Artis K Pop Pertama Akan Buat Persembahan Di Festival Muzik London Bst Hyde Park

Blackpink Artis K Pop Pertama Akan Buat Persembahan Di Festival Muzik London Bst Hyde Park

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 276 hits
Nampaknya BLACKPINK akan menjadi artis K Pop pertama yang akan membuat persembahan di pentas British Summer Time Hyde Park London ARTIKEL BERKAITAN Pada 21 Oktober festival muzik tahunan yang diadakan di Hyde Park London telah mengumumkan B...
Hiburan Kali Pertama Mengundi Ini Perkara Yang Anda Wajib Lakukan Sebelum Keluar Memilih

Hiburan Kali Pertama Mengundi Ini Perkara Yang Anda Wajib Lakukan Sebelum Keluar Memilih

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 205 hits
Isnin lalu negara dikejutkan dengan berita pembubaran parlimen sekaligus menandakan satu pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 60 hari yang akan datang Difahamkan pihak akan bermesyuarat pada 20 Oktober ini bagi menentukan tarikh Pilihanra...
Dia Idola Pertama Terakhir Saya Suka Kang Hoon Dedah Mula Berlakon Sebab Idola Wanita Ini

Dia Idola Pertama Terakhir Saya Suka Kang Hoon Dedah Mula Berlakon Sebab Idola Wanita Ini

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 179 hits
Siapa sangka seorang idola wanita ini adalah sebab Kang Hoon mula terlibat dalam dunia lakonan ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Kang Hoon yang memainkan watak Ha Jong ho dalam Little Women telah terlibat dengan satu temu bual susulan tamatny...
Guru Kimia Dari Tenom Anuthra Sirisena Rangkul Tempat Pertama Malaysia Teacher Prize

Guru Kimia Dari Tenom Anuthra Sirisena Rangkul Tempat Pertama Malaysia Teacher Prize

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 226 hits
M sia Teacher Prize Anuthra Sirisena guru dari Tenom dinobat sebagai pemenang Guru di Tenom dinobatkan sebagai terbaik negara Guru kimia Anuthra Sirisena Sinnyore diumumkan sebagai pemenang pertama Malaysia Teacher Prize 2022 sekali gus mem...
Ilmuwan Pertama Kali Temukan Mikroplastik Pada Asi Makin Membahayakan Kesehatan Bayi

Ilmuwan Pertama Kali Temukan Mikroplastik Pada Asi Makin Membahayakan Kesehatan Bayi

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 184 hits
Penelitian yang dipublikasi dalam Jurnal Polymers menunjukkan jika ASI ibu ibu itu terkontaminasi mikroplastik polietilena PVC dan polipropilen
Peminat Akhirnya Dapat Melihat Pandangan Pertama Kingdom Of The Planet Of The Apes

Peminat Akhirnya Dapat Melihat Pandangan Pertama Kingdom Of The Planet Of The Apes

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 176 hits
Sekuel kepada trilogi filem Planet of the Apes arahan Matt Reeves telahpun mendedahkan pandangan pertamanya yang memberikan sekilas tentang filem baharu Kingdom of the Planet of the Apes Sekuel ini akan menampilkan watak baharu sepenuhnya d...
Bagaimana Dengan Kapal Opv Pertama Apmm Selepas Pelancaran Pada 10hb Oktober 2022

Bagaimana Dengan Kapal Opv Pertama Apmm Selepas Pelancaran Pada 10hb Oktober 2022

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 220 hits
Yang berikut ini adalah video yang menunjukkan pelancaran kapal OPV pertama oleh THHE bagi APMM yang dibina oleh TH Heavy Engineering di Pulau Indah Klang Pelancaran telah dibuat pada Isnin 10hb Oktober jam 5 57 pagi This video shows the la...
Cek Fakta Benarkah Pria Asal As Penyebar Hiv Aids Pertama Di Dunia

Cek Fakta Benarkah Pria Asal As Penyebar Hiv Aids Pertama Di Dunia

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 164 hits
Gaetan Dugas diklaim sebagai penyebar HIV AIDS pertama di dunia adalah keliru Terjadi kesalahpahaman karena menganggap huruf O itu sebagai Nol Para peneliti mengidentifikasi Dugas sebagai pasien O singkatan untuk menunjukkan Dugas tinggal d...
Cipta Sejarah Lisa Bp Jadi Artis Solo Asia Pertama Raih 800 Juta Strim Di Spotify Dengan Album Lalisa

Cipta Sejarah Lisa Bp Jadi Artis Solo Asia Pertama Raih 800 Juta Strim Di Spotify Dengan Album Lalisa

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 282 hits
Lisa BLACKPINK sekali lagi telah membuktikan populariti globalnya ARTIKEL BERKAITAN Terbaru ahli BLACKPINK dari Thailand iaitu Lisa telah mencipta sejarah baru apabila album solo pertamanya LALISA berjaya melepasi 800 juta penstriman di Spo...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu