Kongsi Tips Cara Buang Pasir Dalam Lala


Siapa suka makan lala? Kita geng. K.fiezz bila pi pasar, nampak lala ni memang confirm ambil sepeket. Kat pasar area KL ni, biasanya lala memang dah siap-siap letak dalam packaging. tak pasti tempat lain macamana. Samaada timbang atau dah siap peket. Kat sini satu peket RM8-RM10. Bila nampak lala kat pasar, hati nak ambil cuma kadang-kadang tu terbantut sebab fikirkan susah nak buang pasir & lumpur yang melekat dalam lala ni. Lala kan hidup dalam kawasan berpasir & lumpur. Jadi bila nak basuh lala ni sebelum nak masak agak renyah sikit. Kena cuci banyak kali.  Baru ni k.fiezz ternampak ada orang kongsi cara buang pasir dalam lala. Uiiii menarik ni. Kena cuba. Macam tahu-tahu sis peminat lala. Tetiba terlalu kat wall sosial media, orang ajar cara buang pasir dalam lala. 
CARA BUANG PASIR DALAM LALA
Macamana yea cara buang pasir dalam lala. Termasuk lah dengan lumpur yang ada dalam lala ni. Dalam satu peket lala ni, biasanya mesti ada terselit satu dua yang penuh lumpur dalam dia. Kena rendam & cuci banyak kali sampai jumpa seketul dua ni. Sebab sat gi bila dia terbuka dalam masakan, memang tak boleh nak makan lah jawabnya masakan tu.
Jadi style k.fiezz bila cuci lala sebelum ni, memang banyak kali. Sampai lah jumpa seketul dua yang ada lumpur tu. Jenuh juga lah sebelum jumpa yang seketul dua ni. Pakej pula dengan nak buang pasir dalam lala ni. 
Adui. Kena bekerja keras sebelum boleh makan lala ni, tau. hehe.
Eh. Membebel pula. Jom k.fiezz kongsi cara buang pasir dalam lala yang k.fiezz terjumpa di  mana yeak? Lupa lah. Tak pe lah. Yang penting cara dia.


Semua macam malu-malu gitu nak terbuka kan. Kalau yang ada lumpur lagi lah tertutup rapat weii. Jenuh nak kelebet satu per satu. 


Jadi nak bagi dia cepat terbuka, kita rendam dalam air & letak cili padi. Potong kecil-kecil.Biarkan dalam 15 minit. Lepas tu tengok, ternganga masing-masing. haha. Buang air rendaman pertama ni & ulang lagi sekali. Masa k.fiezz buat ni, kali kedua dah jumpa hat seketul dua yang penuh lumpur dalam dia. Terus buang. Sekejap je dah jumpa sebab ternganga kepedasan. haha. Kalau cara yang sebelum ni, berapa kali rendam & buang air baru jumpa. Buh cili ni, sat je dah jumpa. Tau pun pedas. haha.



Ni pula pasir-pasir yang keluar dari lala. Hat seketul dua lala berlumpur tu lupa nak ambil gambar, k.fiezz terus buang. Lepas dua kali rendam & buang air rendaman, k.fiezz lalu kan satu per satu lala bawah air paip untuk pastikan semua pasir-pasir dalam lala keluar.  Dah siap semua, toskan & proses seterusnya, apa lagi masaklah lala ni. Takkan nak tengok je yea dak. Udahlah nak proses sebelum masak dia tu perlukan kesabaran. Orang sabar je boleh makan lala ni, betul tak. haha 
Bila dah buat tips ni & memang nampak berhasil cara buang pasir dalam lala letak cili api, lepas ni memang ikut cara ni lah.Senang. Cepat & tak ambil masa lama nak buang pasir-pasir & lumpur dalam lala ni. Sebelum ni dekat sejam juga lah k.fiezz duk proses lala ni untuk buang segala pasir & lala berlumpur. Uihhh memang agak renyah weiii.
Suka makan lala tapi bila teringatkan proses dia nak buang pasir tu, berpikior nak makan ke idak lala. haha. Tapi dah tahu cara ni, lepas ni tak ada hal lah. Ewah, eksen. haha. LALA SEDAP MASAK APA?
Ikutlah selera masing-masing. Kalau korang suka lala masak apa? K.fiezz. Biasanya masak LALA MASAK PEDAS. Nak tahu cara masak & sedap ke idak, korang klik link. 
K.fiezz nampak lala ni memang favourite. Itu yang pantang nampak kat pasar, laju je ambil sepeket. hehe. 
Ni dah tahu pula cara buang pasir dalam lala, lepas ni nampak lala kat pasar tak was-was nak ambil sebab dah tahu cara nak buang pasir & lumpur dalam lala dengan cepat. hehe
LALALA!!!!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2021/09/Kongsi-Tips-Cara-Buang-Pasir-Dalam-Lala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ni Ke Kongsi Idea Tu Naik Range Rover Di Padang Pasir Netizen Persoal Jihad Caprice

Hiburan Ni Ke Kongsi Idea Tu Naik Range Rover Di Padang Pasir Netizen Persoal Jihad Caprice

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 203 hits
Setelah dua bulan meninggalkan Malaysia penyanyi rap Caprice dikhabarkan bakal pulang ke tanah air tidak lama lagi Meskipun gagal masuk ke Gaza penyanyi ini bertemu dengan kenalan baru dan membina jaringan yang kukuh demi visi jangka panjan...
Rahsia Besar Cara Masak Nasi Putih Sedap Tukang Masak Kongsi Petua

Rahsia Besar Cara Masak Nasi Putih Sedap Tukang Masak Kongsi Petua

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 211 hits
Bagi sesetengah orang apalah sangat nak dibuat tentang masak nasi putih Hanya sekadar nasi putih kan Namun pernah terfikir tak kenapa bila kita makan nasi putih di kedai rasa lagi sedap Tapi bagi Ahmad Shukri Amiruddin memasak nasi putih in...
Bayi Meneran Tak Semestinya Sembelit Pulihkan Anak Susah Buang Air Besar Dengan Cara Ni Mesti Lancar

Bayi Meneran Tak Semestinya Sembelit Pulihkan Anak Susah Buang Air Besar Dengan Cara Ni Mesti Lancar

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 225 hits
Kita mula risau bila bayi kita tidak membuang air besar seperti biasa Sembelitkah Pelbagai pertanyaan dan keraguan yang mula kita fikirkan Apa sebenarnya yang berlaku pada anak kita Adakah sembelit atau ada punca lain Sesetengah bayi dan an...
Anak Tak Nak Makan Sebab Dia Kenyang Susu Doktor Kongsi Cara Latih Anak Suka Makan

Anak Tak Nak Makan Sebab Dia Kenyang Susu Doktor Kongsi Cara Latih Anak Suka Makan

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 276 hits
Perkara yang mama paling risau adalah anak menolak untuk makan tetapi asyik minta susu Sebenarnya anak menolak untuk makan kerana ada kaitan dengan susu yang mereka minum Tapi kenapa Ikuti perkongsian dari doktor ini 8 TIPS LATIH ANAK MAKAN...
Dr Amalina Kongsi Tips Elak Kentut Terlalu Busuk Boleh Ke

Dr Amalina Kongsi Tips Elak Kentut Terlalu Busuk Boleh Ke

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 164 hits
Kentut Merupakan Perkara Normal Baru baru ini Dr Amalina ada berkongsikan mengenai beberapa fakta mengenai kentut di halaman Instagram miliknya Satu perkongsian yang menarik via Rojak Daily Kentut Merupakan Perkara Normal Dalam perkongsian ...
Hiburan Makan Tetap Makan Ramai Obses Untuk Kurus Elfira Loy Kongsi Tips

Hiburan Makan Tetap Makan Ramai Obses Untuk Kurus Elfira Loy Kongsi Tips

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 187 hits
Pelakon dan usahawan Elfira Loy baru baru ini ada memberi sedikit tips menguruskan berat badan terutamanya dalam kalangan kaum wanita ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMengakui ada yang bertanyakan tentang cara berkesan untuk kurus ujar ibu ke...
Hiburan Gian Nak Makan Di Luar Aril Pilus Kongsi Tips Berguna Buat Peminat

Hiburan Gian Nak Makan Di Luar Aril Pilus Kongsi Tips Berguna Buat Peminat

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 214 hits
Nak makan di luar tapi masih berwaspada dengan keadaan sekeliling Penyanyi Aril Pilus punya cara tersendiri ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKata Aril meskipun kerajaan sudah membenarkan mereka yang lengkap dua dos vaksin untuk makan di dalam...
Pakar Kongsi Tanda Kuku Dijangkiti Kulat Cara Rawatan Berkesan

Pakar Kongsi Tanda Kuku Dijangkiti Kulat Cara Rawatan Berkesan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 338 hits
Doktor kuku saya ni dia tumbuh tak cantik Kenapa eh Saya pun periksa kuku dia satu persatu Rupa rupanya dia menghidapi onychomycosis atau jangkitan kulat pada kuku Tahu tak apa tanda tanda jangkitan kulat pada kuku Kuning gelap hitam Mengge...
Pernah Buang Susu Sebab Tak Ada Peti Masa Outstation Menangis Bengkak Susu Nad Zainal Kongsi Pahit Manis Penyusuan

Pernah Buang Susu Sebab Tak Ada Peti Masa Outstation Menangis Bengkak Susu Nad Zainal Kongsi Pahit Manis Penyusuan

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 217 hits
Cita cita setiap wanita yang bergelar ibu mahu menyusukan anak sepenuhnya selama 2 tahun Namun disebalik penyusuan susu ibu ada pelbagai kisah pahit manis yang perlu ditempuhi Bercerita kepada Pa Ma Pelakon Nad Zainal atau nama sebenar Fara...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik