Kongsi Persiapan Diri Sebelum Kahwin Neelofa Seru Belajar Ilmu Rumah Tangga
Selebriti terkenal Neelofa berkongsi ilmu yang perlu diterapkan dalam diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan ketika menghadiri Spiritual Summit 2022 pada 21 Ogos lalu.
Menerusi rakaman video di TikTok, Neelofa, 33, berkata dia mula memahami erti sebenar sebuah perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz pada Mac tahun lalu.
Ini salah satu turning point ataupun kesedaran saya yang besar tentang perkahwinan dan jodoh. Sebenarnya, dulu kalau orang tanya saya nasihat sebelum berkahwin, saya tiada jawapan sebab tak tahu nak pesan apa.
Sekarang bila kita faham apa itu perkahwinan, apa itu kehidupan selepas akad saya ada satu pesanan untuk semua.
Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menekankan kepada pasangan yang bakal berkahwin untuk mendalami ilmu rumah tangga terlebih dahulu. Katanya, suami dan isteri perlu ambil tahu tentang peranan masing-masing supaya rumah tangga kekal harmoni.
Belajarlah ilmu rumah tangga, tentang hak-hak seorang isteri dan juga suami. Kalau tak faham tentang ilmu perkahwinan, erti sebenar dalam tanggungjawab sebagai suami isteri, maka banyaklah kesusahan, kepayahan dan cabaran yang kita kena tanggung.
Sebab kalau isteri tak tahu apa yang kita kena buat dalam rumah tangga, dan suami sebagai ketua keluarga tak main peranan, perkara tersebut akan terpesong jauh.
Secara ringkasnya, tanggungjawab suami adalah untuk mencari nafkah dan menanggung keluarga dari segi menyediakan rumah, makanan, pakaian dan sebagainya.
Percayalah, bila kita mengikut segala saranan dan panduan yang agama sediakan, kesejahteraan, sakinah, ketenangan, kehormatan dan keberkatan akan turun dalam keluarga.
Walaupun suami bukan cari rezeki yang mencecah jutaan ringgit tetapi kalau rezeki itu halal dan berkat, itu sudah mencukupi. Allah akan bagi kebahagiaan.
Bekas hos program MeleTOP juga menekankan kepentingan air tangan seorang isteri dalam berumah tangga.
Video:
@nurliyanaismazaini#spiritualsummit2022
persiapan diri sebelum berkahwin. @neelofa
♬ original sound – Nurliyana Ismazaini – Nurliyana Ismazaini
Isteri yang sepatutnya sediakan makanan atas meja. Orang zaman sekarang kan fikir memasak bukan lagi keutamaan sebab boleh beli atas talian.
Percayalah, usaha dan kesusahan kita untuk belajar dan menyediakan makanan untuk keluarga, itu Allah pandang.
Sementara itu, PU Riz berkata suami diberi tanggungjawab untuk menyediakan makanan. Namun, sekiranya isteri ada inisiatif untuk memasak, maka itu adalah perkara terbesar dalam hidup seorang lelaki.
Komen Netizen:
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber: TikTok @nurliyanaismazaini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2022/08/kongsi-persiapan-diri-sebelum-kahwin.html