Konflik Israel Iran K Tan W Putra Pantau
Kelantan ikuti rapat perkembangan di Timur Tengah
Wan Roslan Wan Hamat
KOTA BHARU: Kelantan mempunyai pengalaman membawa pulang pelajar yang belajar di Mesir ketika berlaku pergolakan politik di negara tersebut 10 tahun lalu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi berkata, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sekiranya konflik di Timur Tengah tidak menunjukkan tanda-tanda reda, kemungkinan akan dipanggil balik pelajar di Jordan.
“Itu kalau suasana tidak mengizinkan, tetapi sekarang kita memantau berdasar maklumat dikeluarkan Wisma Putra dan persatuan pelajar di Jordan,” katanya di sini.
Konflik baharu tercetus di rantau Asia Barat apabila Iran melancar dron dan misil terhadap Israel sebagai membalas dendam ekoran rejim Zionis menyerang konsulat Iran di Damsyik sehingga mengorbankan 13 rakyatnya.
Sehingga sekarang terdapat seramai 267 pelajar Kelantan yang menyambung pengajian di Jordan.
Wan Roslan juga berkata, kerajaan Kelantan bekerjasama Kementerian Luar Negara bagi memantau konflik Israel dan Iran.
“Kita pun sudah menghantar mesej kepada pelajar di Jordan supaya mengambil langkah keselamatan dan sentiasa berhubung dengan kedutaan serta mematuhi segala peraturan dikeluarkan kerajaan Jordan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/4/2024
PN putuskan calon PRK Kuala Kubu Bharu Isnin ini
KOTA BHARU: PERIKATAN NASIONAL (PN) akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi pada Isnin ini bagi memutuskan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.
Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu kota pada 22 April pada jam 5 petang.
(Lanjut sila lihat – HARAKAHDAILY 20/4/2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan pada 11 Mei, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 27 April ini. – HARAKAHDAILY 20/4/2024
Apakah gaya perjuangan di Malaysia kini sama pertarungannnya saperti Konflik Israel-Iran di atas? Sama-sama rebut kuasa sedunia? Siapa ikut jalur siapa?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2024/04/konflik-israel-iran-ktanwputra-pantau.html