Komposisi Kabinet Tak Adil Blok Bersatu Azmin Dapat Manfaat Besar


Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan partinya selaku blok Ahli Parlimen terbesar diketepikan dengan cara yang sangat tidak adil dalam pelantikan Kabinet baharu.
Mohamad berkata, terdapat pelbagai desas-desus berhubung pelantikan Kabinet yang baharu, bermula dari ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri sehinggalah kepada dakwaan bahawa komposisi Kabinet adalah berat sebelah.
“Biar apa pun keadaannya, yang perlu difahami adalah betapa pelantikan anggota Kabinet adalah budi bicara Perdana Menteri sepenuhnya.

Loading… “Namun begitu, adalah jelas bahawa Umno selaku blok Ahli Parlimen terbesar diketepikan dengan cara yang sangat tidak adil yang boleh dilihat daripada dua perkara,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.
Menurutnya, pertama, pemberian portfolio kementerian yang tidak kritikal yang mana keadaan ini sama sekali tidak setimpal dengan jumlah Ahli Parlimen yang disumbangkan oleh Umno dan tahap pengalaman yang dimiliki oleh mereka.
“Kedua, keanggotaan Kabinet secara jelas memberikan manfaat yang sangat besar kepada blok Bersatu dan Datuk Seri Azmin Ali.
“Sekalipun ia bukanlah kepentingan paling afdal untuk Umno memegang kedudukan kerajaan dalam iklim politik semasa, adalah mustahak untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin menyantuni saiz perwakilan parti dalam kerajaan atas dua dasar,” katanya.
Beliau berkata, pertama, kerana ini adalah sistem Westminster iaitu Kabinet mengamalkan tanggungjawab kolektif, yang hanya akan berkesan jika setiap parti diwakili dengan jumlah yang sewajarnya.
“Perkara ini sangat kritikal kerana hanya dengan mempunyai Kabinet yang bersatu hati, kerajaan boleh bergerak secara bersama dengan pendukungnya. Hanya dengan yang demikian, kerajaan boleh memfokuskan kepada urusan tadbir urus dan pemerintahan.
“Kedua, selama ini kita sememangnya mengamalkan perwakilan yang setara dengan saiz yang diwakili dan ia adalah sistem yang berjaya malah, Pakatan Harapan (PH) sendiri mengamalkan pendekatan yang sama semasa menjadi kerajaan,” katanya.
Katanya, maka, adalah lebih penting dalam keadaan semasa yang menyaksikan kerajaan sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sukar.
“Dengan cabaran pandemik Covid-19, kejatuhan pasaran saham dan ketidaktentuan ekonomi, kita tidak mempunyai ruang dan masa untuk berlengah dan melakukan kesilapan.
“Kabinet adalah institusi yang memandu dan mengukuhkan bangsa, saat ia berhadapan dengan waktu yang sukar. Sebuah Kabinet yang kuat, terbukti dan inklusif adalah kritikal bagi memastikan kejayaan Perikatan Nasional (PN). Sekiranya pengalaman politik ini diketepikan, ia akan memberi kerapuhan yang boleh membawa kepada kegagalan,” katanya.
Beliau berkata, tanpa sebuah Kabinet yang kuat, Malaysia akan terus menerus menyaksikan polemik politik yang tidak berkesudahan sekali gus tidak memungkinkan kerajaan untuk memberi perhatian kepada pembangunan dan daya saing bangsa. – Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/03/komposisi-kabinet-tak-adil-blok-bersatu-azmin-dapat-manfaat-besar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blok Umno Diketepi Secara Tidak Adil Dalam Kabinet Muhyiddin Kata Tok Mat

Blok Umno Diketepi Secara Tidak Adil Dalam Kabinet Muhyiddin Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 462 hits
March 13 2020 11 39 PMTimbalan Presiden Umno Mohamad Hasan PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mendakwa ahli Parlimen parti itu sebagai blok terbesar yang membentuk kerajaan baru diketepikan secara tidak adil dalam Kabinet Mu...
Azmin Kontroversi Tak Wajar Sertai Kabinet Puad

Azmin Kontroversi Tak Wajar Sertai Kabinet Puad

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 343 hits
Tokoh yang paling berjasa menumbangkan kerajaan Pakatan Haarpan Azmin Ali digesa agar tidak menyertai kabinet Muhyiddin Yassin Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata bekas Timbalan Presiden PKR itu wajar mengikuti jejak Ahmad...
Kalau Pm Cuti Sakit Azmin Jadi Pengerusi Mesyuarat Kabinet Sebab Tiada Tpm Kabinet Paling Lawak Dalam Dunia

Kalau Pm Cuti Sakit Azmin Jadi Pengerusi Mesyuarat Kabinet Sebab Tiada Tpm Kabinet Paling Lawak Dalam Dunia

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 748 hits
Ini berita yang saya baca Kata Muhyidin Bila saya tak ada Azmin pengerusi Kabinet Mungkin beliau sedar beliau akan selalu MC sbb sakit Dalam kerajaan PH dulu pun kerap dia cuti sakit Ini masalahnya dah tau selalu sakit masih juga nak jadi p...
Jiwa Besar Atau Tidak 3 Top Post Bersatu

Jiwa Besar Atau Tidak 3 Top Post Bersatu

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 532 hits
Boleh atau tidak Tun Muhyiddin dan Mukhriz selaku Pengerusi Presiden dan Timbalan Presiden duduk semeja muafakat dan memperkasakan semula BERSATU MUHYIDDIN TELAH MELAKUKAN PERANANNYA dengan tidak pun meletakan seorang pun x factor umno ke d...
Pelantikan Kabinet Tidak Adil Untuk Umno Tidak Setimpal Dengan Jumlah Ahli Parlimen Umno Mohamad Hasan

Pelantikan Kabinet Tidak Adil Untuk Umno Tidak Setimpal Dengan Jumlah Ahli Parlimen Umno Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 463 hits
Rumah sudah siap pahat masih berbunyi itulah peribahasa yang sesuai digambarkan pada Perikatan Nasional di mana ada beberapa pemimpin dari UMNO mula menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pembentukan Kabinet baharu dilantik oleh Perdana Me...
Tim Azmin Ali Hebat Terus Masuk Barisan Kabinet

Tim Azmin Ali Hebat Terus Masuk Barisan Kabinet

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 484 hits
Umumnya rakyat Malaysia patut ulang tonton dan dengar perutusan khas pertama Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin Rasanya tidak perlu penulis jalanan seperti saya tulis satu persatu apa yang diucapkan Muhyiddin kerana masih boleh didap...
Azmin And Hilman Joins Bersatu Umno On Opposition Bench In Selangor

Azmin And Hilman Joins Bersatu Umno On Opposition Bench In Selangor

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 287 hits
Bukit Antarabangsa assemblyperson Azmin Ali and Gombak Setia assemblyperson Hilman Idham were today moved to the opposition bench during the opening of the Selangor state assembly sitting for this year They join other Bersatu assemblyperson...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya