Komplot Guling Kpn Apa Pula Selepas Ini




Dalam sejarah kepolisian negara, setakat yang saya ingat, inilah kali pertama tersiar cerita wujud komplot (konspirasi) oleh kumpulan tertentu (dipanggil ‘kartel’) mahu mengguling Ketua Polis Negara (KPN).
Media baru-baru ini memetik Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai berkata, ada satu cubaan menjatuhkan imejnya sebagai KPN, seterusnya menguasai kepimpinan tertinggi pasukan keselamatan itu. Beliau mendedahkan perkara ini kepada umum supaya ‘penyakit’ sebegini tidak menjadi ‘barah’ berbahaya yang boleh memusnahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Perkara ini saya sudah tahu tahun lepas. Saya check (semak) dan pegawai lain juga tahu kewujudannya,” tambahnya lagi.
Komplot tersebut turut melibatkan beberapa ‘individu yang mempunyai rekod tidak baik.’

Pendedahan kegiatan kartel oleh Abdul Hamid ini menyusuli pendedahan sebelum ini (oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya) tentang gaya hidup mewah segelintir pegawai PDRM yang tidak setara dengan jawatan ataupun gaji mereka. Cara hidup mewah itu kemudian dikongsikan melalui laman media sosial masing-masing sehingga menimbulkan tanda tanya tentang sumber kekayaan mereka.
Pastinya pendedahan terbaharu oleh KPN ini dan pendedahan terdahulu oleh Zamri tidak disenangi oleh ahli kartel berkenaan, sebagaimana juga mereka tidak senang dengan pendiriannya menyifatkan perbuatan pegawai polis Pulau Pinang ‘melepaskan suspek Macau Scam’ sebagai ‘menjijikkan dan tidak bertanggungjawab.’
Pada 1 Mac lalu, Abdul Hamid memberitahu wartawan, 31 pegawai PDRM yang dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian ‘bakal berdepan hukuman berat tidak lama lagi.’
Abdul Hamid juga mendedahkan terdapat lima sindiket dadah didalangi VVIP (tetamu kehormat utama) bergelar Datuk dan Tan Sri, yang mana butiran atau data peribadi mereka diketahui oleh PDRM. Buat masa ini, PDRM masih lagi mengumpulkan bukti yang boleh mengaitkan VVIP ini dengan kegiatan sindiket tersebut.
Pada 12 Mac lalu, Abdul Hamid ‘memberi amaran’ kepada semua ketua polis negeri agar memastikan setiap pegawai dan anggota PDRM yang ditugaskan dalam operasi sekatan jalan raya (SJR) untuk melakukan pemeriksaan dengan lebih serius.
PARLIMEN


Beliau menjelaskan, berdasarkan pemerhatiannya, ada anggota PDRM di lapangan duduk di khemah rehat dalam SJR dan membiarkan kenderaan lalu begitu sahaja dengan melambai tangan tanpa mengambil serius keadaan semasa.
“Bukit Aman akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ketua polis negeri yang didapati gagal mengawal pegawai dan anggota di SJR apabila tidak melakukan pemeriksaan dan membiarkan setiap kenderaan bergerak begitu saja,” katanya.
Dalam temu bual dengan Tan Sri Johan Jaafar dalam program Bersama Ketua Polis Negara anjuran sebuah akhbar sedikit masa lalu, Abdul Hamid mengakui kegagalannya membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low ke negara ini disebabkan tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada negara tempat dia bersembunyi.
Baru-baru ini, sewaktu menolak spekulasi negatif tentang rombakan pegawai kanan PDRM secara besar-besaran, Abdul Hamid menegaskan, pertukaran yang berlaku bukan kerana ada kes-kes tertentu sebaliknya untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai baharu menggantikan tempat mereka.
Kembali mengenai isu kartel dalam PDRM, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu wartawan, beliau belum lagi dimaklumkan perkara ini oleh KPN. “Jadi, semalam saya sudah pun menghubungi KPN dan meminta beliau menyediakan laporan,” katanya dalam sidang akhbar pada 19 Mac lalu di Ipoh, Perak.
Menurut Hamzah lagi, KPN perlu melaporkan isu kartel itu kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), di mana dia (Hamzah) menjadi pengerusinya. “Ini adalah kali pertama saya dengar isu kartel dalam PDRM,” tambahnya.
RCI


Pada 18 Mac lalu, bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan menggesa Abdul Hamid mendedahkan identiti ahli kartel itu supaya tindakan susulan boleh diambil terhadap mereka mengikut lunas undang-undang.
Bagi Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, isu kartel dalam PDRM hendaklah segera ditangani dan diselesaikan. Beliau mencadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja Parlimen ditubuhkan dan ini bermakna Parlimen perlu bersidang dalam masa terdekat.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago juga menggesa perkara ini disiasat segera. “Kalau kartel ini sudah berani nak gulingkan KPN, ini bermakna mereka ini kuat, punyai kuasa. Apakah ini perbuatan orang politik atau mastermind in the underworld? soalnya.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa isu kartel dalam PDRM ditangani segera. Mereka mahu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menjalankan siasatan, selain menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai satu langkah penyelesaian jangka panjang.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pula menggesa satu tindakan pengauditan PDRM dilakukan segera. “Kita perlu lakukan satu pembersihan sistem,” ujarnya.
Abdul Hamid dilantik sebagai KPN pada 4 Mei 2019 untuk berkhidmat selama dua tahun hingga 3 Mei ini. Beliau mengambil tempat Tan Sri Mohamad Fuzi Haron. Sebelum itu, jawatan KPN dipegang oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar, Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Musa Hassan (ketiga-tiga mereka graduan undang-undang).
Sewaktu Abdul Hamid dilantik sebagai KPN, Mohamad Fuzi dipetik sebagai berkata: “He (Abdul Hamid) is the right man for the job.”
Selepas dilantik, Abdul Hamid memberitahu wartawan, “kita mesti akui 1,000 pegawai polis yang tidak baik (bad cops) tidak mewakili 100,000 pegawai polis yang baik di luar sana (good cops out there).”
Beliau berjanji di bawah pentadbirannya, hanya pegawai polis yang baik akan diambil kira (“Under my watch, only the good ones will be counted”).
Selamat bersara Tan Sri, tak lama lagi.

Ditulis oleh: Datuk Salleh Buang, bekas Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan juga bekas Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia.
Asalnya disiarkan di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/03/komplot-guling-kpn-apa-pula-selepas-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sam4n Sebab Pakai Kaca Mata Hitam Ini Kenyataan Pihak P0lis Selepas Satu Audio Tular

Sam4n Sebab Pakai Kaca Mata Hitam Ini Kenyataan Pihak P0lis Selepas Satu Audio Tular

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 569 hits
Kuala Lumpur Jabatan Si4satan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman men4fikan p0lis mengeluarkan sam4n kepada individu yang memakai cermin mata hitam ketika memandu Timbalan Pengarahnya Datuk Mohd Nadzri Hussain menegaskan tiada peruntukan v...
Kj Baru Je Ambil Vksin Sinovac Dari China Tetapi Apa Yg Berlaku Kepadanya Selepas Itu Mngejutkan Ramai

Kj Baru Je Ambil Vksin Sinovac Dari China Tetapi Apa Yg Berlaku Kepadanya Selepas Itu Mngejutkan Ramai

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 278 hits
Baru baru ini Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ membuat kenyataan beliau tidak akan mengambil vksin jenis Pfizer BioNTech yang pertama kali digunakan negara Menteri Penyelaras Program Imunisasi COV1D 19 Kebangsaan itu berkata...
Hampir Beranak Nad Zainal Dibawa Naik Ambvlans Selepas Pelancaran Produk

Hampir Beranak Nad Zainal Dibawa Naik Ambvlans Selepas Pelancaran Produk

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 291 hits
PELAKON Nad Zainal terp4ksa menerima raw4tan kecem4san dan dibawa pulang menaiki ambvlans selepas selesai majlis pelancaran sebuah produk di Kuala Lumpur pada malam Sabtu Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin yang sedang hamil lap...
Awani Ringkas Lee Zii Jia Juara All England Parlimen Bersidang Selepas Darurat Tamat

Awani Ringkas Lee Zii Jia Juara All England Parlimen Bersidang Selepas Darurat Tamat

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 440 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Selepas Mr Queen Yoo Youngjae B A P Sah Bintangi Drama Police Academy

Selepas Mr Queen Yoo Youngjae B A P Sah Bintangi Drama Police Academy

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 213 hits
Selepas membawa wawatak yang comel dalam Mr Queen baru baru ini Yoo Young jae disahkan akan berlakon dalam sebuah drama baru tak lama lagi Menurut agensi lelaki itu dia akan berlakon sebagai pelajar dalam drama Police Academy di saluran KBS...
Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya

Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 208 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bentong Wong Tack menggesa Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin supaya membatalkan lesen operasi Lynas Corp di negara ini selepas gagal menentukan lokasi loji pelupusan sisanya selewat lewatnya pa...
Notis Dah Ada Tapi 10 Pengunjung Cedera Selepas Naik Jambatan Gantung Yang Masih Dalam Penyelenggaraan Terputus

Notis Dah Ada Tapi 10 Pengunjung Cedera Selepas Naik Jambatan Gantung Yang Masih Dalam Penyelenggaraan Terputus

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 553 hits
The ReporterKira kira 10 pengunjung yang sedang menaiki jambatan gantung di Lata Keding Bukit Kudung Ayer Lanas di Jeli kira kira 85 kilometer dari sini dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan selepas kabel jambatan gantung itu t...
Video Hanya Dapat Tahu Ayah Sudah Meninggal Selepas Habis Spm

Video Hanya Dapat Tahu Ayah Sudah Meninggal Selepas Habis Spm

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 383 hits
339 total views 339 views today Tular di media sosial sebuah video memaparkan kesedihan seorang pelajar mendapat berita kematian ayahnya selepas tamat sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Menerusi perkongsian video di laman Facebook ...
Bakal Berkahwin Dengan Pilihan Hati Adik Neelofa Raih Perhatian Warganet Selepas Muat Naik Kapsyen Ini

Bakal Berkahwin Dengan Pilihan Hati Adik Neelofa Raih Perhatian Warganet Selepas Muat Naik Kapsyen Ini

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 616 hits
Siapa je kan tak kenal Neelofa Seorang pengacara pelakon dan juga usahawan yang berjaya Sebut je nama Neelofa sudah tentu ramai yang tahu Bahkan keluarga Neelofa sering menjadi perhatian orang ramai setiap kali ada sahaja isu yang melibatka...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord