Kompleks Pentadbiran Mbsp Kini Dinamakan Menara Bandaraya




SEBERANG JAYA – Yang di-Pertua Negeri (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas diiringi isteri, Toh Puan Majimor Shariff sendiri menyempurnakan acara penamaan Menara Bandaraya bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini pada lewat petang tadi.

Ketika berucap, Datuk Bandar MBSP, Dato’ Sr. Rozali Mohamud berkata pentadbirannya telah menyediakan Hala Tuju Strategik Seberang Perai yang mampan dan lestari untuk jangka pendek, sederhana dan panjang.

Justeru, katanya lagi, perubahan yang sedang diusahakan untuk rakyat teramai di Seberang Perai bukan sekadar penamaan kompleks pentadbiran ataupun sempena pemasyhuran pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sebagai ‘bandar raya’.

“Kita (MBSP) ada kontrak sosial…kontrak sosial ini menandakan bermulanya era ‘Contemporary Society’ yang berpegang pada falsafah Seberang Perai Bandaraya Rendah Karbon dan Bandar Pintar Berpaksikan Rakyat,” jelasnya.

Rozali kemudiannya menyerahkan dokumen bertulis Hala Tuju Strategik Seberang Perai kepada Abdul Rahman, sejurus TYT menyempurnakan acara menandatangani plak pemasyhuran Menara Bandaraya atau City Tower.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; barisan Exco Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus antara tetamu kenamaan paling utama yang menyertai acara bersejarah tersebut.

Berdasarkan Hala Tuju Strategik Seberang Perai, Rozali memberitahu MBSP menyasarkan untuk mengurangkan 50 peratus pelepasan karbon menjelang tahun 2022 iaitu pengurangan penghasilan karbon daripada 8.0 tan CO2e per kapita kepada 4.0 tan C02e per kapita.

“Selain itu, sasaran menjadi ‘carbon natural city’ pada tahun 2030, iaitu 10 tahun dari Januari 2020 dan menjadi ‘zero carbon city’ pada tahun 2050.

“MPSP juga komited untuk bersama-sama bandar raya lain di dunia untuk menangani perubahan cuaca supaya dapat mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah celcius,” jelasnya lagi.

Difahamkan, penamaan Menara Bandaraya MBSP dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat pada 12 September 2019.

Menara berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Jalan Perda Utama berdiri gagah di atas tanah berkeluasan 10 ekar.

Tanah bangunan pentadbiran PBT itu dibeli daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan harga RM13,503,600 pada 5 November 2001.

Projek pembinaan Menara Bandaraya bermula pada 15 November 2002 dan siap pada 31 Disember 2005, dengan kos RM53 juta.

Mula beroperasi pada 2006, Menara Bandaraya terdiri daripada 16 tingkat, ketinggian 90.527 meter (m) dan keluasan keseluruhan 290,000 kaki persegi (kp).

Sebelum terbinanya Menara Bandaraya, operasi perkhidmatan PBT berkenaan di Jalan Dato’ Ahmad Said dan juga di Wisma UMNO Butterworth.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar: AHMAD ADIL MUHAMAD

Sumber : Buletin Mutiara

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/09/kompleks-pentadbiran-mbsp-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aplikasi Shazam Untuk Ios Kini Menyokong Mod Gelap

Aplikasi Shazam Untuk Ios Kini Menyokong Mod Gelap

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 359 hits
Shazam adalah aplikasi pengecaman muzik yang dimiliki oleh Apple Terkini aplikasi ini telah dikemaskini dengan sokongan mod gelap sebelum iOS 13 stabil hadir secara rasmi Ini bermakna pengguna yang menjalankan iOS 13 versi percubaan boleh m...
Kini Giliran Barbie Kumalasari Crop Foto Ruben Onsu Di Instagram Dendam

Kini Giliran Barbie Kumalasari Crop Foto Ruben Onsu Di Instagram Dendam

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 222 hits
Belum lama ini Ruben Onsu menjadi sorotan lantaran memotong gambar Barbie Kumalasari dalam salah satu foto yang diunggahnya di instagram Nah kini Barbie pun melakukan hal yang sama Apakah Barbie dendam kepada Ruben
Aplikasi Otocare Tambah Fitur Garda Mall Kini Bisa Jual Beli Mobil

Aplikasi Otocare Tambah Fitur Garda Mall Kini Bisa Jual Beli Mobil

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 243 hits
Asuransi Astra merilis fitur terbaru dalam layanan aplikasi Garda Mobile Otocare Garda Mall Dengan kehadiran Garda Mall di aplikasi yang diperkenalkan sejak 2015 maka aplikasi ini mampu memenuhi semua kebutuhan pemilik kendaraan mulai dari ...
Pasar Payang 2 Kini Semakin Viral

Pasar Payang 2 Kini Semakin Viral

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 412 hits
Ustaz Ahmad Shah Muhamed mengadakan lawatan ke Pasar Besar Kedai Payang 2Foto Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU Pasar Payang 2 yang baharu beroperasi sebulan kini semakin tular atau viral dan menjadi tumpuan kepada para pengunjung dalam dan ...
Ios 13 Stabil Kini Boleh Dimuat Turun

Ios 13 Stabil Kini Boleh Dimuat Turun

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 284 hits
iOS 13 adalah sistem operasi baharu dari Apple untuk iPhone Manakala untuk iPad pula adalah iPadOS 13 Ia hadir dengan banyak perkara baharu seperti mod malam pada sistem aplikasi dua kali ganda lebih lancar aplikasi Photos dengan sokongan p...
Membanggakan Yuna Kini Bernaung Di Bawah Agensi Model Terkenal Dunia Wilhelmina

Membanggakan Yuna Kini Bernaung Di Bawah Agensi Model Terkenal Dunia Wilhelmina

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 323 hits
Gambar instagram com yuna Selepas berjaya melakar beberapa kejayaan di peringkat global penyanyi Yunalis Zarai atau lebih mesra disapa Yuna kini terus melebarkan empayarnya bernaung di bawah agensi permodelan terkemuka dunia Wilhelmina Mode...
Unifi Air Kini Dibuka Pendaftaran Rm79 Sebulan Untuk Internet Jalur Lebar Nirwayar Tanpa Had

Unifi Air Kini Dibuka Pendaftaran Rm79 Sebulan Untuk Internet Jalur Lebar Nirwayar Tanpa Had

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 473 hits
Telekom Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penawaran Unifi Air iaitu perkhidmatan internet jalur lebar nirwayar yang ditujukan kepada kawasan kawasan tanpa capaian Unifi terlebih dahulu Ketika pengenalannya ia lebih ditujukan kepada pen...
Anak Musa Aman Kini Sah Wakil Rakyat Bersatu

Anak Musa Aman Kini Sah Wakil Rakyat Bersatu

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 276 hits
Anak Tan Sri Musa Aman hari ini menerima kad keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia daripada pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad Yamani Hafez Musa yang juga ahli parlimen Sipitang menerima kad keahlian dalam satu majlis tertutup di antara...
Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh