Komen Masuk Kotak Spam
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua baik-baik belaka dan di dalam lindungan daripada Allah. Naim rasakan ramai ambil peluang rentas negeri untuk pulang kampung halaman. Naim doakan semua selamat sampai ke dentinasi di tuju. Sahabat-sahabat pernah tak anda perasaan tiap kali anda post entri dan rakan komen ia masuk kotak spam?
Naim ada perasaan baru-baru ini ramai rakan-rakan blogger mengalami pelbagai masalah ada loading blog sendiri slow sama ada view dari dekstop atau view dari mobile. Masalah komen juga di bangkitkan oleh blogger Bola Katok menerusi artikel beliau KOMEN TAK MUNCUL DI RUANGAN KOMEN BLOGGER? JOM PUBLISH NOT-A-SPAM COMMENT! .
Dan Naim sendiri mengalami masalah yang sama, komen dari rakan-rakan blogger tak masuk Awaiting Moderation tetapi ia terus masuk Spam. Bukan sekali akan tetapi banyak kali. Walhal rakan-rakan blogger yang komen pada entri yang berkaitan dengan komen berdasarkan tajuk tersebut. Malah ia terus masuk ke kotak spam. Masalah ini bukan sahaja berlaku dalam tempoh masa singkat akan tetapi ada rakan blogger mengalami masalah ini dari tahun lepas lagi. Adakah server dari pihak Google sudah tidak mampu memproses system dari blogger sendiri.
Masalah loading blog ada rakan blogger mengalami masalah tersebut sehingga menukar template blog beliau. Macam-macam masalah dari pihak Google sendiri. Naim harap masalah sebegini dapat di selesaikan oleh pihak Google dan Blogger.com. Kiranya domain sendiri akan mengalami masalah loading agar lambat mungkin sebab dari server domain yang anda langgani atau langgan internet mungkin adalah masalah juga.Baru-baru ini tiga aplikasi harian kita tidak dapat di guna pun kita dah resah seperti Facebook, Instagram dan WhatApps adalah masalah rangkaian mereka.
Akhir sekali, apa pun masalah yang mendatang. Ia sekadar secebis kehidupan yang perlu di teruskan. Semoga masalah ini tidak menggangu mood anda semua untuk menulis di dalam blog kesayangan. Semoga mood Naim kembali cergas dan besempena bulan Maulid Nabi Muhammad, jom kita banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad, tanda cinta dan sayang kita kepada Nabi Muhammad. Insha Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://feedproxy.google.com/~r/KeArahMencariRedhanya/~3/U_ILLwO6CeM/komen-masuk-kotak-spam.html