Komandan Brimob Diberhentikan Tidak Dengan Hormat Terlibat Insiden Maut Ojek Online


JAKARTA – Sidang Komite Kod Etika Polis (KKEP) menjatuhkan hukuman pemberhentian tidak dengan hormat (PTDH) terhadap Komisaris Polisi (Kompol) Kosmas Kaju Gae selepas didapati bersalah melanggar etika berat dalam insiden maut yang meragut nyawa penghantar makanan, Affan Kurniawan pada 28 Ogos lalu.
Ketua Sidang, Komisioner Besar Heri Setiawan berkata keputusan itu dibuat selepas Kosmas, yang merupakan komandan pasukan Brimob di dalam kenderaan taktikal (rantis) ketika kejadian, dianggap sebagai pihak paling bertanggungjawab.
“Pemberhentian tidak dengan hormat sebagai anggota polis,” katanya ketika prosiding di Mabes Polri.
Tujuh Anggota Brimob Terlibat
Kosmas adalah salah seorang daripada tujuh anggota polis yang berada di dalam rantis berkenaan. Sebagai komandan, beliau dipertanggungjawabkan atas segala keputusan dan tindakan yang diambil ketika insiden itu berlaku.
Selain beliau, enam anggota lain turut dikenakan tindakan tatatertib termasuk pemandu rantis, Brigedier Kepala Rohmat, yang menjalani sidang etika pada 4 September.
Lima lagi anggota iaitu Brigedier Satu Danang, Brigedier Dua Mardin, Bharaka Kepala Jana Edi, Bharaka Kepala Yohanes David dan Ajun Inspektur Dua M Rohyani, disyaki melakukan pelanggaran etika kategori sederhana yang boleh dikenakan hukuman demosi atau pertukaran.
Ada Unsur Jenayah
Menurut Bahagian Profesi dan Pengamanan (Propam) Polri, siasatan turut menemui unsur jenayah dalam tindakan Kosmas dan Rohmat. Kes berkenaan sudah diserahkan kepada Bareskrim Polri untuk siasatan lanjut.
Gelombang Protes
Affan Kurniawan maut selepas dilanggar rantis Brimob ketika menghantar pesanan makanan di kawasan Pejompongan, Jakarta Pusat. Rakaman video yang tular menunjukkan mangsa terjatuh ketika cuba mengambil telefon bimbitnya sebelum dilanggar.
Insiden tragis itu mencetuskan gelombang protes besar-besaran terhadap institusi kepolisian di Indonesia.
Kes ini menjadi perhatian umum kerana kembali mencetuskan persoalan mengenai penggunaan kekerasan oleh pihak keselamatan serta tahap tanggungjawab komandan dalam operasi lapangan. Masyarakat kini menanti tindakan tegas Bareskrim dalam menyiasat unsur jenayah yang membabitkan anggota terbabit bagi memastikan keadilan untuk keluarga mangsa. – The Malaysian Update
The post Komandan Brimob Diberhentikan Tidak Dengan Hormat, Terlibat Insiden Maut Ojek Online appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/09/06/komandan-brimob-diberhentikan-tidak-dengan-hormat-terlibat-insiden-maut-ojek-online/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Tingkatan Empat Maut Seorang Parah Insiden Langgar Lari

Pelajar Tingkatan Empat Maut Seorang Parah Insiden Langgar Lari

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2005 hits
Pelajar Tingkatan Empat maut seorang parah insiden langgar lari Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam insiden langgar lari di Kilometer 1 2 Lebuhraya Baru Lembah Klang awal pagi semal...
Gilis Penunggang Ojek Tujuh Anggota Brimob Dikenakan Tahanan Khas

Gilis Penunggang Ojek Tujuh Anggota Brimob Dikenakan Tahanan Khas

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 815 hits
Gilis Penunggang Ojek Tujuh Anggota Brimob Dikenakan Tahanan Khas JAKARTA Tujuh anggota Brimob dari Polda Metro Jaya yang terlibat dalam insiden kematian penunggang ojek online Affan Kurniawan dikenakan penempatan khas selama 20 hari bagi m...
Guru Wanita Nyaris Maut Dicekik Dikelar Suami Sendiri Ibu Mangsa Jadi Penyelamat Dalam Insiden Subuh

Guru Wanita Nyaris Maut Dicekik Dikelar Suami Sendiri Ibu Mangsa Jadi Penyelamat Dalam Insiden Subuh

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 3108 hits
BALIK PULAU Seorang guru wanita berusia 28 tahun nyaris maut selepas suaminya sendiri cuba mengelar lehernya dalam kejadian di kediaman keluarga di Taman Tunas Muda Sungai Ara awal pagi tadi Dalam insiden sekitar sebelum Subuh itu suspek be...
Wanita Dan Bayi Perempuan Maut Lima Cedera Kemalangan Di Lebuhraya Timur Barat

Wanita Dan Bayi Perempuan Maut Lima Cedera Kemalangan Di Lebuhraya Timur Barat

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2730 hits
Wanita Dan Bayi Perempuan Maut Lima Cedera Kemalangan Di Lebuhraya Timur Barat KOTA BHARU 30 Ogos Seorang wanita dan bayi perempuan maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan Perodua Alza dengan lori di Lebuhraya Timur Barat...
Lelaki 46 Tahun Tahanan Kes Curi Motosikal Maut Dalam Lokap

Lelaki 46 Tahun Tahanan Kes Curi Motosikal Maut Dalam Lokap

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1850 hits
Ahmad Hasbiam hmetro com mySeremban Seorang lelaki yang berada dalam tahanan reman di lokap Balai Polis Seremban 2 di sini meninggal dunia jam 6 30 petang semalam Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata lelaki tempatan berus...
Demo Indonesia Pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Makassar Dibakar 3 Maut

Demo Indonesia Pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Makassar Dibakar 3 Maut

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 3419 hits
Demo Indonesia Pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Makassar Dibakar 3 Maut Demonstrasi di Indonesia semakin memuncak apabila tiga orang dilaporkan maut dan lima lagi cedera dipercayai akibat terperangkap dalam sebuah bilik ketika penunju...
Lelaki Maut Nahas Tiga Kenderaan Motosikal Hangus Dijilat Api

Lelaki Maut Nahas Tiga Kenderaan Motosikal Hangus Dijilat Api

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 2157 hits
Lelaki maut nahas tiga kenderaan motosikal hangus dijilat api Keadaan motosikal mangsa yang hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 140 8 Lebuhraya Utara Selatan dekat Perai di sini tengah hari tadi Foto Bomba Pulau Pinang BUKIT MERTA...
Dua Warga Asing Maut Lima Cedera Dalam Kebakaran Rumah

Dua Warga Asing Maut Lima Cedera Dalam Kebakaran Rumah

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2470 hits
Dua warga asing maut lima cedera dalam kebakaran rumah Rumah didiami tujuh penghuni itu musnah 80 peratus lima mangsa turut dilaporkan cedera Foto ihsan bomba PONTIAN Dua lelaki warga Thailand maut manakala lima mangsa lain cedera dalam keb...
Lelaki Maut Digilis Kenderaan Perisai Polis Ketika Demonstrasi Di Indonesia

Lelaki Maut Digilis Kenderaan Perisai Polis Ketika Demonstrasi Di Indonesia

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2643 hits
Lelaki Maut Digilis Kenderaan Perisai Polis Ketika Demonstrasi Di Indonesia Demonstrasi pekerja dan kesatuan pekerja di hadapan bangunan Dewan Rakyat di Indonesia bertukar tragedi apabila seorang dilaporkan maut lapor Tempo Penunjuk perasaa...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer

Ewon Benedick Remains Sabah Pakatan Chairman Despite Stepping Down From Federal Cabinet Position

Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Kewangan Rm2 000 Sanusi

Kes Video Tular Zus Coffee Tampil Beri Penjelasan

Cabinet Reshuffle More Than Likely With Ewon Out And Zafrul S Term Ending

Sales Or Marketing