Kolumnis Tuankah Melayu Jika Hanya Tinggal Nama Melayu


Oleh:Ridhuan Tee Abdullah


ISTILAH ketuanan Melayu heboh diperkatakan semula. Bermula dengan seorang makcik tua bekas menteri bercakap, kemudian disambut oleh menteri muda yang suka tayang body.

Mereka mahukan kesaksamaan bagi memastikan Malaysia maju. Benarkah Malaysia tidak akan ke mana-mana jika ada yang mempertahankan kepentingan yang termaktub dalam Perlembagaan?

Atas tujuan apa ia dibangkitkan, saya kurang pasti. Cuma saya berasa pelik, bila Melayu mempertahankan hak Melayu, itu rasis. Namun, apabila kaum Cina atau India mempertahankan hak mereka, itu hak. Seolah-olah kita mahu menutup mata bahawa di negara lain tidak mempertahankan kepentingan bangsa masing-masing?

Sedar atau tidak, bahawa setiap negara yang ada di dunia ini, masih wujud ketuanan bangsa, cuma tidak diterjemahkan dalam bentuk nama iaitu ketuanan?

Apakah Cina tidak ada ketuanan Cina di China. Ketuanan Siam di Thailand. Begitu juga India di negara India. Jika tidak, ada masakan nama Allahabad yang ada bunyi Islam ditukar nama Prayagraj.

Seluruh dunia senyap, apabila nama Allahabad ditukar nama Prayagraj oleh kerajaan India. Menurut sumber sejarah, sebelum ini Allahabad dikenali sebagai Prayag. Ada sumber lain mengatakan sebelum nama Prayag, adalah nama Khausambi.

Allahabad sebelum itu, dikenali sebagai Illahabas (1584) bermaksud ‘abode of God’, diberikan oleh Raja Akbar ketika Islam memerintah India melalui kerajaan Moghul. Selepas itu nama Illahabas menjadi Allahabad ketika Shah Jahan memerintah. Itu dalam konteks di India.

Di Malaysia, semua orang tahu bahawa apabila disebut ketuanan Melayu, ia BUKAN merujuk kepada Melayu itu tuan, manakala orang lain atau kaum lain itu hamba. Ketuanan Melayu hanya merujuk Melayu sebagai penduduk asal rantau nusantara ini.

Jika benarlah Melayu itu tuan yang sebenarnya tuan di bumi ini, sudah tentu Melayu sudah menjadi kaya raya, punyai bangunan pencakar langit dan tanah-tanah Melayu yang menjadi kepunyaan Melayu.

Realitinya, Melayu sudah tidak punya apa-apa lagi. Jika di kawasan Kuala Lumpur dan sekitar, majoriti Melayu tinggal di rumah flat, bertanahkan lantai simen. Melayu sudah tidak punya tanah di tanah tumpah lahirnya sendiri.

Semua tanah sudah menjadi milik bangsa lain.

Justeru, saya menjadi sangat musykil, apa ada pada nama-nama ketuanan Melayu jika sekiranya Melayu merempat di buminya sendiri.

Jika Melayu benar-benar menjadi tuan di tanah ini, sudah tentu bukan Melayu telah diasimilasikan menjadi Melayu seperti mana Siam mensiamkan orang Cina dan orang Indonesia mengindonesiakan orang Cina.

Tetapi di Malaysia, Cina terus dengan bentuk dan rupa ketuanan Cina. Begitu juga dengan India. Bukan itu sahaja, ketuanan mereka juga dijamin dengan mengekalkan sekolah-sekolah berasaskan bahasa ibunda masing-masing. Malah, logo sekolah mereka ada yang sepatah haram pun bahasa Melayu tidak ada.

Jika ketuanan Melayu mengakarkan sudah tentu sekolah vernakular ini akan dihapuskan seperti yang dilakukan oleh Thailand dan Indonesia. Tetapi ia tidak berlaku. Malah, sekolah berasaskan kaum ini semakin bertambah dan mengakar.

Secara tidak langsung, sudah wujud ketuanan Cina dan India sejak bermulanya penghijrahan, sebab tidak berlaku asimilasi seperti mana yang dapat dilihat di Thailand dan Indonesia.

Jika diteliti secara mendalam, hari ini, Melayu langsung tidak menjadi tuan. Tuankah mereka jika semua gedung dan pasar raya dipunyai oleh bukan Melayu?

Tuankah Melayu jika tanah-tanah komersial dipunyai orang lain? Tuankah Melayu jika bahasa Melayu sendiri tidak diutamakan, malah bahasa asing yang mengakar?

Tuankah Melayu, jika jawatan menteri pembuat dasar seperti undang-undang, ketua hakim, peguam negara disandang bukan Melayu?

Tuankah Melayu jika Melayu hanya menjadi pekerja bukan taukeh? Tuankah Melayu jika Melayu merempat di bumi sendiri?

Tuankah Melayu apabila kita lihat dahulu nama-nama jalan semuanya ada tulisan jawi, hari ini nama-nama jalan hanya bertulis rumi, ada yang bertulis Cina.

Tuankah Melayu, jika masjid surau hanya ada sekitar 30,000, sedangkan rumah ibadat bukan Islam ada 500,000?

Sebenarnya, apa yang tidak sama rata dan apa tidak saksama?

Terbaharu, kerajaan hari ini sedang berusaha untuk meratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terutama Konvensyen Antarabangsa Menentang Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ini berkaitan secara langsung mengenai kedudukan hak istimewa Islam dan Melayu dalam Perlembagaan.

Jika ICERD ini dilaksanakan, maka Perkara 3 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan kedudukan istimewa diberikan kepada Islam dan Bumiputera akan dihapuskan, semua hak menjadi sama rata, sama rasa.

Dalam keadaan yang ada perlindungan, kita sudah tenat. Bagaimana jika tidak ada perlindungan langsung.

Hanya kerana Raja Melayu itu raja, Perdana Menteri itu Melayu, adakah cukup untuk mengatakan bahawa kita tidak perlu risau, takkan Melayu hilang di dunia.

Sesungguhnya Melayu akan hilang, jika agenda jahat ICERD ini dilaksanakan. Islam hilang daripada jati diri Melayu. Begitu juga dengan kedudukan ekonomi Melayu.

Adakah Islam begitu rapuh sehingga kita memerlukan perlindungan? Sebenarnya Islam tidak perlukan perlindungan Perlembagaan, jika kita kuat dan bersatu. Tetapi masalahnya kita lemah, kita berpecah. Orang lain mengambil kesempatan.

Jika tidak percaya, cuba kalau kita tukar nama Jalan Yap Ah Loy kepada nama Jalan Abdul Rahman. Atau nama Jalan Patto kepada nama Siti Kasim. Atau bandar Goh Tong Jaya kepada nama Razak Jaya. Ketika itu apa reaksi ultra kiasu?

Tuankah Melayu jika nama yang pelik-pelik terus mengakar menenggelamkan nama Melayu? Sama-sama kita fikir.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

sumber

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Blog Sensasi

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/10/kolumnis-tuankah-melayu-jika-hanya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lim Guan Eng Gagal Takbir Urus Kerajaan Pulau Pinang Hanya Tinggal Telur Dihujung Tanduk

Lim Guan Eng Gagal Takbir Urus Kerajaan Pulau Pinang Hanya Tinggal Telur Dihujung Tanduk

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 404 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Sering memanipulasikan isu isu negeri dan selalu menyalahkan kerajaan pusat Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dilihat gagal memberikan perancangan pembangunan yang b...
Melayu Tak Seberani Mereka Hati Garing Mereka Hanya Ketawa Sambil Kata Kitorang Ni Buat Dulu Baru Fikir 8475

Melayu Tak Seberani Mereka Hati Garing Mereka Hanya Ketawa Sambil Kata Kitorang Ni Buat Dulu Baru Fikir 8475

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 624 hits
Innalillahiwainnailaihirojiun 10 bentuk kekejaman Komunis ke atas etnik Melayu Champa Sejarah yang sukar dilupakan oleh umat Islam khususnya di alam Melayu Kekejaman rejim Komunis Khmer Rouge pimpinan Pol Pot di Kemboja di era 1970an menyak...
Saya Mohon Maaf Hanya Risau Keadaan Keluarga

Saya Mohon Maaf Hanya Risau Keadaan Keluarga

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 419 hits
MALAYSIAKINI Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kerana gagal mengawal perasaannya semasa diwawancara Al Jazeera bagi program 101 East pagi tadi Bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya risau dengan keadaan isterinya Datin Seri Rosmah...
Jangan Terkejut Gambar Gambar Pelik Hanya Di Malaysia

Jangan Terkejut Gambar Gambar Pelik Hanya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 687 hits
Sekiranya anda mempunyai gambar menarik di Malaysia sila emelkan kepada kami di HimpunanCerita gmail com
Kumpulan Elite Nafi Single Terbaru Hanya Test Market

Kumpulan Elite Nafi Single Terbaru Hanya Test Market

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 495 hits
Kumpulan Elite mengaku semakin dikenali dalam kelompok generasi muda selepas menyertai sebuah program realiti popular Meskipun tersingkir pada minggu ketiga minggu lalu Elite yang dianggotai Azza Linda Rafar dan Shasha Saidin tetap optimis ...
Bajet Pakatan Harapan 2018 Hanya Sekadar Janji Janji Manis Dari Azmin Sahaja Najibrazak

Bajet Pakatan Harapan 2018 Hanya Sekadar Janji Janji Manis Dari Azmin Sahaja Najibrazak

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 483 hits
Bajet yang dibuat oleh pihak pembangkang boleh dikatakan bajet yang tidak bertanggungjawab kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan merumuskan bahawa bajet puak Alternatif merupakan bajet yang tidak realistik s...
Bufet Aiskrim Terbaik Di Selangor Dan Kuala Lumpur Hanya Di Cedoqs Cafe By Eita Ice Cream

Bufet Aiskrim Terbaik Di Selangor Dan Kuala Lumpur Hanya Di Cedoqs Cafe By Eita Ice Cream

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 634 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha ni memang hantu kalau makan aiskrim tambah tambah aiskrim yang pelbagai perisa dan juga homemade ni Nak cari kafe aiskrim yang sediakan bufet ...
Menampilkan Hanya Ikon Pada Bookmark

Menampilkan Hanya Ikon Pada Bookmark

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 187 hits
Yo kita mulai kembali aktifitas baca dan tulis di blog kita mulai dengan cara menampilkan hanya ikon sebuah situs yang telah kita bookmark Sebelum melangkah lebih jauh saya mungkin akan menjelaskan apa itu bookmark bagi anda yang belum tahu...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari