Kolum Membincangkan Adakah Swmuanya Kegagalan Kerajaan


 
Fathi Aris Omar


Tulisan saya di Malaysiakini (belum diterbit) agak panjang, mungkin 24 atau 25 perenggan, dengan memetik buku Francis Fukuyama (2014) dan artikel Daren Acemoglu (Jun 2025). 







Apa yang terjadi pada 2014? Garisan putih berkembar di Jalan Raya Timur-Barat mulai pudar, mula lusuh dan hendak hilang. Fukuyama menulis buku Political Order and Political Decay.


Apa jadi pada Jun 2025? Nahas bas UPSI di satu selekoh di jalan ini sehingga mengorbankan 15 nyawa. Acemoglu menulis kegagalan orang politik dalam demokrasi. 


Petikan tulisan saya, "Isu Zara, nahas UPSI tanda lemahnya politik", yang boleh dikongsi seperti berikut:


Profesor sains politik tersohor ini menulis ketika garisan berkembar dan di kiri kanan Jalan Raya Timur Barat sedang memudar. Dalam tempoh sepuluh tahun hingga kemalangan ngeri yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Jun lalu, garisan tersebut tidak pernah dipeduli. Pengguna memandu dalam gelap tanpa panduan garisan di jalan yang sering berselekoh tajam dan tidak diselenggara dengan baik. 


Dalam tempoh itu, lima perdana menteri dan lima menteri kerja raya bertukar ganti tetapi tiada sesiapa yang memberi perhatian. Jabatan Kerja Raya, penduduk berdekatan dan pengguna jalan Gerik-Jeli itu tidak membuat bising. Mujurlah kecelakaan pada awal pagi itu mengubah segala-galanya. Tiba-tiba lampu terang menyala, garisan putih muncul tidak semena-mena! 


Daripada menteri kabinet hinggalah kepada kakitangan jabatan berkenaan, lebuh raya sepenting itu tidak diberikan perhatian berat. Bukan salah pemimpin politik sahaja tetapi, seperti coret Acemoglu "perkhidmatan awam" dan Fukuyama "perkhidmatan awam asas yang berkualiti", seharusnya sedar bahawa semua ini kegagalan kita bersama. 


Demokrasi tidak boleh menyampaikan hasrat rakyat jika seluruh jentera ini tidak berfungsi seperti tergambar dalam siasatan kematian Zara Qairina Mahathir pada 17 Julai lalu. Anggota polis yang seharusnya berperanan gagal mematuhi tatacara opetasi piawai (SOP) untuk membolehkan bedah siasat dijalankan. Belum lagi kita ambil kira kegagalan guru menyiasat aduan pelajar 13 tahun itu. 


Namun, seperti lazim, kita lebih suka menyalahkan pemimpin politik dahulu ketika pembangkang mengambil kesempatan melempar fitnah di Dewan Rakyat. Guru sendiri mereka-reka cerita konon remaja itu dimasukkan dalam mesin basuh untuk membuat "content" media sosial! Belum lagi tohmahan jahat yang macam-macam terhadap guru dan pelajar yang didakwa membuli. 


Semua ini menunjukkan politik atau demokrasi kita gagal di segenap peringkat: menteri, jabatan dan warga maya. Kita melampias naluri membuli di dalam diri masing-masing ketika menuntut keadilan mangsa buli. Dalam keghairahan menuntut keadilan itu, sebahagian kita seolah-olah mahu mengganyang pelajar mentah yang kini sudah diheret ke mahkamah. 


Apabila nama dan muka lima tertuduh tidak didedah dalam laporan media, warga maya menuduh cubaan menutup (cover up) tragedi itu. Mereka tidak sedar semua individu bawah umur dilindungi Akta Kanak-kanak. Malah, ada yang hairan kenapa peguam keluarga Zara Qairina tidak dilibatkan dalam pertuduhan 20 Ogos lalu! Apa lagi yang kita boleh simpulkan jika hal yang paling asasi tidak difahami warga demokrasi? 


(Untuk baca tulisan lengkap, dengan petikan menarik idea dua pakar ini dan perbincangan isu nahas bas UPSI, tunggu kolum itu disiar)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/08/kolum-membincangkan-adakah-swmuanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Tawar Ganjaran Kepada Pihak Berjaya Tangkap Ikan Patin Muncung Bagi Tujuan Pembiakan

Kerajaan Pahang Tawar Ganjaran Kepada Pihak Berjaya Tangkap Ikan Patin Muncung Bagi Tujuan Pembiakan

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 581 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pahang menawarkan ganjaran kepada mana mana pihak yang berjaya mendapatkan ikan patin muncung hidup bagi tujuan pembiakan semula Exco Pertanian Industri Asas Tani Bioteknologi dan Pen...
Pencapaian Positif 14 Akta Baharu 97 Pindaan Diluluskan Bawah Pentadbiran Kerajaan Madani

Pencapaian Positif 14 Akta Baharu 97 Pindaan Diluluskan Bawah Pentadbiran Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 319 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 14 akta baharu digubal 97 pindaan akta dan 13 rang undang undang dilaksanakan sepanjang kerajaan MADANI mentadbir negara Menurut laporan Buletin TV3 beliau berkata pelaksanaan pe...
Mufti Perlis Cadangkan Kerajaan Bina Gelanggang Tinju Di Parlimen

Mufti Perlis Cadangkan Kerajaan Bina Gelanggang Tinju Di Parlimen

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 265 hits
Rakyat nak dengar hujah bukan lihat aksi tinju Mufti Perlis nbsp AMIR HAIKAL KAMARUDINPETALING JAYA Rakyat memilih wakil mereka untuk berbahas dengan bijaksana di Parlimen bukannya bertukar menjadi petinju di gelanggang politik tegas Mufti ...
Umno Hantar Nota Bantahan Protes Kemasukan Ahli Ke Parti Kerajaan Perpaduan

Umno Hantar Nota Bantahan Protes Kemasukan Ahli Ke Parti Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 491 hits
UMNO Hantar Nota Bantahan Protes Kemasukan Ahli Ke Parti Kerajaan Perpaduan Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa mereka akan menyampaikan nota bantahan kepada semua kepimpinan parti parti gabungan dalam Kerajaan P...
Wanita Mengaku Tidak Bersalah Duduki Tanah Kerajaan Buka Kebun Durian Musang King Di Sungai Pertang Raub

Wanita Mengaku Tidak Bersalah Duduki Tanah Kerajaan Buka Kebun Durian Musang King Di Sungai Pertang Raub

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 615 hits
RAUB Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Raub pada Rabu atas pertuduhan menduduki tanah milik kerajaan negeri Pahang di Sungai Pertang Mukim Gali tanpa kebenaran dengan membuka kebun durian musang king dan membina pondok di kawasan te...
Mb Dakwa Alukan Kehadiran Penyokong Pas Ke Hogoh Jelai Kerajaan Pahang Sebenarnya Kian Tergugat

Mb Dakwa Alukan Kehadiran Penyokong Pas Ke Hogoh Jelai Kerajaan Pahang Sebenarnya Kian Tergugat

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 544 hits
KUANTAN Kenyataan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengalu alukan penyokong PAS meneruskan Siri Jelajah Perikatan Nasional ke Jelai didakwa hanya menyembunyikan kebimbangan Kerajaan Negeri Pahang Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ib...
Kerajaan Setuju Perluas Tujuh Kelayakan Masuk Skim Atm Pm Anwar

Kerajaan Setuju Perluas Tujuh Kelayakan Masuk Skim Atm Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 368 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke 20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 15 Ogos 2025 PUTRAJAYA 15 Ogos Kerajaan bersetuju memperluaskan tujuh kelayakan masuk pelbagai...
Building Digital Walls To Defend Sovereignty

Be Fair Over Closure Of Company Accounts Association Tells Banks

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups

Semakan Mysara 2026 Cara Semak Kelayakan

Keluarga Fatin Syazwani Dibebaskan Netizen Sebak Lihat Ibu Bapa Bermalam Di Lokap

Sebanyak 24 592 Usahawan Dan Koperasi Di Pahang Menerima Pembiayaan Berbentuk Pinjaman Serta Geran Bernilai Rm425 Juta

Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Kepala Tak Pernah Berhenti Cerita Tentang Overthinking

Bikin Kalap Ini Lho Tempat Belanja Murah Di Taipei Di Kalangan Turis

Hukuman Fifa Bermotif Politik Langgar Peraturan Sendiri Tmj

Pondering Over Education

Mutiara Dalam Debuan Kabus Drama Menarik Penuh Plot Twist Dan Buat Darah Tinggi Naik Je Haha

1 Slot Pgslot Top 34 By Dominick Secufamilyhouse Org 29 Nov 26