Kerajaan Setuju Perluas Tujuh Kelayakan Masuk Skim Atm Pm Anwar


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Ogos 2025.
PUTRAJAYA, 15 Ogos – Kerajaan bersetuju memperluaskan tujuh kelayakan masuk pelbagai bagi skim perkhidmatan Askar-Lasykar Angkatan Tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Gred Z1 (Tugas Khusus) merangkumi antaranya Kor Perubatan, Kor Agama dan Kor Kejuruteraan, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 1 yang mendapati wujud isu kelayakan masuk dalam skim berkenaan.

“Kerajaan juga memutuskan untuk memperluas pemberian insentif berasaskan prestasi (BIPs) kepada anggota lain-lain pangkat ATM iaitu Sarjan Setaraf (Gred Z4) dan Staf Sarjan Setaraf (Gred Z5),” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-20 di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, tempoh perkhidmatan yang melayakkan penerimaan insentif itu bagi gred Z4 hingga Z7 turut dipendekkan daripada enam tahun kepada empat tahun, memberi manfaat kepada 3,789 anggota dengan implikasi kewangan sebanyak RM6.47 juta setahun, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Ini akan membuka peluang lebih baik kepada anggota lain-lain pangkat ATM yang selama ini terpaksa menunggu lama untuk layak menerima insentif berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar mengumumkan pemberian insentif kewangan sekali sepanjang perkhidmatan kepada pegawai awam kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana yang menamatkan pengajian lebih tinggi menggunakan perbelanjaan sendiri.

“Bagi ijazah kedoktoran insentifnya RM1,250, ijazah sarjana RM1,000, ijazah sarjana muda RM750 dan diploma atau kelayakan setara RM500.
“Peruntukan ini melibatkan RM75.7 juta dan akan memberi manfaat kepada 91,672 pegawai awam,” jelasnya.
Beliau berkata, langkah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang berusaha meningkatkan keupayaan diri walaupun terpaksa mengurangkan perbelanjaan keluarga demi melanjutkan pengajian.

Sementara itu, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menerima dana tambahan RM3 juta bagi mengukuhkan peranannya sebagai pusat rujukan kecemerlangan perkhidmatan awam di peringkat Asia dan global.
Kerajaan juga meneruskan pelaksanaan program Apel Q di INTAN bagi tahun 2026, yang menawarkan pembiayaan yuran pengajian sehingga 50 peratus atau maksimum RM15,000 bergantung jumlah terendah, berbanding sebelum ini hanya diumumkan untuk tahun tersebut.

Pada masa sama, Anwar turut mengumumkan pemansuhan syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi penjawat awam lantikan tetap yang mahu menunaikan ibadah haji.
“Ramai yang mengeluh, melalui Tabung Haji (TH), melalui Menteri Agama, apabila nak pergi haji, dia kena sahkan syarat khidmat.
“Syarat pengesahan dalam perkhidmatan itu akan dimansuhkan bagi kemudahan haji penjawat awam yang dilantik secara tetap,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/08/kerajaan-setuju-perluas-tujuh-kelayakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Umum Visa Masuk Berganda Untuk Pekerja Bangladesh

Pm Anwar Umum Visa Masuk Berganda Untuk Pekerja Bangladesh

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 129 hits
PM Anwar Umum Visa Masuk Berganda Untuk Pekerja Bangladesh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengenalan kemudahan Visa Masuk Berganda kepada pekerja warga Bangladesh sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam p...
Pm Anwar Meraikan Ketibaan Penasihat Kerajaan Bangladesh

Pm Anwar Meraikan Ketibaan Penasihat Kerajaan Bangladesh

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 112 hits
Pagi tadi saya meraikan ketibaan sahabat baik saya yang juga Ketua Penasihat Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh Profesor Dr Muhammad Yunus Chief Adviser GOB yang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam Dr Mu...
Kerajaan Madani Pastikan Suara Hak Peluang Orang Asal Terjamin Pm Anwar

Kerajaan Madani Pastikan Suara Hak Peluang Orang Asal Terjamin Pm Anwar

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 120 hits
Hari Orang Asal Sedunia yang diraikan hari ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar sesebuah negara khususnya Malaysia terletak pada kepelbagaian dan warisan yang kita pelihara bersama kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada...
Himpunan Turun Anwar Wakeup Call Buat Kerajaan

Himpunan Turun Anwar Wakeup Call Buat Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 171 hits
ULASAN LEWATSUDAH seminggu himpunan turunkan Anwar berlalu Berbagai ulasan dan tanggapan yang dibuat oleh kedua dua pihak pembangkang dan kerajaan Para penganalisa dan pemerhati politik bebas juga sudah mengulas ada positif dan ada negatif ...
Rampasan Kira Kira Rm5 Bilion Hasil Rasuah Bukti Kecekapan Kerajaan Madani Pm Anwar

Rampasan Kira Kira Rm5 Bilion Hasil Rasuah Bukti Kecekapan Kerajaan Madani Pm Anwar

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 89 hits
Rampasan Kira kira RM5 Bilion Hasil Rasuah Bukti Kecekapan Kerajaan Madani PM Anwar IPOH Kejayaan rampasan kira kira RM5 bilion hasil kegiatan rasuah dalam tempoh satu hingga dua tahun kebelakangan ini membuktikan kecekapan serta kesungguha...
Tak Timbul Isu Anwar Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Dewan Rakyat Pm Agc

Tak Timbul Isu Anwar Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Dewan Rakyat Pm Agc

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 99 hits
Tak Timbul Isu Anwar Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Dewan Rakyat PM AGC Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata tidak timbul sebarang isu kehilangan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Perdana...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Air Kumbahan Limpahi Hospital

Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi

Lirik Lagu Kita Iman Troye Harry Azrul

5 Jenis Suplemen Bahaya Untuk Pesakit Buah Pinggang Ramai Tak Sedar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Panjang 2026

Resepi Aiskrim Homemade Blend

Petua Hilangkan Mulut Berbau Dengan Bahan Semulajadi

The Parc Nilai Impian

Wanita Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk Ketika Berjogging Meninggal Dunia Selepas 7 Hari Kritikal Di Icu

Leisure Garden Sepang Mini Zoo Yang Menyeronokkan