Koleksi Video Kesan Pencemaran Kimia Di Pasir Gudang Yang Menyayat Hati


Beberapa video  kesan pencemaran kimia di Pasir Gudang telah  tular di media sosial.  Kesan tragik bahan kimia tersebut kepada pelajar sekolah sangat menyayat hati. Kami mengumpulkan pautan-pautan video tersebut di bawah untuk tatapan pembaca.
Pencemaran Bahan Kimia Sungai Kim Kim, Pasir Gudang
Tindakan Kerajaan Negeri Johor
– Menubuhkan Jawatankuasa Kerja dibawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang diketuai Menteri Besar Johor yang akan menjalankan kerja-kerja menyelaras tindakan oleh Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Bomba, PDRM dan Majlis Keselamatan Negeri.
– Melantik kontraktor (dilesenkan Jabatan Alam Sekitar) untuk membersihkan kawasan tercemar di Sg Kim Kim dan kerja-kerja pembersihan sudah dimulakan semalam.

Tindakan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)
– Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menahan 3 suspek yang terlibat dalam kejadian pencemaran Sg Kim Kim
– JAS telah pun menggerakka asetnya dari seluruh negara terutamanya alat pengesan gas dan 100 pegawainya dan lebih banyak aset kerajaan pusat akan tiba untuk membantu kerja-kerja pembersihan kawasan tercemar oleh kontraktor.
– JAS telah selesai menyiasat suspek dan sample dari kawasan tercemar.
– JAS telah menyiapkan kertas siasatan dan menyerahkannya kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Suspek disiasat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM500,000.)
– Menteri MESTECC telah berbincang dengan Peguam Negara untuk mengenakan pertuduhan lebih berat kepada dalang pencemaran.

Tindakan Pejabat Peguam Negara
– Menerima kertas siasatan dari JAS dan akan memulakan pendakwaan ke atas suspek esok.
– Peguam Negara bersetuju dengan saranan Menteri MESTECC untuk mengenakan pertuduhan lebih berat dan akan mempertimbangkan mendakwa suspek di bawah Kanun Keseksaan selain dari Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Video Bawah : Sultan Johor murka, ambil tindakan mereka terlibat kes pembuangan sisa kimia

Tindakan Kementerian Pendidikan
– Mengarahkan untuk menambah penutupan sekolah dari 13 kepada 34 sekolah di Pasir Gudang.
– Guru-guru di sekolah terbabit tidak perlu bertugas.
*Ketika ini Mesyuarat Khas Bilik Gerakan Bencana, Pencemaran Sungai Kim-kim, Pasir Gudang, Johor Bahru yang turut disertai pegawai daerah dan semua agensi yang terlibat di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang sedang berlangsung.
Menteri Besar Johor (6.05 petang 13 Mac 2019)
KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA (DARI MENTERI PENDIDIKAN)
ISU PENCEMARAN SISA KIMIA DI PASIR GUDANG – 34 SEKOLAH DIARAH TUTUP SERTA MERTA
Dr Maszlee melahirkan rasa sedih melihat murid, yang juga ahli keluarga Kementerian Pendidikan menerima bencana yang tidak boleh diterima.
Perbuatan sengaja mencemari Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor hingga menyebabkan empat sekolah ditutup mengundang kemarahan Kementerian Pendidikan.

1. Saya difahamkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang melibatkan YAB Menteri Besar Johor sedang bersidang sekarang bersama-sama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Bomba, PDRM dan Majlis Keselamatan Negeri.
2. Semalam saya telah turun ke Pasir Gudang dan meluangkan masa hampir separuh hari melawat mangsa di Hospital Sultan Ismail.
3. Saya juga ke Bilik Gerakan Bencana di Dewan Taman Pasir Putih. Di sana saya menyaksikan lebih 50 pelajar dihantar oleh ambulans tanpa henti dari sekolah berdekatan kerana sesak nafas dan mengalami simptom yang sama dengan mangsa sebelum ini.
4. Setelah melihat situasi yang semakin meruncing itu, saya telah mengarahkan semua sekolah dalam radius 3 kilometer ditutup serta-merta dan arahan ini melibatkan 11 sekolah secara keseluruhan.
5. Malangnya, hari ini saya dimaklumkan keadaan semakin kritikal. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini menimpa anak murid dan warga sekolah, saya telah mengarahkan sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta-merta pada hari ini juga. Para guru juga tidak perlu bertugas kerana keadaan masih bahaya.

6. Saya ingin menegaskan, sejak dari awal kes ini berlaku pada 7 Mac lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama erat dengan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk memastikan keselamatan murid, guru dan pekerja sekolah menjadi keutamaan.
7. KPM memandang serius isu ini memandangkan ia melibatkan risiko nyawa kepada murid, guru dan pekerja sekolah dan KPM menggesa penjenayah yang melakukan kesalahan berat ini dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
13 Mac 2019
(Video Bawah) Buang Sisa Kimia | Pemilik Kilang & Pekerja Ditahan
Pemilik kilang dan seorang pekerja ditahan bagi membantu siasatan kes pembuangan sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang di Johor Khamis lalu.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, 3 lelaki berusia 50-an itu ditahan dalam operasi khas semalam dan pagi tadi.

SENARAI TERKINI SEKOLAH YANG DIARAHKAN TUTUP PADA 13 MAC 2019
1. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR PUTIH
2. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR PUTIH
3. SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH
4. SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT
5. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT
6. SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 2
7. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 2
8. SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 3
9. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI
10. SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA AMSAI

11. SEKOLAH KEBANGSAAN PERIGI ACHEH
12. SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PASIR PUTIH*
13. SEKOLAH AGAMA TAMAN PASIR PUTIH*
14. SEKOLAH KEBANGSAAN SCIENTEX
15. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MAWAR
16. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NUSA DAMAI
17. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 1
18. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA
19. SEKOLAH SENI MALAYSIA
20. SEKOLAH MENENGAH SCIENTEX
21. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT DAHLIA
22. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR GUDANG 4
23. SEKOLAH KEBANGSAAN NUSA DAMAI
24. SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK
25. SEKOLAH KEBANGSAAN CAHAYA MASAI
26. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA
27. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 2
28. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 3
29. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2
30. SEKOLAH MENENGAH DATO’ PENGGAWA TIMUR

31. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 3
32. SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI
33. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PASIR GUDANG
34. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 4
*SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PASIR PUTIH dan SEKOLAH AGAMA TAMAN PASIR PUTIH merupakan sekolah di bawah Kerajaan Negeri Johor.

Sumber dari FB Dr Mazlee Malek dan Osman Sapian
The post Koleksi Video Kesan Pencemaran Kimia Di Pasir Gudang Yang Menyayat Hati. appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/koleksi-video-kesan-pencemaran-kimia-di-pasir-gudang-yang-menyayat-hati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pnbrk Td Membantu Mangsa Dalam Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang

Pnbrk Td Membantu Mangsa Dalam Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 810 hits
CBRNC Nuclear Biological Radiological Chemical Army Centre ataupunPNBRK TD Pusat Nuklear Biologi Radiologi Kimia Tentera Darat di bawah Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja yang berpangkalan di Markas 3 Divisyen Kem Terendak Melaka telah diatu...
Sungguh Pilu Ini 10 Kronologi Trajedi Pencemaran Sisa Buangan Bahan Kimia Pasir Gudang

Sungguh Pilu Ini 10 Kronologi Trajedi Pencemaran Sisa Buangan Bahan Kimia Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 477 hits
Berikut adalah kronologi kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menyebabkan sehingga kini 13 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim Khamis lalu 7 Mac Khamis Pihak pengurus...
Insiden Tembakan Secara Rambang Di New Zealand Dan Kisah Udara Tercemar Bahan Kimia Di Pasir Gudang

Insiden Tembakan Secara Rambang Di New Zealand Dan Kisah Udara Tercemar Bahan Kimia Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 409 hits
Insiden Tembakan Secara Rambang Di New Zealand Dan Kisah Udara Tercemar Bahan Kimia Di Pasir GudangSemalam dunia dikejutkan dengan satu insiden tembakan rambang oleh seorang pengganas ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat di Masj...
Tujuh Tong Sisa Bahan Kimia Dibuang Lagi Di Pasir Gudang Pelaku Masih Belum Taubat

Tujuh Tong Sisa Bahan Kimia Dibuang Lagi Di Pasir Gudang Pelaku Masih Belum Taubat

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 494 hits
Sudah lebih seminggu sejak insiden di Pasir Gudang Johor berlaku Berpuluh penduduk Pasir Gudang telah dilaporkan mengalami simptom keracunan kerana terdedah kepada gas metana dan benzene secara berlebihan Kesan daripada pembuangan bahan kim...
Sultan Johor Berang Difitnah Terlibat Kilang Kimia Cemarkan Pasir Gudang

Sultan Johor Berang Difitnah Terlibat Kilang Kimia Cemarkan Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 391 hits
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak gentar dan tunduk pada fitnah yang memburukkan institusi diraja Johor JOHOR BAHARU Sultan Johor murka berikutan wujud dakwaan baginda terlibat dalam perniagaan kilang yang mengakibatkan pencemaran di Pas...
Bilangan Mangsa Pencemaran Pasir Gudang Terus Meningkat Setiap Hari

Bilangan Mangsa Pencemaran Pasir Gudang Terus Meningkat Setiap Hari

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 327 hits
PASIR GUDANG Jumlah mangsa yang mendapatkan rawatan berikutan pencemaran udara akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim di sini meningkat lebih 742 orang sehingga jam 12 tengah hari tadi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sek...
Pencemaran Sungai Kim Kim Di Pasir Gudang

Pencemaran Sungai Kim Kim Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 705 hits
Pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang Umi pasti ramai dah tau tentang kes Pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim tu kan Umi buat entry ni bukan untuk meraih PV yang tinggi tetapi ingin meluahkan rasa kesal terhadap pelaku yang sewenan...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


1 31 2023

Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja