Koleksi Ucapan Inspirasi Bagi Yang Sedang Diuji


Koleksi Ucapan Inspirasi Bagi Yang Sedang Diuji. Koleksi Ucapan Penuh Inspirasi Buat Anda Yang Sedang Menghadapi Dugaan. Setiap ucapan yang lahir dengan ikhlas adalah umpama sebuah doa. Doa adalah satu ungkapan yang suci. Dilahirkan dari lubuk hati yang paling dalam. Doa adalah harapan. Doa adalah pengharapan. Bila kita mengucapkan kata-kata yang baik, ia merupakan doa. Allah pasti mengabulkannya samada cepat atau lambat je.

Bila sedang dilanda musibah, bila diuji dengan kebahagiaan melimpah.. bersyukur dan bersabarlah. Segala nikmat dan ujian juga juga merupakan pemberian daripada Allah. Bersyukurlah setiap daripadanya. Kerana Allah tidak menguji setiap hambaNya melainkan kerana Dia sayang dan kasihkan kita.


Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 👉👉(Al-Baqarah: 214)
Koleksi Ucapan Inspirasi Bagi Yang Sedang Menghadapi Dugaan
1. Hiduplah penuh sederhana. Tak siapa menduga takdir kita akan sebegini rupa. Allah menguji kerana Dia tahu kita mampu melaluinya. Terimalah ujian Allah dengan lapang dada.

2. Tak mengapa jika kita kehilangan orang yang kita sayangi hari ini. Dia mengambil apa yang kita sayang kerana nak menggantikan dengan yang lebih baik. Bertabahlah!

3. Kita merancang dengan cita-cita. Tapi Allah merancang dengan cintaNya. Jadi, usah bersedih ketika ujian datang menyapa. Itu tanda kita antara hamba yang DIA cinta dan kasih. Bersyukurlah!

4. Dan sungguh akan Kami berikan ujian atau cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. – (Q.S Al-Baqarah: 155)

5. Allah menguji setiap orang dengan ujian yang berbeza-beza, kerana setiap orang memiliki tingkat kesabaran, toleransi dan keimanan yang berbeza.


6. Ketika Allah menempatkanmu melalui sebuah ujian, berbahagialah dan bersyukurlah bahawa Allah telah memilih kamu untuk menjalani ujian tersebut. Itu adalah hukum alam, ketika seseorang menaruh emas ke dalam api, maka emas yang keluar menjadi lebih murni dari sebelumnya. Demikian juga, ketika Allah menempatkan seseorang melalui masa-masa sukar, mereka akan keluar dari ujian itu menjadi orang yang lebih baik dan lebih kuat. Insya Allah.

Baca juga:
Cara untuk redha dengan takdir Doa untuk bahagia  
7. Wanita yang ada kisah silam pun selalu diuji. Wanita yang ada kisah silam, tapi bertaubat dan berubah jadi lebih baik boleh jadi wanita solehah. Dan wanita yang permulaan baik, tutup aurat, tidak semestinya akan terjaga sampai akhirnya. Semua bermula dalam diri. Yang dipandang bukan kisah silam, atau kejahatan semalam. Tetapi siapa dia di masa sekarang. Yang ada kisah silam jangan dikeji, yang mulia di mata manusia, jangan selalu dipuji. Pengakhiran manusia di "mata" Allah tiada siapa tahu.

 8. Bila Allah sayangkan hambaNya, dia akan selalu beri hadiah. Hadiah pula dalam pelbagai bentuk. Adakala dalam bentuk ujian. Adakala dalam bentuk nikmat kebahagiaan. Walau dalam keadaan dan bentuk apa pun hadiah yang Allah beri, terima dengan sabar dan syukur. Tentu ada hikmah di sebalik semua itu.

9. Ujian adalah tarbiah dari Allah. Semakin dekat bahtera kita kepadaNya, semakin hebat taufan melanda.

Semoga anda semua yang sedang membaca tulisan ini, berikanlah kata-kata perangsang dan inspirasi buat sahabat, rakan, keluarga dan orang tersayang yang sedang menghadapi dugaan. Mereka yang sedang di duga.. mengalami emosi yang kurang stabil. Jadi, diharap dengan kata-kata inspirasi yang diberi mereka dapat melalui tempoh sukar ini dengan tabah dan sabar.

Tidak ada hidup yang selamanya indah aman dan tenang. Sesekali lautan kehidupan akan bergelora dilambung badai. Itulah lumrahnya. Setelah biduk berlalu, kiambang pasti bertaut kembali. Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2018/01/koleksi-ucapan-inspirasi-buat-anda-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mantan Ketua Partai Chongqing Sedang Diselidiki

Mantan Ketua Partai Chongqing Sedang Diselidiki

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 105 hits
Situr Togel Online terpercaya bisa langsung anda akses di Sun Zhengcai mantan ketua Partai Chongqing sedang diselidiki atas tuduhan suap kata jaksa penuntut negara Senin Kejaksaan Tertinggi Rakyat otoritas penuntutan tertinggi mengatakan Su...
Kenapa Dap Membisu Sekarang Adakah Mereka Sedang Bekerja

Kenapa Dap Membisu Sekarang Adakah Mereka Sedang Bekerja

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 109 hits
agendaily com09 01 2023Penganalisis politik dan pendakwah Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Tidak banyak isu yang dibangkitkan pemimpin DAP setelah sekali lagi berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama UMNO menerusi Pakatan Harapan...
Kenapa Tak Ada Sesiapa Nak Beli Syarikat Dan Bisnes Yang Sedang Anda Usahakan Sekarang

Kenapa Tak Ada Sesiapa Nak Beli Syarikat Dan Bisnes Yang Sedang Anda Usahakan Sekarang

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 303 hits
Bagi yang miliki syarikat dan berniaga sepenuh masa sekarang pernah tak tanya soalan berikut di bawah Jika anda buat keputusan nak jual syarikat dan bisnes yang sedang dijalankan sekarang agaknya ada sesiapa yang berminat untuk membelinya a...
Pergi Konsert Bersama G Dragon Didakwa Sedang Bercinta Dengan Cucu Pengerusi Syarikat Kini

Pergi Konsert Bersama G Dragon Didakwa Sedang Bercinta Dengan Cucu Pengerusi Syarikat Kini

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 119 hits
Tiada angin tiada ribut G Dragon BIGBANG sekali lagi terpalit gosip bercinta dengan seseorang ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini media China melaporkan bahawa G Dragon mempunyai hubungan romantik bersama cucu kepada pengerusi syarikat Shinsega...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep