Koleksi Terbaik Ikan Laga Di Malaysia
Koleksi terbaik ikan laga di Malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku sejenis yang tak ada hobi. Ini sungguh aku beritahu, aku memang tak ada hobi. Dan minat aku ni memang sentiasa berubah! Nak dijadikan cerita, kawan kawan sekeliling banyak cerita pasal Ikan Laga Di Malaysia. Mulanya aku ingat, ingat laga itu ikan laga la. Rupanya ada banyak jenis ikan laga ni rupanya.
Ikan Laga Di Malaysia.
Kalau ikutkan, ikan laga memang mudah nak jumpa dekat Malaysia ni. Ceruk kampung, dalam paya, dalam sungai, memang mudah nak cari. Dulu memang selalu tengok budak budak cari Ikan Laga Kampung ni. Nak tahu “port” ikan ni mudah je, nampak buih-buih putih (boleh search sarang ikan laga), confirm dekat situ memang ada ikan laga.
Tapi berbalik pada cerita jenis jenis Ikan lagani, ada banyak sebenarnya, contohnya macam senarai di bawah
Ikan Laga AvatarIkan Laga KoiIkan Laga SamuraiIkan Laga CandyIkan Laga HellboyIkan Laga Halfmoon
Dan macam macam jenis lagi yang ada. Cumanya mata aku lebih suka tengok Ikan Laga Halfmoon. Sebab apa aku minat jenis yang ini? Sebabnya dia kembang! Kemudian, lengok dia berenang tu mengasyikan! Memang itu salah satu keseronokan bila tengok ikan kan? Lebih lebih lagi jenis Halfmoon super red macam gambar dekat bawah ni:
Tapi untuk jenis jenis yang macam ini, bukan jenis Ikan Laga Liar Malaysia ya! Ini semua jenis bela dan kacuk rasanya. Dan serasa aku, kalau ikan laga Thailand atau Ikan laga Indonesia, mereka lebih banyak variasi lagi.
Harga Ikan Laga Malaysia
Baik, sekarang kita bercerita pasal harga ikan laga Malaysia. Murah atau mahal ikan laga ini? Jawapannya adalah ada murah dan ada yang mahal. Kena tengok pada kualiti ikan tersebut. Contoh, ada yang dijual semurah RM1. Dan baru baru ini, aku beli, seekor Cuma RM2.50 sahaja (waktu awal minat nak bela ikan laga). Korang search je Ikan Laga Murah Malaysia dekat facebook atau Instagram.
Kemudian, selepas aku masuk Kelab Ikan Laga Malaysia, baru aku tahu ada macam macam jenis ikan laga lagi. Dan dari situ, aku tahu ada macam macam harga. Ada yang RM30, ada RM50, sehingga paling mahal setakat hari ini yang aku jumpa, dijual dengan harga RM300 (rasanya ada yang lebih mahal lagi kut).
Apa pun, aku rasa, industri Ikan Laga Di Malaysiani semakin menunjukkan peningkatan. Selain murah,ianya juga senang untuk dijaga dan tak perlu ruang yang besar pun untuk bela. Atas sebab itu, semakin ramai peminat ikan laga di Malaysia ni.
Persatuan Ikan Laga Malaysia juga nampaknya kini banyak buat event. Jadi sedikit sebanyak, merancakkan lagi ekonomi mereka yang terlibat. Aku harapkan, minat aku ini bertahan lamalah hendaknya dan dapat simpan koleksi terbaik ikan laga di Malaysia. Aminn. Hehehe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2020/08/koleksi-terbaik-ikan-laga-di-malaysia.html