Tuan rumah memiliki sebuah bilik khas untuk menyimpan koleksi patung figura, dvd, komik dan lain-lain lagi. Dia selalu meninggalkan bilik tersebut terkunci. Namun apabila dia pulang ke rumah selepas upacara pengebumian selesai, dia terkejut apabila mendapati beberapa barang koleksinya berselerak di ruang tamu. Biliknya itu telah dipecah masuk oleh anak sepupunya dan dengan bebas bermain dengan barang-barang koleksinya
Sepupunya hanya tersenyum dan meminta maaf, serta menganggap seperti hanya perkara kecil. Apabila tuan rumah masuk ke dalam bilik tersebut, dia terjatuh melutut melihat kerosakan yang dilakukan oleh anak sepupunya terhadap barang-barang koleksi kesayangannya. Patung-patung figura yang telah rosak berselerak di atas lantai
Suami sepupunya masuk ke dalam bilik tersebut turut terkejut melihat barang-barang koleksi telah rosak dikerjakan oleh anaknya. Tuan rumah sangat marah dan kecewa dengan apa yang telah berlaku
Tetapi apabila si isteri mendengar anggaran ganti rugi yang perlu dibayar, dia marah dan menjerit, “Ia dilakukan oleh anak kecil, bagaimana kamu boleh meminta jumlah sedemikian,” si suami memarahinya kembali dengan berkata, “Bagaimana jika beg dan kasut kamu dirosakkan? Jika perkara yang sama berlaku maka kamu pasti akan meminta ganti rugi.”Tuan rumah itu meminta sedikit masa untuk mengira jumlah sebenar kerugian. Setelah membuat kira-kira, 38 patung figura rosak dan tidak dapat dibaiki, 41 figura edisi terhad, 9 set DVD, 33 keping CD, 45 buah buku, dan juga komputer semuanya telah rosak. Disebabkan sofanya boleh dibersihkan semula, jadi ia tidak termasuk dalam kos ganti rugi
Sepupunya sangat marah dan mengatakan bahawa tuan rumah tersebut menipu. Namun, setelah tuan rumah itu menunjuk satu demi satu harga barang-barang koleksinya yang telah rosak berdasarkan harga di laman web Amazon, sepupunya itu terdiam|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |