Koleksi Manisnya Syawal 2021 Dari Bahari Asyek


Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Koleksi Manisnya Syawal 2021 dari Bahari Asyek nie pula dengan korang. Ya lah, tak lama lagi kita kan dah nak sambut bulan Ramadhan, jadi tak salah kalau kita buat persiapan awal untuk hari raya nanti dengan pilihan koleksi Manisnya Syawal 2021 dari Bahari Asyek nie. Jadi tak ada lah kelam kabut sangat nanti kan..


Koleksi Manisnya Syawal 2021 Dari Bahari Asyek
Koleksi Manisnya Syawal 2021 Dari Bahari AsyekMacam biasa sebelum Kak Sue nak kongsi lebih lagi cerita tentang Koleksi Manisnya Syawal 2021 dari Bahari Asyek nie, diam tak diam setahun dah berlalu dengan wabak Covid 19 yang mengekang segala macam aktiviti dan rutin harian kita nie kan. Dah setahun dah kita lalui hidup dalam norma baru dan dah setahun juga lah Bahari Asyek tak adakan peragaan fesyen. Kali terakhir adalah pada 13 Mac 2020 Taman Inderaloka Bahari Asyek Syawal Showcase 2020

Koleksi Manisnya Syawal 2021 Dari Bahari Asyek
Dengan pandemik Covid yang melanda seluruh dunia, memaksa kita semua teruskan hidup dalam norma baru. Apapun, kehidupan tetap perlu diteruskan, jadi Bahari Asyek (BA) tetap meneruskan koleksi dengan mengentengahkan koleksi 'tradisional melayu' dalam norma baru. Tiada lagi persembahan peragaan secara besar-besaran macam sebelum nie dah dan perlu patuh dengan penerapan pelbagai S.O.P.

Jadi, untuk tahun nie Bahari Asyek (BA) tampil mengetengahkan peragaan dan penampilan fesyen koleksi Syawal terbaru dalam norma baru secara santai dan kecil kecilan. Tiada acara dalam dewan, tak ada jemputan ramai dan tak ada acara berkumpulan malah tak ada juga persembahan selingan yang memeriahkan acara macam sebelum nie, demi mematuhi S.O.P.

Walau apapun, peragaan koleksi Syawal mereka tetap dijalankan. Biarpun dalam skala kecil, dengan sedikit sentuhan kreativiti diperlukan untuk merealisasikan hasrat untuk teruskan kesinambungan Bahari Asyek (BA) dalam menampilkan busana tradisional bagi tiap kali Syawal datang setiap tahun

Untuk info korang juga, peragaan fesyen kali ini diadakan dalam premis butik tanpa sebarang pembuatan set juga hiasan backdrop. Cukup hanya mengubah susun atur rak dan barangan sedia ada untuk dijadikan latar hiasan yang relevan dan sinonim dengan koleksi fesyen yang ditampikan pada kali ini.

Disebabkan peragaan busana koleksi Syawal Bahari Asyek kali nie tiada kehadiran tetamu jemputan dan pihak media.. jadi Puan Zahalina selaku pengarah urusan, menggunakan teknologi untuk mereka semua dapat bersama menonton peragaan koleksi Bahari Asyek kali ini. Dan buat pertama kalinya Bahari Asyek membuat siaran 'LIVE' dengan menggunakan aplikasi Instagram dan Facebook untuk tahun 2021 ini.


Tindakan serampang dua mata sessi peragaan aplikasi nie, Bahari Asyek dapat mendekatkan peminat dan pengikut Bahari Asyek kepada sessi peragaan, seterusnya mengikuti aktiviti mereka serta tawaran yang pihak Bahari Asyek telah sediakan. Kelebihannya, mereka tak perlu lagi rungsing dengan jumlah jemputan yang perlu disenarai pendek kerana LIVE nie sebab semua pengikut Bahari Asyek boleh menonton secara terus. Selain tu LIVE dia FB dan IG, korang yang nak tonton semula boleh terus ke Youtube mereka juga tau

Bahari Asyek juga membuat sedikit perubahan akan koleksi Syawal Bahari Asyek pada tahun nie ekoran kesan pandemik wabak covid 19 pada kita semua. Bahari Asyek sedar yang kita semua terkesan dengan pandemik ini dengan himpitan ekonomi yang mengakibatkan  ramai yang hilang kerja, kurang pendapatan dan macam-macam lagi. Jadi, untuk tahun nie koleksi Bahari Asyek menghasilkan busana pada harga mampu milik tapi masih tetap kekalkan mutu fabrik dan kemasan yang berpandanan dengan jurang dan harga yang ditawarkan. Haa.. menarik sangat kan

Kata Puan Zahalina lagi, peminat dan pengikut Bahari Asyed tak perlu risau akan fabrik yang mereka gunakan kerana fabrik busana ini adalah fabrik pilihan Bahari Asyek sendiri yang dipilih serta diimport dari luar negara. Ia tetap eksklusif dan berlainan dari yang ada dipasaran, bak kata pepatah melayu lama alah membeli menang memakai.

Semua jenis, warna, corak, sulaman fabrik disini lebih dekat dihati dan diterima ramai oleh kaum Melayu, sesuai dan bertetapan dengan konsep busana yang bercirikan tradisional Melayu. Seiring dan selangkah dengan jenama butik Bahari Asyek itu sendiri yang membawa maksud 'Jatuh Cinta Kepada Warisan Tradisi Bangsa'. Selain dari tu busana tradisional Bahari Asyek nie bukan saja untuk keraian Syawal, ianya juga sesuai dipakai untuk sebarang majlis dan sesuai untu ke pejabat juga

'Syawal Showcase Bahari Asyek yang bertemanakn Manisnya Syawal 2021 tahun ini menampilkan 15 rekaan baru yang telah sedia ada dibutik. Jom kita tengok koleksi busana terbaru Manisnya Syawal 2021 Bahari Asyek jom.

1. Kurung Moden Melati

Kurung moden dengan sentuhan "puff" di pangkal lengan, mengingatkan kembali fesyen era 80an ini yang mana menjadi trend kembali dan dihujung lengan pula ada zip untuk mesra wuduk. Dengan fabrik 'swiss printed cotton' yang sangat selesa dipakai untuk semua aktiviti harian dan perayaan

2. Kurung Kedah Manis

Kurung Kedah yang diolah untuk memberi kelainan dengan bahan 'printed cotton design' yang unik. Ia juga ada kelainan dengan tampalan fabrik atasan dan bawahan

4. Kurung Kedah Manja

Kurung Kedah yang diolah untuk memberi kelainan dengan bahan 'printed cotton' dengan kombinasi bungaan dan jalur. Ia juga ada kelainan dengan tanpalan fabrik atasan dan bawahan

4. Kurung Kedah Molek

Kurung Kedah yang diolah untuk memberi kelainan dengan bahan 'printed cotton' dengan corak flora yang sangat molek dipakai bagi semua peringkat umur sesuai dipakai ke pelbagai acara dan keraian

5. Kurung Kuno Kapas

Kurung Kuno kali ini mereka tampilkan kelainan dengan mengunakan fabrik kapaa dengan teknik 'hand block' dengan warna pastel, semestinya manis menawan kepada yang memakainya. Menepati tema mereka kali ini 'Manisnya Syawal'

6. Kebaya Empat Dara

Untuk kelainan mereka menggunakan fabrik 'Egyption cotton' polos dengan batik Bali

7. Kurung Kuno Perada

Kurung Kuno dengan fabrik kapas dan motif yang unik serta dengan sentuhan perada (gold dust) yang mana tampak tersendiri dan eksklusif, lain dari yang ada

8. Kurung Riau

Mereka tampilkan fabrik 'cotton silk' dengan motif bunga tanjung dan melur kali ini untuk Kurung Riau, fabrik ini kami buat rekaan sulaman khas, inspirasi dari bungaan tempatan iaitu bunga melur dan tanjung. Kombinasi 'cutting' dan fabrik maka lahir lah busana tradisi yang nampak klasik dan sangat molek bila dipakai di hari raya nanti

9. Kurung Sultana 1

Kurung polos 'cutting oversize' ini dibuat dari fabrik 'cotton silk' sememangnya sangat versatil dan menjadi pujaan ramai sementelah ia sangat sesuai dipakai dengan cuaca Malaysia

10. Kurung Achipalago

Uniknya kurung ini adalah dari rrkaan pesak yang mempunyai 6 pesak kiri dan kanan yang mewakili gugusan kepulauan Melayu Nusantara. Menggunakan fabrik 'linen' dengan pelbagai warna membuatkan ia tampak 'flamboyant'

11. Kurung Kelasi

Mereka mendapat ilham untuk kurung kelasi tatkala melihat baju kelasi kapal, yang mana mempunyai kolar yang terlindung dari panas matahari. Kami masih mengekalkan bahan 'linen' untuk kurung ini dengan ada penambahan labuh baju

12. Kurung Rupawan

Kurung klasik ini mengimbau kembali zaman persekolahan dahulu, yang mana suka sangat melipat tangan baju kurung, kami hadirkan dengan bahan fabrik 'semi thai silk' untuk tampak mewah dan klasik

14. Kurung Dandae

Kurung inspirasi dari baju lelaki Gujerat yang diolah dengan pendekatan kurung Melayu. Mengunakan fabrik 'semi thai silk', kurung ini nampak elegan dan mewah

15. Kebaya Cik Siti Wan Kembang

Kebaya CSWK yang sangat sinonim dengan Bahari Asyek ini, menggunakan bahan fabrik 'voile' dengan warna-warna pastel. Potongannya pula longgar dan lebih praktikal untuk dipakai kemana saja. Kombinasi ini membuatkan CWSK kami kali ini lebih santai dan selesa


Semua koleksi yang diketengahkan pada sessi peragaan 'MANISNYA SYAWAL 2021' ini, akan mula dibuka untuk jualan selepas selesai acara yang kami jalankan secara tertutup ini. Peminat dan pengikut yang mengikuti siaran LIVE kami di IG dan FB yang tidak berpeluang berkunjung ke premis butik Bahari Asyek, boleh saja 'screenshot' baju yang dipaparkan seterusnya whatsapp ke nombor 016 4819831 untuk pertanyaan dan pembelian. Untuk lebih detail korang boleh singgah kat bawah nie ya.

Facebook | Instagram




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shuhaidakabdy.com/2021/03/koleksi-manisnya-syawal-2021-dari-bahari-asyek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manisnya Syawal 2021 Koleksi Syawal Dari Bahari Asyek 2021

Manisnya Syawal 2021 Koleksi Syawal Dari Bahari Asyek 2021

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 361 hits
Harap harap kelapa puan Tidak puan kelapa bali Harap pada tuan dan puan Tidak tuan puan siapa lagi Ya kerana tuan puan lah maka kami masih disini memelihara dan mengetengahkan Jati Diri melayu ke persada massa Dek kerana itulah makanya kami...
Koleksi Syawal Terbaru Dari Bahari Asyek Manisnya Syawal 2021

Koleksi Syawal Terbaru Dari Bahari Asyek Manisnya Syawal 2021

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 328 hits
MANISNYA SYAWAL 2021 Harap harap kelapa puanTidak puan kelapa baliHarap pada tuan dan puanTidak tuan puan siapa lagi Ya kerana tuan puan lah maka kami masih disini memelihara dan mengetengahkan Jati Diri melayu ke persada massa Dek kerana i...
Kembali Berkolaborasi Dengan Desainer Jerman Uniqlo Luncurkan Koleksi J Spring Summer 2021

Kembali Berkolaborasi Dengan Desainer Jerman Uniqlo Luncurkan Koleksi J Spring Summer 2021

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 364 hits
Uniqlo dan Jil Sander luncurkan koleksi terbaru untuk musim semi dan musim panas dengan tajuk J Spring Summer 2021
Cara Isi Borang Cukai Youtube Wajib Isi Sebelum 31 May 2021

Cara Isi Borang Cukai Youtube Wajib Isi Sebelum 31 May 2021

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 355 hits
Cara Isi Borang Cukai Youtube Wajib Isi Sebelum 31 May 2021 Salam semua untuk youtuber baru baru ini memang dikejutkan dengan email untuk isi borang cukai Youtube US dah kenakan cukai buat youtuber Sis mula mula memang terkejut jugak bila b...
Hingga 21 Maret 2021 5 533 379 Sudah Disuntik Vaksin Covid 19

Hingga 21 Maret 2021 5 533 379 Sudah Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 280 hits
Hingga hari ini sudah ada 5 533 379 orang sudah disuntik vaksin pertama dan 2 301 978 orang menerima suntikan kedua
Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Johor Bahru 2021

Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Johor Bahru 2021

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 857 hits
Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Johor Bahru 2021 Pakej buffet ramadhan umi compile kan untuk readers yang planning untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga UNTUK The post appeared first on
5491 Islam Ubah Hidup Ketua Gengster Sinar Harian 20 03 2021

5491 Islam Ubah Hidup Ketua Gengster Sinar Harian 20 03 2021

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 524 hits
SETIAP individu yang mempunyai kisah gelap layak diberi peluang kedua untuk menjadi insan yang lebih baik dan meneruskan kehidupan mereka Pada satu ketika dahulu Vince Focarelli pernah menjadi ketua kumpulan gengster yang sangat berpengaruh...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran