Koleksi Lebaran 1001 Tales Of Ariani Menawarkan Persalinan Seisi Keluarga


KOLEKSI LEBARAN 1001 TALES OF ARIANI MENAWARKAN PERSALINAN SEISI KELUARGA | Assalammualaikum semua, Hari Raya Aidilfitri pasti tidak lengkap jika tiada koleksi Ariani. Sebagai pencinta hijab Ariani, Ruby berkesempatan menjadi yang terawal melihat koleksi Ariani untuk lebaran pada tahun ini. Sememangnya rambang mata untuk memilih.
Jika tahun lepas kami sekeluarga memilih warna Salmon, Sky Blue dan Hitam sebagai tema. Tahun ini kami sekeluarga sebulat suara memilih Dusty Green. Warna hijau begini sangat menyerlah dengan material fabrik Premium Pearl Skin di Ariani. Dari Baju Melayu Cekak Musang suami dan anak-anak hingga ke persalinan Baju Kurung Kedah ibu, semuanya ada di Ariani. 
Di Ariani, pakaian nampak eksklusif kerana Ariani sangat komited dalam memilih fabrik bercorak dan kosong. Kemudian, menghiaskannya dengan batu-batu permata dan renda yang sepadan. Ia tidak nampak sarat, malah boleh dipakai pada bila-bila masa selepas Hari Raya. Pakaian Ariani boleh digayakan untuk ke pejabat atau hadir mana-mana acara! Pasti penampilan nampak versatil dan sopan. Berbaloi-baloi kan

KOLEKSI LEBARAN 1001 TALES OF ARIANI MENAWARKAN PERSALINAN SEISI KELUARGA

ARIANI, jenama fesyen terkemuka Malaysia, dengan bangganya mempersembahkan koleksi terbarunya, '1001 Tales of Ariani', dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen yang meriah bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. 
Acara ini tidak hanya tertumpu kepada pelancaran koleksi Lebaran 2024 tetapi juga mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia


Istimewanya, majlis pada petang itu turut diserikan dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut


Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip, Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., dalam ucapan pembukaannya, menyatakan kegembiraan dan rasa syukur atas sokongan berterusan yang diterima dari pelanggan setia ARIANI. 
Beliau juga menekankan komitmen ARIANI dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, yang menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan nilai eksklusif

Majlis pertunjukan fesyen yang bertemakan Arabic ini dibuka dengan segmen Galeri Ariani, mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed, dengan pelbagai rekaan seperti voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, dan shawl bersulam. 

Setiap koleksi direka dengan nuansa glamor dan penuh warna, menampilkan motif alam, flora, dan cetakan abstrak yang elegan dan praktikal

Segmen kedua pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari ARIANI LUXE. ARIANI LUXE adalah rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif. 


Kesemua koleksi tudung ARIANI LEBARAN 2024 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia. 
Menjangkau tahun kedua penubuhan, koleksi pakaian lelaki ARYAN turut menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak sehinga golongan dewasa

Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon, kurta dan jubah yang kesemuanya direka khas menggunakan produk dan material yang berkualiti serta penekanan kepada jahitan yang kemas dan terperinci


Pertunjukan fesyen ‘1001 Tales of Ariani’ pada tahun ini masih lagi mengekalkan 3 duta Ariani iaitu Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad, dan menambah muka-muka baru gandingan para selebriti iaitu keluarga besar pasangan selebriti Amar Bahrin & Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium


Segmen ARIANI RTW menampilkan 110 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah. Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibran yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri serta turut mengangkat warna-warna ‘trendy’ yang menjadi pilihan ramai pelanggan pada tahun ini antaranya warna ‘Brick Orange’ dan ‘Lilac’. 

Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, ARIANI RTW mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki disamping rekaan yang minimal dan elegan. Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL

Malah pada tahun ini dan tahun tahun sebelumnya, ARIANI RTW turut melancarkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya


Kemuncak majlis pada petang itu adalah pertunjukan fesyen dari The Premium Series by ARIANI RTW yang merangkumi jubah dan abaya premium serta koleksi kurung eksklusif khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad. 
Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini


Datin Seri Farah Haryani mengakhiri ucapan beliau dengan mengajak semua yang hadir untuk berkunjung ke House of ARIANI di Kuala Lumpur dan cawangan-cawangan ARIANI lainnya, untuk mendapatkan koleksi lengkap Aidilfitri. 
Istimewanya lagi pada tahun ini, flagship store Ariani yang terbaharu ‘House of Ariani’ akan ditransformasi dan diperindahkan dengan tema Arabic hasil sentuhan magic perunding acara terkemuka REKA TEEMOR khas kepada pelanggan Ariani

Majlis pada petang itu turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis jemputan antaranya Zizi Kirana yang mendendangkan semula lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Arab, ‘Sabry Aleel’ sebagai tema khas kepada keseluruhan majlis pertunjukkan fesyen yang membawa tema Arab serta duet khas penyanyi tersohor negara Jamal Abdillah bersama-sama anak beliau, Zaki Yamani yang mendendangkan lagu ‘Ghazal untuk Rabiah’



Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu dan turut diserikan dengan kehadiran dif-dif kehormat, selebriti, jemputan KOLs dan influencers, rakan niaga serta pelanggan-pelanggan setia Ariani

ARIANI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/03/koleksi-lebaran-1001-tales-of-ariani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ali Puteh Selesai Bayar Hutang Wakili Keluarga Arwah Abam Mohon Maaf

Ali Puteh Selesai Bayar Hutang Wakili Keluarga Arwah Abam Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 161 hits
Pelawak Ali Puteh nbsp selesai bayar hutang yang tertunggak kepada balu allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah selepas disaman beberapa tahun lalu Menerusi perkongsian Ali di Instagram dia terpaksa membayar menerusi Cash Deposit Machi...
Ekspedisi Mudik Sungai Pahang Tengku Hassanal Lakar Sejarah Keluarga Diraja Pahang

Ekspedisi Mudik Sungai Pahang Tengku Hassanal Lakar Sejarah Keluarga Diraja Pahang

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 132 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat mengharungi cabaran ekspedisi buat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ib...
Dia Bukan Anak Yatim Waris Gagal Dikesan Keluarga Tak Jemput Balik Cuti Sekolah

Dia Bukan Anak Yatim Waris Gagal Dikesan Keluarga Tak Jemput Balik Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 202 hits
Semasa rakan rakan sedang menikmati cuti persekolahan bersama keluarga dengan pelbagai aktiviti seorang pelajar lelaki hanya menghabiskan cutinya bersendirian tanpa keluarga tersayang Menerusi perkongsian Maahad Tahfiz Al Quran Al Uzma Lail...
Keluarga Tindakan Tegas Akan Diambil Terhadap Individu Pasukan Yang Terlibat Dalam Pergaduhan

Keluarga Tindakan Tegas Akan Diambil Terhadap Individu Pasukan Yang Terlibat Dalam Pergaduhan

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 118 hits
Gambar ini diambil daripada pautan berikut https thesun my binrepository 400 267 1c0 400d225 none 11808 BQXR kl27 15102020 fam bn202010141951 3929428 20240304210900 jpg The post appeared first on
Daim Keluarga Gagal Dapatkan Kebenaran Cabar Siasatan Sprm

Daim Keluarga Gagal Dapatkan Kebenaran Cabar Siasatan Sprm

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 276 hits
Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan keluarganya gagal mendapatkan kebenaran mahkamah untuk meneruskan semakan kehakiman mereka terhadap siasatan SPRM ke atas mereka Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh petang tadi menolak permohonan keben...
Saya Utamakan Keluarga Aiman Hakim Ridza Tolak Tawaran Berlakon Selama 6 Bulan Kini Jadi Kontraktor Rumah Pula

Saya Utamakan Keluarga Aiman Hakim Ridza Tolak Tawaran Berlakon Selama 6 Bulan Kini Jadi Kontraktor Rumah Pula

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 226 hits
Pelakon kacak sensasi Aiman Hakim Ridza memaklumkan dia kini sedang sibuk menyiapkan rumahnya dan sanggup berehat sementara daripada mana mana tawaran berlakon selama 6 bulan Ujar Aiman dia sendiri kini menjadi kontraktor mengubahsuai rumah...
Surat Usah Jadikan Kementerian Pelancongan Seperti Syarikat Keluarga

Surat Usah Jadikan Kementerian Pelancongan Seperti Syarikat Keluarga

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 229 hits
malaysiakini comSURAT Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ingin menggesa perdana menteri mengambil peduli isu isu memalukan yang berlaku dalam Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya yang tular sejak isu pemecatan ketua pengarah penggalak p...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm