Ekspedisi Mudik Sungai Pahang Tengku Hassanal Lakar Sejarah Keluarga Diraja Pahang




KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat mengharungi cabaran ekspedisi buat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengetuai Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang bermula Ahad.
Penglibatan Tengku Hassanal dalam Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang sejauh 400 kilometer (km) itu sekali gus melakar sejarah bagi Keluarga Diraja di Pahang akan kegemilangan Sungai Pahang sebagai pengangkutan utama sejak zaman dahulu.
Baginda berdua bertitah agar Tengku Hassanal menitikberatkan aspek keselamatan dengan sentiasa berwaspada sepanjang ekspedisi tersebut termasuk menjaga kesihatan dengan baik.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menitahkan supaya anakandanya sentiasa mendampingi dan menyantuni rakyat jelata.
"Bertanya khabar dan melihat sendiri bagaimana rakyat jelata menjalani kehidupan seharian. Mana yang boleh dibantu, harus diberi keutamaan.
"Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang ini sebenarnya mengimbau kembali sejarah paduka nenda, Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azzam Shah yang memudik Sungai Pahang untuk ke Perak bagi meminang Tengku Ampuan Besar, Raja Fatimah Almarhum Sultan Sir Iskandar Shah Kadasullah ketika itu," titah baginda berdua dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ekspedisi selama empat hari itu bermula di Pekan dan berakhir di Tanjung Gahai, Lipis menggunakan bot atau perahu kajang yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pengangkutan awam penduduk menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan.
Baginda berdua mendoakan ekspedisi ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan sekali gus dapat membuka ruang kepada Tengku Hassanal untuk menghayati keindahan alam.
Selain itu, dapat mengimbau sejarah dan warisan kegemilangan sungai Pahang serta menyantuni rakyat jelata di sepanjang Sungai Pahang.
Baginda berdua bertitah, Sultan Abu Bakar di zaman pemerintahannya sememangnya terkenal sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat.
Titah baginda berdua lagi, salah satu aktiviti tahunan baginda semasa hayatnya ialah menyusuri Sungai Pahang dan Sungai Tembeling untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakyat jelata di seluruh negeri Pahang.
"Gambaran mengenai kembara itu ada dikisahkan oleh seorang penulis Inggeris bernama Peter Moss. Beliau dan Duta Besar Pakistan ke Malaya telah dijemput untuk turut serta dalam rombongan kembara Sultan Abu Bakar melawat ke pelosok kampung di sepanjang Sungai Pahang dengan menaiki perahu panjang pada Mei 1960.
"Buku bertajuk 'Distant Archipelagos: Memories of Malaya' dalam bab 'A Regal Progress' menceritakan pengalaman menyusuri Sungai Pahang bermula di Kuala Lipis iaitu pertemuan Sungai Lipis dan Sungai Jelai sehingga ke Kuala Tahan. Rombongan Sultan Abu Bakar disambut penuh meriah oleh penduduk kampung yang berada di sepanjang sungai," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertitah, di setiap kampung yang dilawati, Sultan Abu Bakar memeriksa dan bertanya keadaan sekolah serta klinik kesihatan, selain pertemuan bersama ketua kampung, imam dan pegawai-pegawai kerajaan.
Ini disusuli dengan jamuan kenduri secara besar-besaran dan pertunjukan acara serta tarian Mak Inang dan joget di atas pentas yang dibina khusus untuk menyambut rombongan diraja.
Antara kampung yang dilawati ialah Kampung Bantal dan Kampung Pagi selain beberapa perkampungan pesisir sungai lain di kawasan Taman Negara Kuala Tahan dan Kuala Tembeling.
Begitu juga dengan Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah yang memerintah Pahang bagi tempoh 33 tahun iaitu dari 16 Ogos 1881 hingga 9 Mei 1914.
Baginda menjelajah seluruh negeri Pahang menerusi Sungai Pahang dan menaiki gajah.
Bagi peserta Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 yang membabitkan enam daerah iaitu Pekan, Maran, Bera, Temerloh, Jerantut dan Lipis dinasihatkan mengutamakan aspek keselamatan dengan memastikan semua kelengkapan termasuk bot berada dalam keadaan baik.
Pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang mesti dalam keadaan siap siaga dan bersedia berdepan dalam apa juga cabaran dalam menjayakan ekspedisi ini.#sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/03/ekspedisi-mudik-sungai-pahang-tengku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Hassanal Memperkenalkan Berjelajah Sungai Pahang Untuk Berhubung Dengan Rakyat

Tengku Hassanal Memperkenalkan Berjelajah Sungai Pahang Untuk Berhubung Dengan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 124 hits
KUANTAN Yang di Pertuan Muda Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri yatuddin Al Mustafa Billah Shah akan berinteraksi dengan rakyat melalui Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 yang akan berlangsung dari 3 hing...
Avoid Playing Up Political Sentiments Tengku Hassanal Tells Pahang Leaders

Avoid Playing Up Political Sentiments Tengku Hassanal Tells Pahang Leaders

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 230 hits
Pahang s Crown Prince Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah reminded leaders in the state to avoid playing up political sentiments that could divide the people He said that political parties form a platform for the democratic practice of nation...
Peluang Rakyat Pahang Berkhemah Bersama Tengku Hassanal Ibrahim Shah Bermula 3 Mac Ini

Peluang Rakyat Pahang Berkhemah Bersama Tengku Hassanal Ibrahim Shah Bermula 3 Mac Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 271 hits
KUANTAN Penggemar aktiviti perkhemahan dan orang ramai dijemput menyertai Program Jom Berkhemah Bersama Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sempena Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 yang bermula 3 Mac ini Exco K...
Tengku Hassanal Selamatkan Helang Tersangkut Tajur Ikan

Tengku Hassanal Selamatkan Helang Tersangkut Tajur Ikan

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 144 hits
Tengku Mahkota Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri 8217 ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berjaya menyelamatkan seekor burung helang yang tersangkut pada tajur ikan Peristiwa yang berlaku keti...
Tengku Mahkota Pahang Ingatkan Pemimpin Jangan Main Isu Politik Yang Memecahbelahkan Rakyat

Tengku Mahkota Pahang Ingatkan Pemimpin Jangan Main Isu Politik Yang Memecahbelahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 145 hits
KUALA LIPIS Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengingatkan pemimpin di negeri itu supaya mengelak daripada memainkan isu politik yang boleh memecahbelahkan perpadu...
Muara Sungai Ular Cetek Jps Pahang Tunggu Peruntukan Kecemasan Yang Telah Dikemukakan

Muara Sungai Ular Cetek Jps Pahang Tunggu Peruntukan Kecemasan Yang Telah Dikemukakan

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 160 hits
KUANTAN Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang sudah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan peruntukan segera bagi mendalamkan muara Sungai Ular dekat Kuantan Perkara itu dimaklumkan jurutera kanan daerah Kuantan Md Azhar Noordin ketika di...
Raja Muda Perlis Tengku Mahkota Pahang Beri Penghormatan Terakhir Kepada Taib Mahmud

Raja Muda Perlis Tengku Mahkota Pahang Beri Penghormatan Terakhir Kepada Taib Mahmud

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Yang di Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud Keberangkatan tiba baginda pada jam 12 07 tengah ...
Tradisi Menuba Ikan Sungai Pahang 1930an

Tradisi Menuba Ikan Sungai Pahang 1930an

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 274 hits
Tradisi Menuba ikan Sungai Pahang 1930anApabila Baginda Sultan Pahang berkenan mencemar duli ke kampung kampung terdapat beberapa acara diadakan Antaranya menuba ikan disungai pahang Acara tersebut dimulai dengan mencurahkan air akar tuba y...
Video Rapat Paripurna Panas Hak Angket Respons Yang Tak Siap Kalah Terburuk Sepanjang Sejarah

Video Rapat Paripurna Panas Hak Angket Respons Yang Tak Siap Kalah Terburuk Sepanjang Sejarah

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 101 hits
Dewan Perwakilan Rakyat menggelar sidang paripurna pembukaan masa persidangan IV tahun sidang 2023 2024 Selasa 5 Maret 2024
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Imam Abu Hanifah Sisih Jawatan Demi Tolak Kezaliman

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Virtual Events And Domain Branding

Drama Keluarga Itu

Kenali Khatrah Lintasan Fikiran Yang Jahat Untuk Berbuat Dosa

Sejarah Hajar Aswad Hilang 23 Tahun Angkara Daulah Qaramithah Syiah

Negara Negara Di Afrika Dengan Hampir Semua Penduduknya Beragama Islam

Pantai Penarik Destinasi Popular Penggemar Seafood Celup Tepung