Koleksi 12 Resepi Kuih Kaswi Gedik Viral Sukatan Cawan


Salam semua, ramai peminat kuih kaswi tak ? Kuih kaswi ni termasuk dalam kuih tradisional melayu. 
Kuih kaswi ni ikutkan dulu - dulu pakai loyang. Potong empat segi gaul dengan kelapa parut muda. Disebabkan sekarang ni masing - masing dah kreatif. 

Bukan setakat guna loyang jer, habis segala acuan guna sebab nak nampak menarik atau orang kata kuih lagi comel molek sebab dah sama saiz kan

Lebih - lebih lagi sekarang ni popular dengan acuan twister. Bila dah jadi viral ni, memang buat niaga pun laku keras kuih kaswi ni. 
Nak dapatkan acuan viral ini boleh klik link di atas. Ramai juga yang ambil kesempatan untuk ambil tempahan kuih kaswi. 
Di sini, sis kongsikan resepi kuih kaswi yang mudah untuk dicuba. Kuih kaswi ni tak kira menu untuk minum pagi atau minum petang, semua menjadi kegemaran semua. 
Koleksi 15 Resepi Kuih Kaswi Gedik Viral Sukatan Cawan 1. Resepi Kuih Kaswi Kacang Hijau 
Bahan - Bahan 1 cawan tepung kacang hijau
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan kacang hijau sudah direbus (kalau letak 1 setengah cawan lagi sedap)
3/4 cawan gula pasir (kalau letak gula merah atau brown sugar, rasa dulu manis atau tak)
2 setengah cawan santan
Setengah sudu teh air kapur
Setengah sudu teh garam

Cara - Cara
1. Adun semua bahan. 2. Sapu acuan dengan minyak. 3. Tuang adunan dan kukus 20 minit.

Bahan - Bahan Untuk Parutan Kelapa
½ biji kelapa parut putih
Garam
Daun pandan
Cara - Cara 
Kukus semua bahan selama 5minit
2. Resepi Kuih Kaswi Sirap 
Bahan - Bahan 2 cawan tepung gandum1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula
4 cawan air + pati sirap
1 sudu besar air kapur

Cara - Cara 
1. Adun semua bahan. 2. Sapu acuan dengan minyak. 3. Tuang adunan dan kukus 20 minit


Bahan - Bahan Untuk Parutan Kelapa 
½ biji kelapa parut putih
Garam
Daun pandan
Cara - Cara 
Kukus semua bahan selama 5minit
3. Resepi Kuih Kaswi Keladi 
Bahan - Bahan 1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan keladi dilecek (ditimbang setelah dilecek)
3 per 4 (3/4) cawan gula
2 setengah cawan santan
Setengah sudu teh air kapur
Setengah sudu teh garam
Pewarna purple (saya gunakan yam paste)

Cara - Cara 
1. Kukus dlu keledek sehingga lembut. 2. Masukkan kedalam blender/chopper. 3. Masukkan juga bahan-bahan lain dan kisar sampai sebati. 4. Acuan sapu dengan minyak, tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

Bahan - Bahan Untuk Parutan Kelapa 
½ biji kelapa parut putih
Garam
Daun pandan
Cara - Cara
1. kukus semua bahan selama 5minit
4. Resepi Kuih Kaswi Pandan 
Bahan - Bahan 1 cawan Tepung Gandum
¾ cawan Tepung Ubi
1 cawan gula pasir
½ cawan santan kotak
2½ cawan air daun pandan (pandan diblend dgn 3 cawan air)
2 sudu air kapur
sedikit garam

Cara - Cara
1. Bancuh semua bahan diatas. Kemudian tapis.
2. Tuang dlm acuan dan kukus selama 15 minit.
3. Tunggu kaswi sejuk, baru keluarkan dari acuan.

Bahan - Bahan Untuk Parutan Kelapa
½ biji kelapa parut putih
Garam
Daun pandan
Cara - Cara 
Kukus semua bahan selama 5minit
5. Resepi Kuih Kaswi Jagung 
Bahan - Bahan 1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi kayu
3 sudu besar tepung jagung
¾ cawan gula
1 cawan santan cair
1 cawan air
2 sudu besar air kapur
Sedikit garam
2 sudu besar sweet corn cream
Pewarna kuning telur

Cara - Cara 
1. Campurkan semua bahan, kacau sebati ( boleh blender).2. Acuan sapu dengan minyak sikit
3. Tuang adunan sehingga penuh dan kukus selama 20 minit

Bahan - Bahan Untuk Parutan Kelapa
½ biji kelapa parut putih
Garam
Daun pandan
Cara - Cara 
Kukus semua bahan selama 5minit
6. Resepi Kuih Kaswi Keledek 
Bahan - Bahan 1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2⅓ cawan air
¾ cawan gula
1 cawan keledek Ungu
Sedikit garam
Pewarna ungu

Bahan - Bahan Untuk Kuah Santan
1 kotak santan kecik 65ml
1 cawan air
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara - Cara 
1. Kukus dulu keledek sehingga lembut. 2. Masukkan kedalam blender/chopper. 3. Masukkan juga bahan-bahan lain dan kisar sampai sebati. 4. Acuan sapu dengan minyak, tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit
5. Kuah santan tu masak sehingga meruap dan pekat
6. Sangai bijan sehingga keperangan, tabur atas santan

7. Resepi Kuih Kaswi Durian 
Bahan - Bahan 
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
½ cawan gula
2½ cawan air masak
3 ulas durian
1 sudu besar air kapur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara - Cara 
1. Kisar semua bahan
2. Tuang adunan ke dalam acuan
3. Kukus selama 15 minit
4. Tunggu kuih sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan

8. Resepi Kuih Kaswi Kentang 
Bahan - Bahan 500gm kentang yang telah dibuang kulit ~ direbus
300gm gula pasir
500ml santan sederhana pekat
700ml air
300gm tepung sagu
150gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1sudu teh garam
1sudu teh kapur masakan
1sudu teh esen vanilla
Pewarna kuning lemon
Daun pandan ~ disimpul
Kelapa parut putih + sedikit garam ~ dikukus sebentar

Cara - Cara 
1. Satukan semua bahan kecuali daun pandan. 2. Gaul sebati kemudian mesin hingga halus.
3. Masukkan dalam periuk bersama daun pandan dan masak sekejap hingga naik wap.
4. Sapu acuan dgn sedikit minyak masak. 5. Tuang adunan hingga penuh kemudian kukus selama 15 - 20 minit dengan api sederhana.
6. Sejukkan dulu dan keluarkan dari acuan. 7. Golekkan dalam kelapa parut yang telah dikukus sebentar

9. Resepi Kuih Kaswi Kacang Merah 
Bahan - Bahan 1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
2 cawan air biasa atau /1/2 cawan susu cair.
2 sudu besar air kapur
¾ cawan gula 1cawan kacang merah dlm tin hancurkn sedikit.
Sedikit garam
Sedikit pewarna merah jambu
Cara - Cara 1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar di dalam mesin pengisar sehingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam adunan dan kukus sehingga masak.
3. Biarkan sehingga sejuk sebelum dihidangkan.
Bahan - Bahan Untuk Kuah Santan
1½ cawan santan
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara - Cara 
1. Dalam periuk satukan ke semua bahan. 2. Kuah santan pula masak dengan api perlahan sehingga meruap meletup-meletup
3. Kena sentiasa kacau. 4. Kuah ni akan jadi kental bila dah sejuk

*Kat atas kuah santan tu tabur dengan sedikit bijan.. atau kacang merah

10. Resepi Kuih Kaswi Gula Merah 
Bahan - Bahan 1 cawan gula merah
1 cawan gula putih2 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung ubi
3 cawan air
1 sudu teh rata kapur

Cara - Cara 1. Cairkan gula di atas dengan 2 cawan air. 
2. Tunggu air gula sejuk
3. Selepas itu sebatikan semua bahan. Tapis supaya tidak berketul.
4. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak. 5. Kukus selama 15 ke 20 minit.
6. Sejukkan dan boleh dimakan dengan kelapa yang diletakkan sedikit garam

Nota : 
*Boleh letak daun pandan semasa cairkan gula
11. Resepi Kuih Kaswi Labu 
Bahan - Bahan1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan labu dilecek (ditimbang setelah dilecek)
3/4 cawan gula
2 + 1/3 cawan santan
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam

Cara - Cara 
1. Rebus dulu labu sehingga lembut. 2. Masukkan ke dalam blender/chopper danbahan-bahan lain. 3. Kisar sampai sebati. 4. Acuan sapu dengan minyak, tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

Bahan - Bahan Untuk Parutan Kelapa 
½ biji kelapa parut putih
Garam
Daun pandan
Cara - Cara 
Kukus semua bahan selama 5minit
12. Resepi Kuih Kaswi Kuah Santan 
Bahan - Bahan 1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
2½ cawan air pandan
2 sudu besar air kapur
¾ cawan gula
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
Cara - Cara 
1. Untuk adunan kaswi, blend 4 helai daun pandan.2. Kemudian tapis, masukkan bahan-bahan lain dan kacau
3. Kukus kuih 15 minit (acuan twister sapu minyak sikit)

Bahan Untuk Kuah Santan
1½ cawan santan
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara - Cara
1. Kuah santan pula masak dengan api perlahan sehingga meruap meletup-meletup
2. Kena sentiasa kacau
3. Kuah ni akan jadi kental bila dah sejuk.

Nota
*Kat atas kuah santan tu tabur dengan sedikit bijan

Terima kasih buat penyumbang resepi yang berkongsi di group resepi kuih muih

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2023/09/koleksi-resepi-kuih-kaswi-gedik-viral-sukatan-cawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Sarang Semut Sukatan Cawantanpa Perap Guna Periuk Noxxa

Resepi Kek Sarang Semut Sukatan Cawantanpa Perap Guna Periuk Noxxa

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 255 hits
Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap Guna Periuk Noxxa Memang Menjadi Sarangnya Hari ini nak kongsi resepi kek sarang semut yang mudah tanpa perap guna untuk sukatan cawan Kali pertama buat tak sangka pulak menjadi sarangnya dan t...
Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan

Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 351 hits
Kek Pisang Kukus adalah varian kek pisang yang popular di Malaysia dan Aisa Tenggara Keunikan Kek Pisang Kukus terletak pada cara penyediaannya yang melibatkan proses pengukusan Kek ini terkenal kerana kelembutan dan kelembapan yang unik ya...
42 Koleksi Teka Teki Kuih Muih Di Malaysia

42 Koleksi Teka Teki Kuih Muih Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 297 hits
Sebahagian daripada kita suka bertanyakan soalan berbentuk teka teki yang ada kalanya susah tetapi boleh jug menjadi begitu lucu Tiada panduan untuk menjawab soalan teka teki memandangkan jawapannya juga adakalanya mengelirukan dan tidak ma...
Quality Questions Arise Viral Video Reveals Allegedly Inferior Sports Shoes Supplied To The Army

Quality Questions Arise Viral Video Reveals Allegedly Inferior Sports Shoes Supplied To The Army

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 357 hits
Pics screen captured from TikTok videoKUALA LUMPUR A video showcasing what appears to be subpar sports shoes purportedly supplied to the Malaysian Army has gone viral on social media sparking inquiries and concerns about the supplier and ve...
Sikit Sikit Nak Viral Sampai Menyusahkan Bini Aku Nak Bersalin Lelaki Dedah Punca Sebenar

Sikit Sikit Nak Viral Sampai Menyusahkan Bini Aku Nak Bersalin Lelaki Dedah Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 242 hits
Saya nak luah perasaan Isteri saya sepatutnya bersalin di Cyberjaya sebab kami stay sini Tapi memandangkan keburukan kuasa viral kat Tik Tok yang dok kata bersalin kt Hosp Cyber ni selesa dan tak ramai orang siap jemput lagi Maka ramai lah ...
Ebit Lew Lodges Police Report Over Alleged Defamation In Viral Video

Ebit Lew Lodges Police Report Over Alleged Defamation In Viral Video

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 308 hits
Ebit Lew said he filed the report at the USJ 8 police station in Subang Jaya this morning PETALING JAYA Preacher Ebit Irawan Ibrahim Lew better known as Ebit Lew has filed a police report regarding allegations he believes to be defamatory a...
Claypot Chicken Rice Viral

Claypot Chicken Rice Viral

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 394 hits
Claypot Chicken Rice adalah hidangan yang berasal dari China Claypot Chicken Rice merupakan hidangan tradisional yang telah wujud selama berabad abad di negara tersebut Asal usulnya boleh dikesan hingga ke zaman Dinasti Han bermakana ia mem...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Nak Anak Senyum Manis Sampai Besar Start Dengan 5 Tip Ni

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag