Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh


KOLAM UDANG GALAH AIR GUNUNG LATA BULUH | Assalammualaikum dan Salam Selamanya Di Hati. Ewahhh tak sampai sehari dah pandai Ruby greetings macam warga kerja Majlis Daerah Selama. Hehehe. Kali ini kami dibawa ke lokasi istimewa yang pada pendapat Ruby ia sangat asing. Kolam Udang Galah? Seriuslah dekat Selama ada Kolam Udang Galah? 
Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh merupakan Rakan Strategik Pelancongan Majlis Daerah Selama (RSP-MDS). Apabila tersenarai sebagai RSP-MDS, anda boleh berasa yakin kerana tempat ini diselenggara baik oleh MDS.
KOLAM UDANG GALAH AIR GUNUNG LATA BULUH


Ruby berasal dari Tanjung Tualang, Perak. Sepanjang membesar di kampung. Ruby tidak pernah berkesempatan ke kolam udang galah di sana. Sepanjang perjalanan di atas jalan raya juga tidak nampak kolam penternakan Udang Galah. Bagaimana proses ternakan Udang Galah pun Ruby tidak tahu. Ruby ingin tahu proses dari bayi udang galah sehingga ke tempoh matang untuk kita pancing dan makan. Hehehe. 
Saat tiba di Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh, Ruby hanya nampak kolam yang besar dan nampak pengunjung sedang memancing udang sahaja. Apabila masuk ke dalam lagi. Udara segar menyapa. Aaaaaaa. Macam dekat atas gunung ya. Segar betul. Kawasan begini seharusnya menjadi kawasan bebas merokok. Tenang betul. Healing sambil memancing udang pun best kan?
Ruby mendongak ke kiri dan melihat permandangan kabus dan gunung yang menghijau. MasyaAllah best betul tempat ni. Cuaca sangat baik. Permandangan di sini sangat mempersonakan. Walaupun Ruby bukan kaki pancing, tapi kalau kawasan selesa dan damai macam ni. I am willing to come here again and again. Begitulah bila teruja, speaking London haaa. Hehehe.


Keunikan Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh ini adalah udang-udang galah yang diternak di sini menggunakan sumber air semulajadi dari Lata Gunung. Air Gunung sememangnya air yang suci dan tidak tercemar. Maka, udang-udang galah di sini segar dan manis apabila di makan. 

Udang Galah di Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh tidak pernah diserang penyakit walau perusahaan ini sudah menjangkau usia 18 tahun lamanya. 
Dengan keunikan ini, ia menjadikan Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh mempunyai daya tarikan di Selama, Perak. Air gunung semulajadi terus mengalir, memberi banyak khasiat dan kelebihan tersendiri


Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh mempunyai sebanyak 9 kolam. Saiz kolam di sini adalah 100 x 80 kaki persegi. Ini termasuk kolam memancing dan menternak udang galah. 
Setiap 6 bulan adalah tempoh matang untuk menuai Udang Galah. Setiap kali musim menuai, anggaran sebanyak 100kg hingga 150kg hasil Udang Galah berjaya dituai


Udang Galah di sini mendapat permintaan yang cukup tinggi dari kalangan pelanggan dalam negeri mahupun para pengunjung yang datang dari luar negeri Perak


Tempat ini diusahakan oleh Encik Yusni Dahalan yang merupakan Pemilik Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh. Lokasi ini terletak dekat dengan Lata Buluh yang juga merupakan salah satu daripada 7 destinasi lata dan air terjun di daerah Selama, Perak
UDANG GALAH TERBAIK ADA DI PERAK
Kalau sebut Udang Galah, negeri Perak mengungguli carta. Ini kerana, masyarakat umum mengetahui Bandar Udang Galah adalah di Teluk Intan, Tanjung Tualang sahaja. Kini, Selama juga mempunyai Udang Galah. Bakal menjadi destinasi Food Hunting buat kami semua. Hahaha. 
Udang Galah di Teluk Intan dan Tanjung Tualang terkenal sebagai destinasi makan-makan di negeri Perak. Namun, daerah itu agak kecil dan ia dikenali sebagai Pekan Udang Galah. Kebanyakan udang galah di kedua-dua tempat ini datangnya dari Sungai Perak

KADAR HARGA MEMANCING UDANG GALAH
Di Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh, anda boleh memancing, beli udang galah atau makan menu Udang Galah. Harga Udang Galah yang diternak oleh Encik Yusni dijual pada harga RM75 sekilogram

Kolam ini terletak berdekatan dengan Lata Buluh yang juga merupakan satu daripada 7 destinasi lata dan air terjun di daerah Selama, Perak

Jika anda hendak memancing Udang Galah, harganya bermula dari 1 jam RM13, 2 jam RM 25, 3 jam RM 39 dan 4 jam RM50. PERCUMA 1 jam apabila anda memilih memancing selama 4 jam RM 50 tu. Lagi untung kan? Maka 5 jam memancing di Kolam Udang Galah pasti menyeronokkan. Hasilnya pasti lumayan juga

MAKAN MEE UDANG GALAH
Mee Udang Galah adalah menu wajib apabila sampai di Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh adalah wajib buat anda semua. Dibuka setiap Selasa hingga Ahad. Anda boleh datang terus ke warung di tepi kolam. 

Paling nikmat apabila makan mee udang galah dan digandingkan bersama minum istimewa iaitu air limau ais Selama. Hanya di Selama limau ais dia sedap ye kawan-kawan. 
Buat anda yang ingin ke daerah Selama, jemput datang ke Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh. Rasai sendiri pengalaman memancing udang galah yang segar dan nikmati sendiri kemanisan Udang Galah di sini


Jika anda ingin ke Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh atau bertanya berkenaan aktiviti pelancongan di Selama. Anda boleh menghubungi Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama

Encik Razif: 010 3714548Encik Rofizlan: 0195217385
Kolam Udang Galah Air Gunung Lata BuluhKampung Klian Gunung,Ijok, 34510 Batu Kurau, Perak
“Program Lawatan Produk Eko-Pelancongan (Homestay, Water Rafting, Climbing, Caving) di Selama - Gopeng, Perak Darul Ridzuan pada 6-9 Disember 2022 merupakan anjuran Unit Nature Adventure, Tourism Malaysia dengan kerjasama Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama, Selama Rafting dan Gua Tempurung Extreme. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Selama & Gopeng, Perak.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/02/kolam-udang-galah-air-gunung-lata-buluh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Lemas Di Kolam Pusat Rekreasi Air Panas

Kanak Kanak Lemas Di Kolam Pusat Rekreasi Air Panas

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 139 hits
ORANG awam sedang memberikan bantuan pernafasan kepada kanak kanak yang ditemukan lemas dalam salah kolam dewasa di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling Kanak kanak Lemas Di Kolam Pusat Rekreasi Air Panas Assalamualaikum warahmatullah...
Kegembiraan Seisi Keluarga Bertukar Duka Anak 5 Tahun Lemas Di Kolam Air Panas

Kegembiraan Seisi Keluarga Bertukar Duka Anak 5 Tahun Lemas Di Kolam Air Panas

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 308 hits
Seorang kanak kanak perempuan ditemukan lemas dalam salah sebuah kolam air panas ketika beriadah bersama keluarga di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong Baling Kedah kelmarin Ketua Polis Daerah Superintenden Shamsudin Mamat berkata po...
Mpok Alpa Kasih Minum Air Kolam Renang Bunda Corla Ngamuk Jangan Kurang Ajar

Mpok Alpa Kasih Minum Air Kolam Renang Bunda Corla Ngamuk Jangan Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 180 hits
Bunda Corla haus Tiba tiba saja Mpok Alpa memberikan segelas air Saat ditanya dari mana air itu berasal Mpok Alpa dengan santainya menjawab dari kolam renang Bunda Corla langsung ngamuk Simak ulasannya berikut ini
Daging Bakar Air Asam Sambal Sotong

Daging Bakar Air Asam Sambal Sotong

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 179 hits
Assalamualaikum WBTJUMAAT minggu ketiga keempat di bulan Januari tahun 2023 Masak Sambal Sotong di hari kedua Tahun Baru Cina sehari selepas pulang bercuti dari Kelantan Memang satu hari tu malas nak keluar pagi pun sarapan roti aje Pak Inc...
10 Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer Serius Mudah Sedap Tekan Je Jadi

10 Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer Serius Mudah Sedap Tekan Je Jadi

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 331 hits
Pernah tak cuba buat ayam bakar menggunakan Air Fryer Sekarang ni memang lebih mudah menggunakan air fryer bukan sahaja simple dan mudah rasanya juga sedap dan mesti cuba Menggunakan Air Fryer ni sememangnya banyak resipi baru yang dikongsi...
T18l13 Aina Dan Roti Canai Tengok Air Pancut Menara Tm

T18l13 Aina Dan Roti Canai Tengok Air Pancut Menara Tm

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 120 hits
13 Disember 2018 22 15 KhamisAnimasi Aina sibuk nak makan roti canaiXiaomi Redmi Note 5ASalah satu makanan kegemaran Nor Aina ialah roti kosong atau roti canai biasa Aina boleh makan roti canai tu sendiri sahaja tanpa disuap Dia selalunya a...
Jambu Air Depan Rumah

Jambu Air Depan Rumah

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 164 hits
Dari luar tak nampak buah yang tengah merah menyalaIntai dekat sikit barulah nampak Pokok ni kami tanam awal tahun 2020 Masa mula mula pindah masuk rumah ni Awal tahun 2023 berbuah lebat Alhamdulillah Besar besar juga buahnyaMY panggil jamb...
Sedapnya Aiskrim Soda Sakura Kombinasi Soda Air Laici Cantik Macam Ikan Kecil

Sedapnya Aiskrim Soda Sakura Kombinasi Soda Air Laici Cantik Macam Ikan Kecil

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 183 hits
Lain dari yang lain Gabungan aiskrim soda dan air laici yang diilhamkan dengan cebisan potongan buah laici ini memang superb Anak mesti suka lagi lagi bila nampak cantik berwarna warna Nak buatnya pun taklah sukar Hanya warnakan sahaja cebi...
Pesawat Lion Air Tabrak Atap Garbarata Bandara Mopah Merauke Take Off Dibatalkan

Pesawat Lion Air Tabrak Atap Garbarata Bandara Mopah Merauke Take Off Dibatalkan

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 425 hits
Pesawat Lion Air dengan nomor penerbangan JT 794 menabrak garbarata Bandara Mopah Merauke Kamis Peristiwa itu terjadi saat pesawat yang membawa 125 penumpang itu hendak take off menuju Sentani Kabupaten Jayapura
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa