Kanak Kanak Lemas Di Kolam Pusat Rekreasi Air Panas


ORANG awam sedang memberikan bantuan pernafasan kepada kanak-kanak yang ditemukan lemas dalam salah kolam dewasa di Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong, Baling. Kanak-kanak Lemas Di Kolam Pusat Rekreasi Air Panas.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Hari ini ada ini berkongsi berita yang menyayatkan hati kita semua iaitu kanak-kanak lemas di kolam pusat rekreasi air panas, kes kejadian terjadi di baling Kedah ikuti berita di bawah.
BALING – Seorang kanak-kanak perempuan kecil yang berusia lima tahun telah meninggal dunia akibat lemas di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa bersama keluarga tiba di pusat rekreasi tersebut pada pukul 8 malam, kelmarin untuk beriadah di situ.
“Pada awalnya mangsa mandi di ruang kolam kanak-kanak sebelum dia dikatakan hilang daripada pandangan keluarga.
“Ahli keluarga terus mencarinya di sekitar kawasan kolam, tetapi gagal menemuinya,” katanya di sini hari ini.
Sesiapa yang berminat untuk mengikuti info-info kerjaya terbaru bantuan kerajaan dan maklumat-maklumat penting daripada kerajaan anda boleh ikuti telegram maklumat terpantas di bawah:

Kanak-kanak Lemas Di Kolam Pusat Rekreasi Air Panas Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa bersama keluarga tiba di pusat rekreasi tersebut pada pukul 8 malam, kelmarin untuk beriadah di situ
Kata beliau, mangsa ditemui oleh seorang pengunjung yang sedang mandi di kolam dewasa kira-kira 15 minit kemudian.
“Mangsa dibawa keluar dari kolam dewasa dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan (CPR).
“Waris seterusnya menghubungi pihak Hospital Daerah Baling sebelum mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulans,” ujarnya.
Menurutnya, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia ketika dibawa ke hospital sebelum kematiannya disahkan pada pukul 11.20 malam.
“Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada semalam dan punca kematian adalah disebabkan lemas,” jelasnya.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Saya ingin menasihatkan masyarakat khususnya ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Baca juga:
Bas Persiaran Terbakar Di Plaza Tol UPM
Murid Hadiahkan Cikgu Udang Besar Bawa Masuk Dalam Kelas
Kes disiasat di bawah Seksyen Akta Kanak-Kanak Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada Hospital Daerah Baling yang memaklumkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia.
Daripada hasil siasatan, kejadian kira-kira pukul 8 malam pada Sabtu lalu itu berlaku selepas kanak-kanak terbabit berada di kawasan tersebut bersama ahli keluarganya bagi tujuan riadah.
“Pada awalnya, mangsa mandi di ruangan kolam kanak-kanak, namun kemudian dia hilang daripada pandangan dan warisnya gagal mencari mangsa di sekitar kolam berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Shamsudin berkata, kira-kira 15 minit kemudian, kanak-kanak tersebut dijumpai oleh pengunjung yang sedang mandi di salah satu ruangan kolam dewasa.
“Kanak-kanak tersebut dibawa keluar dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bantuan awal pernafasan (CPR) diberikan dan waris menghubungi hospital sebelum ambulan membawanya ke unit kecemasan,” katanya.
Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia ketika dibawa ke hospital pada pukul 11.20 malam dan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar mengesahkan punca kematian disebabkan lemas.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak iaitu mana-mana individu yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak yang mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal. “Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya. Justeru, Shamsudin menasihati masyarakat khususnya ibu bapa yang berkunjung ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak supaya tidak berulang kejadian tidak diingini pada masa akan datang. –UTUSAN
Tips Keselamatan Ketika Mandi Aktiviti main air atau berenang merupakan antara aktiviti yang menjadi kesukaan kanak-kanak bila cuti.
Aktiviti ini dapat memberi kegembiraan dan keseronokan kepada kanak-kanak dan anak-anak kerana air bersifat terapuitik yang menjadi terapi menghilangkan tekanan serta kebosanan dalam kalangan kanak-kanak.
Walaubagaimanapun, kemalangan atau kecelakaan boleh berlaku di tempat main air jika aspek-aspek keselamatan tidak dititikberatkan sepanjang aktviti main air dijalankan.
Maka, setiap ibubapa mahupun penjaga perlu membuat persediaan senarai semak keselamatan semasa aktiviti main air dijalankan bagi memastikan kanak-kanak seronok beraktiviti dalam persekitaran fizikal dan emosi yang selamat.
1. Air yang bersih dan selamat
Ibubapa perlu memastikan air yang digunakan untuk aktiviti main air adalah bersih, tidak keruh dan dijauhi daripada najis binatang. Pastikan air sentiasa bertutup jika tidak digunakan bagi mengelak kehadiran jejentik yang boleh menjejaskan kesihatan anak anak.
2. Peralatan main air yang selamat
Peralatan main air yang digunakan perlulah bersih, tahan lama, tidak berkarat, tidak tajam dan tidak mudah rosak seperti pelampung, google, gayung dan apa sahaja yang boleh digunakan, disesuaikan dan dimanfaatkan dalam aktiviti main air. Ini penting bagi memastikan anak-anak dapat meneroka segala bahan dan peralatan main air yang selamat dalam persekitaran yang selamat dan meyakinkan.
3. Kedalaman air yang cetek
Kedalaman air yang digunakan untuk aktiviti main air perlulah cetek dan bersesuaian dengan tahap umur anak kita. Ingat! Membiarkan kanak-kanak dan anak-anak mandi di kolam renang yang mempunyai kedalaman air yang tidak bersesuaian boleh mengundang risiko lemas. Air walaupun pada kadar 2.5sm boleh menyebabkan risiko lemas.
4. Suhu air yang bersesuaian
Ibubapa bertanggungjawab memastikan air yang digunakan untuk aktiviti main air tidak terlalu panas kerana dikhuatiri boleh melecur atau terlalu sejuk juga boleh menyebabkan ana anak mengalami hipotermia.
5. Pakaian yang sesuai
Guru perlu memastikan anak-anak memakai pakaian mandi yang sesuai, selesa dan selamat semasa aktiviti main air. Elakkan kanak-kanak memakai pakaian yang boleh menyekat pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti main air bagi mengelak risiko kemalangan.
6. Pemantauan ibubapa
Pastikan ruang aktiviti bermain air adalah dalam ruang lingkup yang boleh dipantau dan dalam kawalan ibubapa. Ibubapa bertanggungjawab untuk memantau aktiviti anak-anak sepanjang bermain air. Elakkan membiarkan anak-anak bersendirian atau membiarkan mereka bermain sesama rakan sebaya tanpa pemantauan ibubapa.
7. Penerapan disiplin dan nilai murni
Anak-anak perlu didedahkan tentang keselamatan melalui disipin dengan bantuan kita(ibubapa). Jelaskan pada anak-anak peraturan dan prosedur semasa bermain air dengan menggunakan arahan yang mudah difahami seperti mengingatkan mereka supaya beratur sebelum masuk ke kolam renang, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini. Terapkan nilai murni seperti kesabaran, tunggu giliran dan bekerjasama semasa aktiviti main air dijalankan.
Sumber:Nur Akmar arif
Takziah Kepada Ahli Keluarga  Admin mendoakan supaya jenazah adik ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para para solihin dan juga kepada keluarga Beliau tabah dan kuat untuk menghadapi ujian Allah subhanahu wataala ini dengan penuh keredhaan Allah kalau kita doakan yang Allah jadikan akan bagi kebaikan lebih besar kepada kita insya-allah. Samalah kita doakan untuk Kanak-kanak Lemas Di Kolam Pusat Rekreasi Air Panas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/01/kanak-kanak-lemas-di-kolam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kegembiraan Seisi Keluarga Bertukar Duka Anak 5 Tahun Lemas Di Kolam Air Panas

Kegembiraan Seisi Keluarga Bertukar Duka Anak 5 Tahun Lemas Di Kolam Air Panas

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 303 hits
Seorang kanak kanak perempuan ditemukan lemas dalam salah sebuah kolam air panas ketika beriadah bersama keluarga di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong Baling Kedah kelmarin Ketua Polis Daerah Superintenden Shamsudin Mamat berkata po...
Elak Anak Minum Air Botol Plastik Dalam Kereta Waktu Tengah Panas Ini Sebabnya Elak Semampu Boleh

Elak Anak Minum Air Botol Plastik Dalam Kereta Waktu Tengah Panas Ini Sebabnya Elak Semampu Boleh

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 193 hits
Air mineral yang disimpan lama lebih lebih lagi waktu tengahari ketika panas sebaiknya dielakkan untuk anak minum Apa sebabnya Menurut perkongsian air dalam botol plastik yang panas ini akan mengganggu imuniti anak Ini yang mak ayah perlu t...
Mpok Alpa Kasih Minum Air Kolam Renang Bunda Corla Ngamuk Jangan Kurang Ajar

Mpok Alpa Kasih Minum Air Kolam Renang Bunda Corla Ngamuk Jangan Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 175 hits
Bunda Corla haus Tiba tiba saja Mpok Alpa memberikan segelas air Saat ditanya dari mana air itu berasal Mpok Alpa dengan santainya menjawab dari kolam renang Bunda Corla langsung ngamuk Simak ulasannya berikut ini
Budak 4 Tahun Lemas Dalam Takungan Air Depan Rumah

Budak 4 Tahun Lemas Dalam Takungan Air Depan Rumah

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 204 hits
Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam menunjukkan lokasi mangsa ditemukan lemas PETALING JAYA Kanak kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan lemas dipercayai terjatuh dalam takungan air di hadapan rumah dalam kejadian di Tawau semalam ...
Buaya Hantar Mayat Kanak Kanak Lemas Kepada Keluarga

Buaya Hantar Mayat Kanak Kanak Lemas Kepada Keluarga

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 103 hits
JAKARTA Seorang kanak kanak berusia empat tahun Muhammad Ziyad Wijaya mati lemas ketika bermain di Sungai Mahakam Kutai Kartanegara Kalimantan Timur dan mayatnya dikatakan dihantar buaya Menurut laporan detik com mayat kanak kanak itu ditem...
Ekspresi Kuat Ma Ruf Hapus Air Mata Dituntut 8 Tahun Penjara

Ekspresi Kuat Ma Ruf Hapus Air Mata Dituntut 8 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 136 hits
Jaksa Penuntut Umum menuntut terdakwa Kuat Maruf 8 tahun dalam perkara pembunuhan berencana Nofriansyah Yosua Hutabarat alias Brigadir J JPU meyakini Kuat Maruf mengetahui rencana pembunuhan Brigadir J yang disusun Ferdy Sambo
Sunscreen Terbaik Sunscreen Yang Boleh Basuh Dengan Air Hansaegee Nature

Sunscreen Terbaik Sunscreen Yang Boleh Basuh Dengan Air Hansaegee Nature

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 1122 hits
Salam halo semua Yup nak bagitahu ni sis maintain pakai Dah masuk 4 bulan lebih dah ni pakai Sunscreen Alhamdulillah masih kuat semangat untuk pastikan kulit sis terjamin dari sinaran matahari yang akan merosakkan muka Yerla nak cecantik ke...
Begini Ekspresi Kuat Maruf Dituntut 8 Tahun Bui Tertunduk Lesu Hingga Usap Air Mata

Begini Ekspresi Kuat Maruf Dituntut 8 Tahun Bui Tertunduk Lesu Hingga Usap Air Mata

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 159 hits
Kuat Maruf menghadapi sidang tuntutan kasus pembunuhan Brigadir J di Pengadilan Negeri Jakarta Selatan Setelah membacakan dakwaan Jaksa Penuntut Umum menuntut Kuat 8 tahun penjara pada kasus tersebut Mendengar tuntutan itu Kuat tampak tak k...
Business Marketing For Success

Ayam Madu Sira Masak Guna Resipi Ni Memang Sangat Sedap

Andika Putera Biodata Usahawan Kacak Geng Old Money

Ikan Siakap Masak Berlada

Biarkan Aku Menangis

Apa Itu Old Money Memahami Konsep Old Money Dan Keistimewaannya Yang Unik

Lirik Lagu Nombor 1 Sleeq

Justice Beyond Life Tun Mahathir S Tribute To A Fallen Comrade


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Semangat Naim Untuk Menulis Random Isu

Zikir Pembuka Pintu Rezeki

Ev Kenderaan Pakai Buang

Inilah Hakikat Anak Muda Terlalu Disajikan Dengan Hiburan

Dakwaan Skandal Rasuah Adun Sabah Kaitkan Hajiji Adalah Fitnah Ngo

Eplane Seizes India S Air Taxi Buzz With New 14m Funding Round