Kolaborasi Strategik Kkm Pelbagai Agensi Hadapi Covid 19 Dr Adham Baba




Sebagai persediaan mendepani pandemik COVID-19 ke tahap paling kritikal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama beberapa agensi penyelidikan dan khidmat teknikal mengadakan kolaborasi strategik dalam menghasilkan inovasi baharu peralatan bagi menangani masalah kesihatan yang melanda dunia ketika ini.
Mengumumkan Kolaborasi Strategik Inovasi Kejuruteraan Kesihatan di sini hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata KKM mengalu-alukan penghasilan idea bagi mencari kaedah serta pendekatan terbaik dalam memperbaharui teknologi sektor perubatan moden.
Beliau berkata hasil kolaborasi itu, tiga inovasi telah dihasilkan iaitu prototaip Peranti Perubatan Ventilator Menggunakan Teknologi 3D dan prototaip ‘Splitter Kit’ Ventilator untuk kegunaan lebih daripada seorang pesakit serta Unit Rawatan Rapi Hibrid di Lapangan (FHyICU).
“Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM telah meneroka kaedah alternatif dengan menghasilkan ventilator berteknologi maju 3D Printing Medical kolaborasi bersama Universiti Teknologi Malaysia dan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia ini telah berjaya menghasilkan prototaip pertama,“ katanya pada majlis taklimat media mengenai kolaborasi strategik itu di sini hari ini.
Dr Adham berkata prototaip itu akan menjalani pengujian sepenuhnya bersama SIRIM agar dapat berfungsi untuk menyokong keperluan asas bantuan pernafasan bagi pesakit COVID-19.
Bagi prototaip ventilator teknologi 3D, objektif penghasilan ialah ventilator kos rendah menggunakan teknologi 3D dan perkakasan minimum bertujuan menyokong keperluan asas pesakit COVID-19 sekiranya jangkitan di negara ini sampai ke tahap kritikal.
Pembangunan prototaip ‘splitter kit’ pula bertujuan membolehkan sebuah ventilator digunakan oleh dua pesakit bagi menyokong keperluan pernafasan pesakit COVID-19, dengan memastikan tidak berlaku pemindahan jangkitan.
FHyICU merupakan gabungan pembinaan unit rawatan rapi (ICU) dan wad isolasi secara mudah dipasang serta dibuka selain boleh dibina di lokasi diperlukan dengan kos yang efektif.
Teknologi kolaborasi bersama UEM Edgenta Berhad ini boleh menempatkan 10 katil yang bersaiz dari 20.88 meter x 6.50 meter x 3 meter (ketinggian siling).
Berkonsepkan keperluan situasi kecemasan dan ICU hospital medan, ia dilengkapi bilik persalinan, stor linen, stesen jururawat, kawasan pesakit, tandas, bilik dof, bilik mandi, bilik bekalan dan bilik bedah.
Sementara itu, Dr Adham berkata kolaborasi pintar Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan akan menggembleng kepakaran tempatan dan antarabangsa dalam memajukan teknologi kesihatan di Malaysia.
Beliau berkata ini selaras dengan usaha mewujudkan pusat kecemerlangan dalam bidang Kejuruteraan Biomedikal di KKM dan Fasiliti Kesihatan.
“Keterujaan hasil kerjasama awal ini saya kongsikan bersama dengan anda semua agar permulaan kejayaan ini perlu disebarluaskan kerana adalah penting untuk kita semua ketahui,” katanya.
Dr Adham juga berkata dalam pertempuran untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19, negara bangga dengan pengorbanan petugas barisan hadapan KKM dan seluruh agensi terlibat yang tidak pernah mengeluh malah bersemangat memastikan negara terus kekal aman serta makmur tanpa kemudaratan yang boleh membinasakan seluruh ekosistem negara ini.
Beliau mengulangi bahawa rakyat yang berperanan duduk di rumah adalah sebahagian daripada pejuang dalam usaha memenangi pertempuran menentang COVID-19 ini.
“Negara memerlukan kerjasama kita semua untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19. Untuk menang memerlukan pengorbanan, dan semestinya pengorbanan anda semua di barisan hadapan mahu pun kecekalan mereka yang di rumah, amat kami hargai dan sanjung tinggi, “ katanya.- BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/14/kolaborasi-strategik-kkm-pelbagai-agensi-hadapi-covid-19-dr-adham-baba/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kolaborasi-strategik-kkm-pelbagai-agensi-hadapi-

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecekapan Kkm Bendung Covid 19 Luar Biasa

Kecekapan Kkm Bendung Covid 19 Luar Biasa

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 193 hits
Reaksi spontan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia semasa berjalan keluar dari Flat Selangor Mansion selepas mengeluarkan penghuni yang disyaki postifi Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid India Kuala Lumpur foto AFF...
Kkm Umum 4 Subkluster Covid 19 Di Madrasah Dan Tahfiz Di Empat Negeri

Kkm Umum 4 Subkluster Covid 19 Di Madrasah Dan Tahfiz Di Empat Negeri

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 221 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan empat sub kluster Covid 19 melibatkan madrasah dan tahfiz di empat negeri Di Jerantut Pahang seramai 410 pelajar madrasah disaring di mana melibatkan 297 pelajar dan 104 kakitangan Daripada jumlah ...
Orang Malaysia Hebat Hadapi Covid 19

Orang Malaysia Hebat Hadapi Covid 19

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 525 hits
Orang Malaysia HEBAT Bila diarahkan PKP workfromhome orang Malaysia mampu duduk dirumah patuh arahan Kerajaan pihak berkuasa Segelintir orang Malaysia je bebel message tak sampai katanya Orang Malaysia HEBAT PPE tak cukup Face shield takde ...
Pesakit Kronik Warga Emas Berisiko Tinggi Hadapi Covid 19

Pesakit Kronik Warga Emas Berisiko Tinggi Hadapi Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 271 hits
SHAH ALAM 16 APRIL Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan dua kelompok umur dalam kalangan warga emas yang berisiko tinggi mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan Covid 19 kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham berkat...
13 Tips Untuk Hadapi Pandemik Covid 19 Dan Perintah Kawalan Pergerakan

13 Tips Untuk Hadapi Pandemik Covid 19 Dan Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 317 hits
Kalau ikutkan sudah pelbagai tips dan panduan diberikan untuk mengekang penularan wabak Covid 19 dalam kalangan masyarakat dan rakyat Malaysia Namun masih lagi ada segelintir masyarakat yang degil dan tak endahkan nasihat diberikan Ada yang...
Covid 19 Kkm Sahkan Daerah Muar Sebagai Zon Merah

Covid 19 Kkm Sahkan Daerah Muar Sebagai Zon Merah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 326 hits
Terdapat pertambahan zon merah menjadi kepada 27 mengikut statistik terbaharu sehingga 12 tengah hari 14 April Daerah terbaharu zon merah ialah Muar Daerah ini mencatatkan 44 kes positif Covid 19 Ini menjadikan pertambahan zon merah di Joho...
Lebih Baik Adham Baba Berdiam Atau Undur Diri

Lebih Baik Adham Baba Berdiam Atau Undur Diri

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 348 hits
Tokoh wartawan veteran Datuk Abdul Kadir Jasin menasihatkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba untuk tidak lagi memberi alasan ekoran salah menyebut jumlah negara di dunia Menurutnya umum mengetahui sifat doktor perubatan sebagai individu yang...
Kkm Sasar Lebih 8 000 Pelajar Tahfiz Jalani Saringan Covid 19

Kkm Sasar Lebih 8 000 Pelajar Tahfiz Jalani Saringan Covid 19

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 279 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia kini menyasarkan kira kira 8 616 pelajar tahfiz bagi menjalani saringan jangkitan Covid 19 Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kementeriannya sedang menumpukan sasaran kepada gol...
Kkm Sahkan Terowong Disinfeksi Tidak Mampu Bunuh Covid 19

Kkm Sahkan Terowong Disinfeksi Tidak Mampu Bunuh Covid 19

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 360 hits
PUTRAJAYA Penggunaan terowong disinfeksi bagi proses nyah kuman disahkan tidak mampu membunuh kuman malahan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan penilai...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday