Kolaborasi Paling Gempak Tahun Ini Beto Kusyairy Teruja Bekerjsama Dengan Sofyank Metal Slug Awakening




Kolaborasi Paling Gempak Tahun Ini! Bawa watak hero aksi permainan, Beto Kusyairy Teruja Bekerjsama Dengan Sofyank. Beto: “Penggambaran Paling Susah Buat Pelakon” | Pertama kali membawakan watak hero aksi sebuah siri permainan arked popular era 90-an Metal Slug, pelakon disegani Beto Kusyairy cukup teruja dapat bekerjasama dengan pereka kandungan digital berbakat besar, Sofyank dalam sebuah video bagi mempromosikan versi baharu permainan tersebut iaitu Metal Slug: Awakening.

Melakonkan watak Tarma Roving—salah satu watak utama dalam Metal Slug: Awakening, Beto berkongsi kegembiraannya apabila menerima tawaran tersebut. 

“Saya cukup teruja untuk bekerja dengan Sofyank kerana pada saya dia adalah permata berharga negara. Saya memang menanti-nantikan untuk berseronok di set penggambaran kerana watak ini adalah berdasarkan permainan video yang melibatkan adegan aksi dan tembak-menembak.”
Menceritakan pengalamannya sewaktu di set penggambaran, pemenang Aktor Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 itu berkata dia perlu mempunyai imaginasi yang tinggi sewaktu menjayakan watak tersebut. “Kita semua tahu Sofyank adalah pakar kesan visual CGI, jadi sedari awal lagi kami sudah berbincang tentang jalan cerita, latar belakang dan pergerakan agar semuanya menjadi selari dengan apa yang dia mahu lakukan.”

Sementara itu, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah selaku pengarah video tersebut turut sama melakonkan satu lagi watak utama iaitu Marco Rossi. Memilih untuk melakukan penggambaran video tersebut di Stadium Shah Alam, Sofyank berpendapat bahawa status ikonik stadium tersebut bertepatan dengan permainan Metal Slug yang dianggap sebagai legenda terutamanya bagi mereka yang lahir pada era 80-an dan 90-an.

Ujar Sofyank, 

“Kemunculan semula Metal Slug sememangnya mengembalikan nostalgia. Sebab itulah Stadium Shah Alam dijadikan lokasi kerana ianya bakal dirobohkan dan sudah pasti akan menggamit kenangan rakyat Malaysia.”Sofyank yang sebelum ini memenangi pertandingan Ultimate VFX Challenge - Magic of the Month anjuran Zach King itu turut mengulas mengenai kolaborasinya bersama Beto, 

“Saya sendiri yang memilih Beto kerana dia merupakan aktor hebat generasi kini, dan ramai orang sering menyuarakan hasrat untuk melihat kami bekerjasama dan akhirnya ia menjadi kenyataan.” 
Selain daripada Beto Kusyairi dan Sofyank, video tersebut turut menampilkan atlet e-sukan terkemuka, Soloz yang mempunyai lebih 3 juta pengikut di media sosial. Soloz yang memegang watak sebagai pemain permainan sama seperti kehidupan sebenarnya turut mengatakan bahawa Metal Slug: Awakening merupakan antara permainan terbaik yang pernah dimainkan olehnya.

 
Bukan itu sahaja, kolaborasi tersebut turut melibatkan selebriti tempatan lain seperti Jinnyboy dan pempengaruh popular Cathryn Li, yang juga merupakan salah seorang pemain piano tercantik di Asia dengan jumlah pengikut menghampiri 5 juta orang dari serata dunia. Ternyata gabungan nama-nama ini menjadikan video tersebut sebagai kolaborasi paling gempak untuk tahun 2023.
Dilesenkan oleh SNK, Metal Slug: Awakening yang berasal dari Jepun ini merupakan salah satu harta intelek permainan yang paling dinanti-nantikan semula kemunculannya pada tahun ini.

Nantikan video Metal Slug: Awakening yang bakal dilancarkan pada 21 Ogos ini. Bagi menghangatkan lagi pelancaran video rasmi tersebut, sebuah video di sebalik tabir telah dimuat naik oleh Sofyank dan mencapai sebanyak 100 ribu tontonan dalam masa sehari, lantas meningkatkan lagi antisipasi terhadap produksi tersebut.

Sementara para peminat menantikan pelancaran video rasmi tersebut, Metal Slug: Awakening boleh mula dimuat turun dari App Store atau Google Play Store mulai sekarang. Untuk maklumat lanjut, nantikan informasi terbaharu di halaman rasmi:

 
Saluran Sosial & Komuniti RasmiPra-daftar sekarang:  https://metalslugsea.onelink.me/cQAj/i11dtu9uLaman Web Rasmi: https://pre-reg.metalslugawk.vnggames.com/sgmyHalaman rasmi Facebook: https://www.facebook.com/MetalslugawakeningSGMY Kumpulan rasmi Facebook: https://www.facebook.com/groups/1785304858401025 Discord: https://discord.gg/4ppXvt5nT5



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zatisalim.com/2023/08/kolaborasi-paling-gempak-tahun-ini-beto.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Depan Gibran Psi Dukung Cawapres Usia 35 Tahun Jika Gugatan Uu Pemilu Dikabulkan Mk

Di Depan Gibran Psi Dukung Cawapres Usia 35 Tahun Jika Gugatan Uu Pemilu Dikabulkan Mk

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 162 hits
PSI mendukung calon wakil presiden berusia 35 tahun apabila gugatan batas usia Capres Cawapres dikabulkan MK
Upaya Pertahankan Kelenteng Hok Tek Tjeng Sin Berusia 100 Tahun Yang Terancam Hilang Di Meja Hijau

Upaya Pertahankan Kelenteng Hok Tek Tjeng Sin Berusia 100 Tahun Yang Terancam Hilang Di Meja Hijau

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 187 hits
Hal itu setelah PN Jaksel memenangkan PT Danataru Jaya atas tergugat Lillany Widjaja terhadap tanah seluas 462 meter persegi menjadi akses jalan masuk ke vihara
Hiburan Tahun Depan Dah Kahwin 10 Tahun Orang Tak Tahu Betapa Sukar Dapatkan Zuriat Elizad Tak Dapat Tahan Sebak

Hiburan Tahun Depan Dah Kahwin 10 Tahun Orang Tak Tahu Betapa Sukar Dapatkan Zuriat Elizad Tak Dapat Tahan Sebak

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 260 hits
Pelakon dan penyampai radio Siti Elizad tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan zuriat setelah lebih sembilan tahun mendirikan rumah tangga bersama suami Dalam pada sedang menangis Elizad 39...
Gerindra Tak Setuju Usia Capres Maksimal 70 Tahun Membatasi Hak Konstitusi Orang

Gerindra Tak Setuju Usia Capres Maksimal 70 Tahun Membatasi Hak Konstitusi Orang

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 177 hits
Gugatan batas usia Capres Cawapres menjadi 70 tahun ini hanya mengambil hak orang
Saya Dir Gol Ketika Umur 6 Tahun Kesal Sering Dipersalahkan Dj Soda Buat Pendedahan Mengejut

Saya Dir Gol Ketika Umur 6 Tahun Kesal Sering Dipersalahkan Dj Soda Buat Pendedahan Mengejut

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 302 hits
Baru baru ini DJ Soda mendedahkan bahawa dia pernah diserang secara seksual semasa kecil ARTIKEL BERKAITAN Pada 22 Ogos DJ Soda telah memuat naik satu hantaran di Instagram meluahkan perasaan selepas diserang secara seksual ketika persembah...
Tengok Lah 10 Tahun Bercinta Sooyoung Ulas Jika Mahu Kahwini Jung Kyungho

Tengok Lah 10 Tahun Bercinta Sooyoung Ulas Jika Mahu Kahwini Jung Kyungho

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 239 hits
Siapa yang tak nak melihat pasangan kesayangan mereka berkahwin kan ARTIKEL BERKAITAN Semakin sibuk dengan pelbagai drama kini termasuklah Not Others yang baru berakhir Choi Soo young dari Girls Generation berkongsi mengenai pelbagai kisah ...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

When The Jackals Rule

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu