Kod Pakaian Pulak Dah


 


Teringat kisah lama. Zaman saya wartawan muda meliput kes jenayah. Ketika heboh polis tidak mahu menerima laporan yang dibuat orang ramai di balai yang terletak luar daripada kawasan kejadian. Ertinya polis mahu aduan dibuat di balai dalam kawasan kes yang dilapor berlaku.
Umpamanya jika kes berlaku di Kampung Baru, aduan hanya boleh dibuat sekali gus diterima polis di balai yang wilayah bidang kuasanya meliputi Kampung Baru. Oleh itu untuk kes yang berlaku di Kampung Baru, aduan mesti dibuat di Balai Polis Campbell (sekarang Dang Wangi) kerana balai itu ‘jaga’ Kampung Baru.
Alasannya salinan sesuatu aduan mesti dibawa ke balai polis yang terletaknya di kawasan kejadian untuk tindakan susulan. Contoh jika kes berlaku di Kampung Baru tetapi dilaporkan di Bukit Bintang, salinan aduan mesti dibawa pengadu ke Balai Polis Campbell jika mahu siasatan bermula cepat. Polis juga akan hantar laporan berkenaan tetapi akan makan masa.
Ads by KioskedJika nak cepat hantar sendiri. Oleh itu, pada jangkaan polis waktu itu, lebih baik aduan dibuat di balai yang menjaga kawasan kejadian. Percepat proses. Lazimnya ini membabitkan kes-kes kecil.
Orang ramai merungut kerana menyukarkan. Kata mereka, polis dengan cogan kata “Sedia Berkhidmat” mesti ambil dan terima aduan di mana-mana balai walaupun kejadian di kawasan lain. Barulah sesuai dengan ‘berkhidmat untuk orang ramai’. Bising dan kecoh waktu itu. Media main isu ini sehingga seingat saya ketua polis negara terpaksa masuk campur dan mengarahkan semua balai menerima aduan orang ramai tak kira di mana kejadian berlaku. Selesai masalah. Saya kira arahan ini masih berkuatkuasa hingga ke hari ini.
Sekarang kita dengar kes seorang wanita yang mahu buat aduan dikatakan tidak dibenar masuk ke balai polis hanya kerana berseluar pendek. Bising dan kecoh hingga hari ini. Melalui surat kepada media, menerusi Tik Tok, komen di media sosial. Pelbagai macam. Oh parodi pun ada. Teruk polis ‘dibelasah’ orang ramai dan politikus tentunya.
Bekas KPN Musa Hassan terpanggil memberi pendapat. Kata beliau, tugas polis ialah terima laporan dalam apa jua situasi bukan hanya kes hidup atau mati. Menurut beliau isu pakaian bagi orang awam ke balai polis sepatutnya tidak menjadi soal kerana perkara paling utama mereka memerlukan bantuan. Ramai yang setuju dengan Musa.
“Tiada sesiapa yang akan pergi ke balai polis melainkan mereka terpaksa (untuk buat laporan) dan memerlukan bantuan,” kata beliau.
Jelas bekas KPN mengulas kenyataan KPN sekarang, Acryl Sani Abdullah, bahawa kelonggaran kod etika pemakaian bagi orang awam yang mahu membuat aduan atau sebarang urusan lain di balai polis hanya wajar diberi jika membabitkan kes kecemasan serius. Kata beliau lagi, sekiranya tidak membabitkan kes kecemasan semua pihak perlu akur pada kod etika berpakaian yang selaras dengan prinsip kelima Rukun Negara, iaitu kesopanan dan kesusilaan. Bagaimanapun beliau berkata terpulang kepada pegawai bertugas membuat keputusan berdasarkan kes dan situasi.
Ads by KioskedMengambil kira kenyataan itu, bolehlah dijangka isu ini akan berterusan buat seketika lagi, atau mungkin lama lagi sebelum selesai. Masyarakat kita, termasuk saya, lazimnya suka berpakaian sempoi atau santai. Kita tak suka “over-dress”. Mungkin kerana cuaca kita panas. Oleh itu kita selesa pakai “t-shirt” dengan seluar pendek, dan berselipar. Baik lelaki mahupun wanita. Muda atau tua. Ada yang gemar berseluar jeans, namun tetap mengenakan kemeja T.
Dewasa ini banyak bos tak kisah sangat akan pakaian staf mereka. Janji mereka “perform”. Lalu ramai yang ke pejabat berpakaian sama seperti pergi jalan-jalan ke kompleks beli-belah, nonton wayang, ngopi, rilek-rilek. Bosnya pun berpakaian begitu. Mungkin dipengaruhi cara mendiang Steve Jobs dan Mark Zuckerberg berpakaian ketika bertugas atau membuat “presentation”.
Akan tetapi jabatan kerajaan ada kod pakaian khusus untuk kakitangan ketika bertugas. Begitu juga sesetengah syarikat swasta.
Biasa juga saya nampak anak muda berjeans dan berjersi kelab bola sepak kesayangan mendirikan solat. Tertera di jersi jenama penaja – kadang kala bir terkenal. Tidak mengapa. Asalkan khusyuk dan ikhlas dengan nawaitu betul. Bukan pakaian yang dipandang Tuhan. Asalkan bersih dan tutup aurat.
Biasa juga saya lihat tetamu majlis perkahwinan datang berpakaian “simple” yakni jeans, jersi bola, kemeja T, seluar pendek pun kadangkala ada meskipun hos dan tentulah pasangan pengantin berpakaian formal. Begitu juga pada majlis perkahwinan Melayu. Ada tetamu datang begitu “simple” meskipun tuan rumah berbaju Melayu lengkap, siap bersampin. Namun pada majlis itu lazimnya ramai wanita datang berpakaian tradisional sesuai dengan majlis. Syabas. Bagi saya cara tetamu berpakaian melambangkan rasa hormat kepada tuan rumah.
Beberapa minggu lalu bising dan kecoh juga pasal “trailer” filem Pulau. Bukan saja pasal aksi panas tetapi juga pemakaian beberapa watak di tepi pantai. Bagi saya pakaian yang dipaparkan ialah pakaian lazim orang di tepi pantai atau kolam renang.
Ads by KioskedApabila Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri beliau muncul tanpa bertali leher walaupun semasa bertugas dan menerima kunjungan tetamu. Beliau sekadar berkemeja dan memakai jaket. Serta-merta semua menteri, timbalan menteri, dan pegawai kanan kerajaan berpakaian seperti itu. “No ties”. Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, juga melonggarkan kod pakaian untuk sidang Parlimen. Pakai kemeja, jaket. Tanpa tali leher. Memadai.
Semasa saya menulis artikel ini saya baharu terbaca laporan Adun Mengkibol, Chew Chong Sin, mahu perdana menteri melonggarkan etika pakaian buat pelawat di jabatan-jabatan kerajaan. Macam-macam hal PM diminta masuk campur.
Beginilah. Kita pakai apa yang kita rasa “we look good in”. Pakai apa yang kita senang dan selesa. Tetapi rasanya kita tahu nak pakai apa, di mana, dan mengapa pakai apa kita pakai. Rata-rata kita tahu cara berpakaian ke majlis rasmi, ziarah waktu kesedihan, apabila diundang ke Istana, pergi menonton dan beriadah, dan sebagainya.
Tetapi dalam keadaan kecemasan, kita bergegas ke balai polis atau hospital dengan pakaian yang kita pakai waktu itu. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/02/kod-pakaian-pulak-dah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Ni Angkut Berenam Pulak Dekat Nak Bersalin Ds Shahida Enjoy Dulu Sebelum Cuti Lama

Lepas Ni Angkut Berenam Pulak Dekat Nak Bersalin Ds Shahida Enjoy Dulu Sebelum Cuti Lama

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 100 hits
Kalau dulu anak lima tidak berapa lama lagi pasangan usahawan Datin Seri Shahida dan suaminya Datuk Seri Alif Syukri bakal menimang cahaya mata keenamnya tidak lama lagi Bakal bersalin sedikit masa lagi ibu cantik jelita ini menghabiskan ma...
Fitnah Pulak Cuba Tanya Muhyiddin Razman Dan Sanusi Apa Depa Tak Kata Report Sprm La

Fitnah Pulak Cuba Tanya Muhyiddin Razman Dan Sanusi Apa Depa Tak Kata Report Sprm La

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 137 hits
Sebenarnya ada video Dalam video tu dia sebut DS Anwar dan Zahid cipta fitnah untuk bina persepsi negatif terhadap Bersatu Fitnah apanya DS Anwar kata ada ketirisan dan serahkan kepada SPRM untuk siasat Sekarang pun SPRM masih siasat lagi Y...
Siasataan Penuh Selepas Sarah Kini Giliran Lra Pulak Kena Bl0ck Dengan Syamsul

Siasataan Penuh Selepas Sarah Kini Giliran Lra Pulak Kena Bl0ck Dengan Syamsul

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 85 hits
Meskipun sedang dibelenggu dengan masalah rumah tangga pengarah popular iaitu Syamsul Yusof kini sedang sibuk di lokasi penggambaran untuk pembikinan filem The Original Gangster
Untuk Tim Mb Kelantan Dan Mb Kedah La Ni Sapa Pulak Yang Bersama Penyamun Keh Keh

Untuk Tim Mb Kelantan Dan Mb Kedah La Ni Sapa Pulak Yang Bersama Penyamun Keh Keh

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 64 hits
Makin hari makin menarik Dah malam ni Kalau tak boleh pergi Aeon Tebrau beli popcorn Garrett ni Sebab cerita makin best ni Ini projek yang heboh disebut sebelum ini di mana Mahiaddin dikatakan memberi kontrak bernilai RM1 16 bilion kepada s...
Petua Orang Tua Dulu Pudarkan Jeragat Dan Whitehead Murah Berkesan Pulak Tu

Petua Orang Tua Dulu Pudarkan Jeragat Dan Whitehead Murah Berkesan Pulak Tu

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 180 hits
Masalah jeragat dan whitehead hampir semua orang mengalaminya Kalau buat rawatan nak hilangkan masalah ini di spa sekarang memang agak mahal juga
Sambal Sotong Bersardin Pulak

Sambal Sotong Bersardin Pulak

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 273 hits
Assalamualaikum WBTMINGGU ni dua kali Sk bawa bekal makan tengahari ke pejabat Rajin kan Memanglah rajin lauk dah ada tinggal panaskan Perangat pun guna periuk nasi elektrik jer hahaha Kalau semalam Sk bawa lauk kelmarin Sk bawa lauk Sambal...
Kena Gertak Nak Saman Tahu Pulak Delete Minta Maaf Hmmmm

Kena Gertak Nak Saman Tahu Pulak Delete Minta Maaf Hmmmm

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 180 hits
Nak bagitahu sesuatu benda yang tidak sahih pastikan ada sumber kukuh Jangan main tembak jer Kan owner dah datang gertak nak saman Dah kena delete lepas tu buat permohonan maaf Ingat ingat tak pasti jangan palatao Sumber
Pentingnya Muhasabah Diri

Persediaan Awal Haji

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Malaysia Asserts Claim For Portion Of Goldman Sachs Fines In 1mdb Case

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Strategic Alliances For Business



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Cerita Awan

Jangan Pandang Belakang 2

Bukan Sekadar Penyeri Masakan Ini Potensi Daun Sup Untuk Kesihatan