Kmi Healthcare Sahkan Satu Kes Covid 19 Di Tdmc




KUALA LUMPUR, 6 Mac - Pusat Perubatan Taman Desa (TDMC), salah satu hospital di bawah KMI Healthcare mengesahkan satu kes COVID-19 yang membabitkan seorang perempuan Malaysia berusia 46 tahun yang baru-baru ini kembali dari Jakarta dan Bogor, Indonesia.

Kes ini yang melibatkan wanita berkenaan dan keluarga termasuklah suami, anak perempuan dan anak lelakinya telah pergi ke kedua-dua destinasi tersebut dari 13 Februari 2020 hingga 19 Februari 2020.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan KMI, pesakit telah dimasukkan pada 25 Februari  untuk gejala gastrointestinal, iaitu cirit-birit tanpa tanda-tanda demam, batuk, sakit tekak atau kesukaran bernafas.

Bagaimanapun, melalui hasil ujian
COVID-19, wanita berkenaan telah dilaporkan positif pada 4 Mac 2020. Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) telah dimaklumkan seperti yang
dikehendaki. Pesakit kemudiannya telah dipindahkan ke HKL pada malam semalam untuk rawatan lanjut.

Justeru itu, pihak hospital telah menutup semua bilik rawatan yang dijangkiti pada 4hb Mac dan mengenal pasti Pekerja Kesihatan (PK) yang telah bersentuhan dengan pesakit untuk pemeriksaan.

KMI kini bekerjasama rapat dengan KKM dengan segala langkah pencegahan yang diambil untuk memerangi penyebaran penyakit ini yang mana kakitangan yang terlibat berada di bawah pemantauan yang rapi atau kuarantin rumah.

Oleh kerana sesetengah kakitangan perlu dikuarantin selama 14 hari, kami menyasarkan untuk membuka semula dalam masa 48 jam atau sehingga notis lanjut bergantung kepada nombor kakitangan.

Sementara itu, operasi hospital akan diteruskan seperti biasa dengan melakukan langkah-langkah pencegahan termasuk
pemeriksaan suhu pada semua orang yang masuk ke hospital, kaunter pemeriksaan yang ditetapkan, mengehadkan pintu masuk, maklumat dalam bentuk risalah dan poster COVID- 19 dan menggalakkan amalan kebersihan tangan yang baik.


KMI akan terus mematuhi kesemua langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan mematuhi Garis Panduan Pengurusan Novel Coronavirus (COVID-19) 2019 di Malaysia yang ditetapkan oleh KKM

Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/kmi-healthcare-sahkan-satu-kes-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arab Saudi Sahkan Kes Pertama Bagi Covid 19

Arab Saudi Sahkan Kes Pertama Bagi Covid 19

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 359 hits
Arab Saudi pada Isnin mengesahkan bahawa seorang rakyat negara itu yang pulang daripada Iran melalui Bahrain dijangkiti koronavirus baharu Menurut laporan lelaki yang positif virus Covid 19 itu tidak mendedahkan kepada pihak berkuasa Arab S...
Indonesia Sahkan 2 Rakyatnya Positif Covid 19 Kali Pertama Kes Dilaporkan

Indonesia Sahkan 2 Rakyatnya Positif Covid 19 Kali Pertama Kes Dilaporkan

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 292 hits
Presiden Indonesia Joko Widodo memaklumkan terdapat dua kes positif terbaharu serangan wabak Coronavirus di negara tersebut menjadikannya sebagai kes pertama yang disahkan Beliau berkata seorang wanita berumur 64 tahun dan anak perempuannya...
Covid 19 Korea Selatan Sahkan 594 Kes Baru Hari Ini Jumlah Kes Meningkat Hingga 2 931

Covid 19 Korea Selatan Sahkan 594 Kes Baru Hari Ini Jumlah Kes Meningkat Hingga 2 931

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 380 hits
Korea Selatan ketika ini sedang menghadapi peningkatan kes Covid 19 yang agak serius apabila hari ini dilaporkan 594 kes baru dan menjadikan jumlah kes mencecah hingga 2 931 kes positif Korea Selatan juga telah mencatatkan 13 kematian setak...
Singapura Sahkan Lapan Lagi Kes Baharu Positif Covid 19

Singapura Sahkan Lapan Lagi Kes Baharu Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 373 hits
Singapura sahkan lapan lagi kes baharu positif Covid 19 Dikemas kini 57 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Mar 2020 11 09PM
Covid 19 Dua Wanita Warganegara Asing Pulih Satu Kes Baharu Dikesan

Covid 19 Dua Wanita Warganegara Asing Pulih Satu Kes Baharu Dikesan

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR 27 FEB Dua wanita warganegara asing masing masing seorang rakyat China dan Amerika Syarikat yang disahkan positif Covid 19 pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada wad hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang pulih sehi...
Covid 19 Satu Kes Baharu Jumlah Keseluruhan 90 Kes Di Singapura

Covid 19 Satu Kes Baharu Jumlah Keseluruhan 90 Kes Di Singapura

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 354 hits
Singapura Satu kes baharu jangkitan COVID 19 disahkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura hari ini dengan menjadikan jumlah 90 kes dilaporkan setakat ini di republik itu MOH dalam kenyataan berkata kes terbaru itu membabitkan seorang wanit...
Covid 19 Kkm Sahkan Sembilan Lagi Kes Positif 32 Sembuh

Covid 19 Kkm Sahkan Sembilan Lagi Kes Positif 32 Sembuh

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 297 hits
SHAH ALAM 12 MAC Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan sembilan kes baharu positif Covid 19 menjadikan jumlah kumulatif positif virus sebanyak 158 kes Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak ena...
Covid 19 Itali Rancang Kuarantin 16 Juta Rakyat Lebih 1 000 Kes Dalam Masa 24 Jam

Covid 19 Itali Rancang Kuarantin 16 Juta Rakyat Lebih 1 000 Kes Dalam Masa 24 Jam

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 339 hits
Itali 8 Mac Itali dilaporkan mula mengenakan kuarantin ke atas 16 juta penduduk negara berkenaan bagi mengekang wabak COVID 19 Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte telah mengeluarkan perintah berkurung ke atas satu pertiga daripada rakyat n...
Terkini 6 Kes Baru Covid 19 Dikesan Hari Ini

Terkini 6 Kes Baru Covid 19 Dikesan Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 421 hits
Putrajaya 8 Mac Kementerian Kesihatan telah mengesan enam kes baru positif COVID 19 hari ini menjadikan 99 kes positif di Malaysia Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semua kes yang dikesan setakat jam 12 tengah h...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi