Km Sabah Yakin Sandakan Mahu Vivian Wong Sebagai Wakil Rakyat


THE MALAYSIAN TIMES 

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin rakyat di Sandakan mahu Vivian Wong Shir Yee sebagai wakil rakyat mereka.

Jelasnya, sejak hampir dua minggu berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, wanita muda berumur 30 tahun yang bertanding sebagai calon DAP itu sering mendapat sambutan hebat daripada rakyat di kawasan Parlimen berkenaan.

“Tarikh 11 Mei (hari mengundi PRK Sandakan) ini cukup penting bagi kita kerana ia akan menentukan siapa calon yang akan menang dan menjadi wakil rakyat di Sandakan.

“Saya sangat pasti semua rakyat di Sandakan akan menyokong Vivian Wong kerana saya nampak, setiap kali beliau berucap, sambutan daripada rakyat di sini cukup hebat,” katanya pada majlis ramah mesra pemimpin bersama rakyat di sini malam tadi.

Mohd Shafie berkata kerajaan negeri memahami harapan Wong untuk merancakkan pembangunan di Sandakan dengan memastikan peluang pekerjaan mencukupi untuk rakyat di sini.

“Kerajaan akan pastikan kita semua akan membangunkan Sabah kerana kita ada ‘resepi’ untuk pergi jauh dalam pembangunan ekonomi negeri.

“Kita ada minyak, kita ada pelancongan…jadi kita akan pastikan, kalau ada orang hendak melabur di Sabah, mereka akan menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat di Sabah,” katanya, sambil menyatakan harapan agar rakyat kelahiran Sabah yang berada di luar negeri dapat kembali membangunkan Sabah.

Menurut Mohd Shafie, Sabah berupaya untuk lebih maju daripada negeri-negeri maju di Semenanjung.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan negeri kini sedang mengubah cara bekerja dalam mempercepatkan pembangunan ekonomi negeri.

“Kerajaan mahu menyebarkan kekayaan negeri kepada rakyat, bukan orang tertentu sahaja yang mendapat kekayaan.

“Sebab itulah banyak kedai tutup, terutama di Sandakan, kerana ramai rakyat kita tidak ada duit. Ini tidak baik untuk kesihatan ekonomi negeri,” katanya.

Mohd Shafie turut menjelaskan usaha berterusan kerajaan dalam tempoh setahun sejak memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lepas untuk kebaikan rakyat.

Katanya, usaha mentransformasi negeri dan negara dalam tempoh singkat bukan mudah selepas ditadbir selama 60 tahun oleh sebuah kerajaan yang didapati telah melakukan kesilapan.

Apatah lagi mengambil alih kerajaan dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak baik, katanya.

“Bagaimanapun, kerajaan sentiasa sedar ada peluang dalam memajukan ekonomi Sabah.

“Oleh itu, kita mesti mempunyai minda yang betul untuk melakukan apa yang betul, walaupun kita melaksanakannya (pembangunan) pada kadar perlahan,” katanya.–Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/km-sabah-yakin-sandakan-mahu-vivian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vivian Wong S Youthful Dynamism Will Help Uplift Sandakan Says Kit Siang

Vivian Wong S Youthful Dynamism Will Help Uplift Sandakan Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 451 hits
Lim Kit Siang SANDAKAN DAP adviser Lim Kit Siang has described the party s candidate for the Sandakan by election Vivian Wong Shir Yee as just what the doctor ordered The Gelang Patah MP said at just 30 years Wong brought about the youthful...
Vivian Wong The Rightful Candidate To Be Mp For Sandakan Polls Tomorrow

Vivian Wong The Rightful Candidate To Be Mp For Sandakan Polls Tomorrow

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 490 hits
Sandakan voters will go to polls tomorrow to elect their Member of Parliament It is a five corner contest between DAP s Vivian Wong PBS s Linda Tsen and independents Sulaiman Abdul Samat Hamzah Abdullah and Chia Siew Yung The most ideal can...
After Sandakan Victory Vivian Wong Visits Father S Grave

After Sandakan Victory Vivian Wong Visits Father S Grave

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 312 hits
Vivian Wong spent her first morning as the elected representative for visiting the grave of her late father Stephen Wong at the Sandakan Christian Cemetery Wong 30 was accompanied by her mother Florence Chong and other family members as wel...
Venezuela Dakwa 7 Wakil Rakyat Sokong Rampasan Kuasa Gagal

Venezuela Dakwa 7 Wakil Rakyat Sokong Rampasan Kuasa Gagal

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 224 hits
Venezuela dakwa 7 wakil rakyat sokong rampasan kuasa gagal Dikemas kini 37 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 May 2019 8 25AM
Kit Siang Yakin Pengundi Sandakan Akan Buat Pilihan Terbaik

Kit Siang Yakin Pengundi Sandakan Akan Buat Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 349 hits
foto sumber internetSANDAKAN 2 Mei Penasihat DAP Lim Kit Siang yakin pengundi di parlimen Sandakan akan membuat pilihan terbaik untuk mengekalkan kerusi DAP menerusi calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir...
Kerana Prk Sandakan Protes Pekebun Kecil Sabah Lim Guan Eng U Turn

Kerana Prk Sandakan Protes Pekebun Kecil Sabah Lim Guan Eng U Turn

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 428 hits
Sebelum ini Guan Eng bertegas tidak mahu meluluskan BMT dari LIGS Namun kerana PRK dan protes rakyat Lim Guan Eng terpaksa akur luluskan peruntukan tambahanPRK Sandakan telah menyelamatkan Junz Wong Junz Wong Menteri Pertanian dan Industri ...
Hajiji Dap S Vivian Wong Victory Shows People Still Want Ph

Hajiji Dap S Vivian Wong Victory Shows People Still Want Ph

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 351 hits
Datuk Seri Panglima Hajiji Noor KOTA KINABALU DAP candidate Vivian Wong Shir Yee s victory in the Sandakan parliamentary by election proves that the people want the Pakatan Harapan government and the Warisan party led state government to co...
Dr M Congratulates Vivian On Sandakan Win

Dr M Congratulates Vivian On Sandakan Win

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 282 hits
PETALING JAYA Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has congratulated DAP s Vivian Wong for her win in the Sandakan parliamentary by election Saturday Congratulations Vivian Now you are a Yang Berkhidmat Continue to serve the people and co...
Manisnya Nikah Hujung Tahun Anak Lelaki Najib Razak Sah Bertunang Dengan Wakil Rakyat Indonesia

Manisnya Nikah Hujung Tahun Anak Lelaki Najib Razak Sah Bertunang Dengan Wakil Rakyat Indonesia

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 1196 hits
Manisnya Nikah hujung tahun anak lelaki Najib Razak sah bertunang dengan wakil rakyat Indonesia Pagi tadi tular sekeping gambar seakan majlis pertunangan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohd Najib Razak iaitu Nazifuddin...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi