Klinik Gigi Ayna Bandar Bukit Raja
Sejak covid dah lama tak p scalling gigi dan tampal gigi. Bila rasa teruk sangat gigi ni kenalah buat sesuatu kan. Asalnya nak ke UTC je senang dan murah tapi baca baca katanya kena buat appointment dulu. dan bila check penuh je. Adoi ni malas nak tunggu. Jadi kita p jelah private huhu. Cari cari mana klinik gigi yang dekat dengan rumah, servis terbaik dan harga tak membebankan.Bila nak ke klinik gigi luar ni kena stand by la kos nya ye. survey sana sini jumpa yang dekat dengan rumah. oklah malas nak p jauh jauh. Akhirnya jumpa Klinik Gigi Ayna Bandar Bukit Raja
Untuk ke sini korang kena buat appointment dulu juga. Nak walk in tak pasti boleh ke tak. better call la dulu ye. so tak la kena tunggu lama. Ainul memang dah set masa so senang p je masa yang ditetapkan. dan bila dah book masa tu , hanya kita je la patient nya
Sampai je isi borang semua. dan masuk bilik rawatan. Ada doktor dan 2-3 orang nurse. semua perempuan jangan risau. so boleh enjoy menerima rawatan gigi tanpoa segan silu. tapi segan juga sebab gigi tak lawa huhu
BERAPA KOS PERGIGIAN DI KLINIK GIGI AYNA BUKIT RAJA NI ? INI KOS PADA 2022
kalau buat rawatan di private ni semua tau bagus cepat tapi kosnya sangat tinggi. scaling pun beratus . ini kos untuk perkhidmatan di klinik ini ye. Jadi boleh la kumpul duit
Asa macam macam rawatan. boleh la pilih mana yang sesuai untuk masalah gigi korang ye.
Klinik Gigi Servis Terbaik
Alhamdulillah sangat best dan servis terbaik. Doktor akan explain details betul apa masalah kita dan rawatan yang kita akan dapat. Doktor scaling pun betul lama detail. bersih la gigi lepas tu dan ada beberapa gigi kena tampal. Doktor pun lembut je. sakit tak? ada part sakit juga sbb gusi dah sensitif. Klinik Gigi servis terbaik bagi Ainul. Siap tunjuk model gigi lagi nak explain apa masalah gigi kita ni.
Penting ke kena Scaling gigi ni?
proses scaling atau cuci gigi juga amat penting dilakukan bagi membuang karang gigi serta bakteria terkumpul di dalam mulut. proses scaling gigi amat penting dilakukan kerana air liur, bakteria dan protein dari mulut akan membentuk karang gigi atau plak. bakteria yang hidup pada karang gigi boleh menyebabkan penyakit gusi dan kerosakan gigi jika dibiarkan untuk tempoh lama.
kebaikan melakukan rawatan scaling termasuklah;
1. Membersihkan partikel makanan
Meskipun kita menggosok gigi beberapa kali sehari namun sisa makanan masih boleh melekat di celah gigi dan sukar dibersihkan menggunakan berus gigi.
Cuci gigi dapat membantu membersihkan kotoran degil ini yang sukar dicapai dengan berus gigi sekaligus mengelakkan pertumbuhan karang gigi.
2. Membersihkan karang gigi
Karang gigi adalah masalah biasa dialami oleh kebanyakan orang terutamanya pada bahagian belakang gigi. Pertumbuhan plak ini disebabkan oleh campuran baki sisa makanan yang tidak dibersihkan dan air liur sehingga menyebabkan ia mengeras dan melekat pada gigi.
Rawatan cuci gigi dapat membantu mengikis semua kotoran dan karang gigi. Jangan bimbang ia tidak berasa sakit!
3. Menghindari penyakit gusi
Mungkin ada rasa ia tiada kaitan tapi sebenarnya karang gigi boleh menyebabkan penyakit gusi seperti berdarah dan bengkak.
4. Mengelak perubahan warna gigi
Ia bukan memutihkan tetapi apabila karang dibersihkan ia dapat membantu mencegah perubahan warna gigi. Jika rawatan tidak dilakukan, gigi bukan sahaja cepat rosak tetapi warna gigi juga menjadi kuning.
INFO : MSTAR
Masalah Gigi yang kena Tampal je bukan Cabut
Kenapa rawatan tampalan gigi itu penting?
Mengurangkan sensitif dan sakit gigi
Mencegah gigi berlubang dengan lebih besar
Membantu menguatkan fungsi gigi
Elakkan jangkitan kuman
Jenis Tampalan Gigi
1. Amalgam
Tahan lama sekurang-kurangnya 10 ke 15 tahun, kuat dan boleh tahan tekanan semasa menguyah makanan.
Tidak sesuai digunakan pada gigi depan kerana warnanya yang lebih gelap.
Berdasarkan Food and Drug Administration (FDA) bahawa tahap merkuri dalam bahan tampalan amalgam adalah selamat untuk pesakit berumur lebih dari enam tahun.
2. Composite Resin
Sangat sesuai digunakan pada gigi depan kerana warnanya hampir sama dengan gigi.
Tidak tahan lama anggaran 3 sehingga 10 tahun sahaja dan mudah bertukar warna akibat dari gaya hidup seperti minum kopi dan teh.
INFO
Suasana Klinik Gigi Ayna Bandar Bukit Raja
Nak cari klinik ni senang je. Korang cari Kedai ECO Bandar Bukit Raja. Klinik gigi dekat area sini je. parking pun senang. Klinik di tingkat dua. Tandas bersih dan boleh bawa anak anak sebab ada space untuk anak anak bermain
Dekorasi yang simple tapi tenang dan selesa. tak serabut sebab pernah p klinik gigi lain rasa rimas, sempit dengan macam macam benda. So far suka suasana sini. relax dan nak buat rawatan gigi pun happy hehe
Berapa kos Rawatan ?
Ainul buat scaling dan tampal 2 batang gigi. dan ini total kos semua nya ye. Terima kasih husband sebab belanja hehehe i love u more and moreeee .
yang berminat nak mendapatkan rawatan gigi di sini boleh la set appointment dulu . boleh whatsapp je set masa. senang sangat. Staff sangat membantu. Malah ainul tukar date masa pun senang.
nak no contact Klinik Gigi Bandar Bukit Raja Klang
Ini no contact WhatsApp Klinik Gigi Ayna Bandar Bukit Raja ni ye. Jadi boleh la terus whatsapp no ni ye bukan no whatsapp Ainul. Kalau whatsapp Ainul kena beli supplement Shaklee la untuk kuatkan gigi , kurangkan kesakitan selepas cabut gigi hehehe
Apapun bila meningkat usia ni , kesihatan gigi juga penting.nak cakap, nak senyum, nak makan . gigi nak cantik. Next time nak try rawatan veneer la pulak. gigi nak jarang ni huhu artau pakai braces ye? doktor cadangkan veneer je. marilah kumpul duit dulu kawan kawan. Nak cantik punya pasal. betul la orang kata ” beauty is pain” . nak cantik kena duit juga dikeluarkan. nak kulit cantik boleh la guna set kulit cantik kasi nampak awet muda.
The post Klinik Gigi Ayna Bandar Bukit Raja appeared first on Ainul Mustafa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ainulmustafa.com/klinik-gigi-ayna-bandar-bukit-raja-klang/